ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan Zephyrus M16, sebuah gaming laptop dengan paparan 16″ dan pemproses Intel baru di dalam casis 15″ ultra-slim. Untuk visual yang lancar dan terperinci, paparan 16″ menggabungkan resolusi WQHD dengan refresh rate 165Hz yang pantas, response time 3ms, dan ciri Adaptive-Sync!
Pemproses yang dilengkapi adalah Intel Core i9-11900H yang boleh mencapai kepantasan sehingga 4.9GHz. Dengan 8 core dan 16 thread, ia lengkap untuk aktiviti streaming, rendering video, dan projek kreatif. Reka bentuk sistem Zephyrus M16 juga membolehkan CPU berjalan dengan kuasa berterusan sehingga 45W apabila GPU aktif.
Produk mempunyai RAM hingga 48GB DDR4-3200 RAM untuk menyediakan ruang yang mencukupi bagi pelbagai tugas dan projek dengan aset beresolusi tinggi. PCIe 4 SSD dengan kapasiti penyimpanan sehingga 2 TB pula menjalankan aset tersebut pada kelajuan tinggi, manakala slot SSD kedua memudahkan penambahan storan untuk permainan dan portfolio profesional yang besar.
GPU Laptop GeForce RTX 3070 memberikan prestasi gaming yang luar biasa untuk mesin yang ramping. Penyejukan cekap membolehkan GPU Laptop RTX 3070 mencapai 1390MHz dengan ciri ROG Boost. Dynamic Boost mengalihkan kuasa 20W tambahan apabila beban CPU lebih ringan, supaya membuka lebih banyak ruang untuk prestasi tinggi. Ia disokong oleh teknologi NVIDIA Reflex yang menurunkan latency dalam permainan multiplayer terpilih dan efek NVIDIA Broadcast yang menggemaskan lagi siaran langsung pengguna.
ROG Zephyrus M16 mempunyai ketebalan hanya 19.9mm dan berat 1.9kg, lantas membuatkannya mudah dibawa atau dimasukkan ke dalam beg galas. Bateri 90Wh yang besar menawarkan jangka hayat yang lama, dengan teknologi pengecasan pantas yang mengecas semula laptop dari 0% hingga 50% hanya dalam 30 minit. Ia juga mempunyai ciri pengecasan Type-C untuk menambah fleksibiliti. Walaupun adapter bersaiz penuh diperlukan untuk prestasi maksimum, komputer riba dapat menangani pekerjaan seharian dengan menggunakan adaptor Type-C yang lebih kecil atau pek kuasa USB mudah alih.
Bagi sambungan I/O, port Thunderbolt 4 boleh digunakan untuk paparan 4K 60Hz atau satu monitor 8K, dan menawarkan akses cepat ke media dan data lain pada pemacu external. Pengguna boleh mengecas komputer riba dan peranti lain melalui port ini juga, termasuk peranti yang menggunakan USB Type-C.
Port Type-C berasingan dan dua port USB Type-A menyediakan ruang untuk peralatan gaming dan lain-lain. WiFi 6 membolehkan pengguna memanfaatkan internet yang lebih pantas, manakala jek Ethernet membolehkan sambungan yang lancar untuk permainan multiplayer yang serius. Pembaca kad microSD memudahkan kita mengakses media dari kamera dan peranti lain. Akhir sekali, kita ada integrated webcam dan sensor cap jari sebagai alat yang mudah untuk log masuk.
Berikut adalah rajah spesifikasi rasmi daripada ASUS sendiri:
Model Name |
|
|
Product Name |
|
|
Color |
|
|
Dimension (W x D x H) |
|
|
Weight |
|
|
Processor |
|
|
IGPU |
|
|
Graphic |
|
|
GPU Wattage |
|
|
Panel Size & Info |
|
|
Total System Memory |
|
|
System Storage Installed M.2 |
|
|
Wi-Fi/Bluetooth |
|
|
I/O Ports |
|
|
Thunderbolt |
|
|
Webcam |
|
|
Mic |
|
|
Keyboard Type |
|
|
Aura Sync |
|
|
Speakers |
|
|
Audio Tech |
|
|
Operating System |
|
|
Microsoft Office |
|
|
FingerPrint |
|
|
Battery |
|
|
Power |
|
|
Bundled Items |
|
|
Warranty |
|
|
SRP |
|
|
Availability |
|
|
Untuk maklumat lanjut mengenai ROG Zephyrus M16, anda boleh tekan pautan ini. Bagi segala liputan kami tentang ASUS, anda boleh tekan sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post