Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Malaysia mengumumkan siri ‘gaming backpack’ baru, harga bermula RM 399

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2022
in Artikel, Berita, Fesyen, Teknologi
0 0
0
ROG Malaysia mengumumkan siri ‘gaming backpack’ baru, harga bermula RM 399
Share on FacebookShare on Twitter

ROG Malaysia hari ini mengumumkan dua siri ‘gaming backpack’ (beg galas) baru yang kini tersedia secara rasmi di pengedar tempatan. Pertama, kita ada beg galas Ranger yang menampilkan banyak ruang dan poket untuk membawa semua peralatan gaming kita dan kedua adalah backpack Archer yang hadir dengan reka bentuk minimalis dan diperbuat daripada bahan tahan lasak.

ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack

ROG Ranger BP2701 ialah beg galas ringan yang menampilkan permukaan reflektif, bersama logo ROG. Diperbuat daripada bahan poliester yang kalis air/kalis calar, berat badan beg ini hanyalah 0.93 kg.

Satu ruangan besar disediakan untuk memuatkan laptop hingga 17 inci, bersama dengan beberapa poket lain untuk keyboard bersaiz penuh, mouse dan mouse pad, headset, charger dan barang lain. Beg ini juga mempunyai satu poket kalis air di bahagian atas yang boleh simpan keperluan penting seperti powerbank atau headphone.

Tiga pad berbentuk jaring membenarkan udara sejuk masuk ke beg, dan membentuk dengan selesa mengikut postur badan kita manakala ‘chest strap’ pula boleh dinaikkan atau diturunkan untuk memastikan kita selesa dan barang sentiasa selamat. Direka untuk kemudahan harian, ‘luggage strap’ disertakan sekali untuk membolehkan kita memasang beg dengan cepat pada bagasi lain.

Untuk belajar lebih lanjut tentang ROG Ranger BP2701, tekan SINI.

ROG Archer Backpack 15.6 BP1505

Archer Backpack 15.6 direka supaya serba boleh sepanjang hari. Beg berkapasiti 16 liter ini boleh muat laptop sehingga 15.6 inci, dengan tiga ruang luaran dan dalaman untuk memuatkan peralatan tambahan, tablet, botol air atau payung.

Archer Backpack 15.6 boleh digunakan sebagai beg galas dengan tali tradisional, sebagai beg bimbit dengan pemegang, atau sebagai beg bahu dengan tali boleh tanggal. Dibuat oleh fabrik Cordura 610D, beg ini tahan lasak dan kalis air, untuk memastikan penggunaan tahan lama. Di dalam, bahan ‘Ultra-breathable High Molecular Weight Polyethylene’ memastikan pengguna sentiasa selesa walaupun hari sedang panas.

Untuk belajar lebih lanjut tentang Archer Backpack 15.6, tekan SINI.

Ketersediaan dan harga

ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack boleh pada harga RM 469 manakala ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 bernilai RM 399. Kedua-dua beg galas tersebut tersedia sekarang dan boleh dibeli di kedai dalam talian rasmi ROG Malaysia dan pengedar sah.

Tags: Asusgaming backpackROGROG Malaysia
Previous Post

Tablet gaming ROG Flow Z13 kini tersedia di Malaysia, harga bermula RM 7,999

Next Post

Pemain botakkan watak dalam Stranger of Paradise untuk kekalkan fps!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pemain botakkan watak dalam Stranger of Paradise untuk kekalkan fps!

Pemain botakkan watak dalam Stranger of Paradise untuk kekalkan fps!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd