Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Where Winds Meet (Early Access) – MMORPG Wuxia Terbaik Daripada Asia?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, MMO, Open World, PC, PS5, Review, RPG, Steam
0 0
0
Reviu Where Winds Meet (Early Access) – MMORPG Wuxia Terbaik Daripada Asia?
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi para pemain MMORPG yang sudah muak dengan gameplay yang repetitif—seperti misi yang diulang-ulang dan musuh yang tidak berjiwa—Where Winds Meet oleh Everstone Games hadir sebagai satu nafas baharu.

Game ini membawa fokus unik kepada penceritaan yang mengutamakan naratif, musuh (atau boss) yang disertakan dengan kisah latar, serta dunia yang bertindak balas terhadap setiap keputusan pemain. TIdak banyak MMO yang dapat menawarkan gabungan itu, apatah lagi MMORPG keluaran Asia.

Kredit: Everstone Games

Maka, inilah ulasan penuh game ini bagi versi Early Access.

Dunia WuXia yang Hidup dan Bernafas

Kredit: Everstone Games

Where Winds Meet membawa pemain ke dalam sebuah alam WuXia yang penuh dengan elemen seni bela diri, di mana setiap pengembaraan dibentuk oleh keputusan peribadi dan naratif yang tersembunyi.

Naratif utamanya berkisar tentang seorang wira muda yang bercita-cita menjadi pendekar WuXia legenda, melalui pelbagai rintangan dan pengalaman merentasi dunia Jiang Hu. Berbeza dengan kebanyakan MMORPG lain yang sering meminggirkan aspek cerita, di sini naratif diintegrasikan dengan begitu baik ke dalam gameplay.

Sama ada musuh terkuat dunia (World Boss), dungeon, mahupun misi sampingan, semuanya mempunyai penceritaan signifikan. Malah, sesetengah babak mampu membangkitkan emosi, sekali gus mengejutkan kami dengan kedalaman ceritanya.

Cuma satu kekurangan kecil adalah kualiti lakonan suara Inggeris yang terasa sedikit hambar, oleh itu amat disarankan untuk menggunakan lakonan suara bahasa Cina bagi pengalaman yang lebih autentik.

Kredit: Everstone Games

Gaya seni visualnya pula selari dengan penceritaannya. Setiap watak direka dengan amat terperinci, lengkap dengan jubah yang beralun, pergerakan seni bela diri yang lancar, dan reka bentuk penuh ekspresi yang menyerlahkan keperibadian masing-masing.

Latar persekitarannya juga cantik seakan-akan sebuah lukisan, merangkumi pemandangan gunung-ganang berkabus, sungai yang tenang, pekan yang riuh-rendah, serta dungeon yang kompleks.

Dunianya terasa hidup dengan adanya sistem dinamik seperti kitaran siang dan malam, perubahan cuaca, dan pelbagai elemen interaktif yang meningkatkan lagi keterlibatan pemain.

Aksi combat pula dipersembahkan secara sinematik, dengan kesan partikel dan pencahayaan dramatik daripada Mystic Art, menjadikannya sebuah tontonan visual yang hebat.

Kredit: Everstone Games

Secara ringkas, gabungan antara penceritaan dan gaya seni ini melahirkan sebuah ekosistem WuXia yang terasa benar-benar bernyawa. Setiap pertembungan dengan musuh, penemuan rahsia, atau aktiviti sampingan seperti memancing dan bermain minigame, semuanya terasa sebagai sebahagian daripada sebuah dunia yang kohesif.

Tidak kira sama ada anda sedang bertarung, meneroka, atau sekadar berjalan-jalan di pekan, game ini sentiasa memberikan ganjaran bagi mereka yang rajin meneroka dan memberi perhatian kepada butiran, menjadikan dunianya bukan sahaja memukau dari segi visual tetapi dari segi interaktif.

Seni Deflection Menjadi Nadi Sistem Combat

Kredit: Everstone Games

Asas utama mekanik combat dalam game ini bertumpu pada ‘deflection’ ataupun ‘parry’, yang jelas menjadi fokus utama dalam setiap pertarungan. Walaupun sistem ini turut menyediakan pilihan seperti ‘perfect dodge’ dan pertahanan, kedua-dua mekanik ini tidak membawa impak yang setara.

Contohnya, ‘perfect dodge’ hanya benar-benar berguna apabila musuh melancarkan serangan berwarna emas yang sememangnya perlu dielak. Di luar keadaan tersebut, melakukannya tidak memberi banyak faedah.

Ia hanya akan mengaktifkan kesan gerak perlahan (bullet-time) seketika yang melambatkan pergerakan musuh, memberikan sedikit ruang untuk beberapa serangan tambahan. Ia nampak bergaya, namun kurang memberikan impak yang signifikan.

Kredit: Everstone Games

Sebaliknya, ‘deflection’ memegang peranan yang lebih kritikal. ‘Deflection’ yang berjaya bukan sahaja mampu membatalkan serangan musuh, malah ia secara langsung membantu pemain menguasai rentak pertempuran.

Mekanik ini menghargai ketepatan masa, membuka lebih banyak ruang untuk serangan balas, dan secara keseluruhan, ia lebih memuaskan untuk dikuasai serta memberikan lebih banyak faedah.

Dalam kebanyakan situasi, terutamanya ketika menentang musuh yang lebih handal, kehandalan deflection menjadi faktor penentu antara kemenangan mudah dan pertarungan yang sukar.

Kredit: Everstone Games

Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan sebuah game singleplayer, sistem combat ini terasa sedikit ringkas. Beberapa mekanik yang sepatutnya memberi kerumitan pada game utama telah dihilangkan atau diringankan dalam versi ini. Namun, dari sudut pandang sebuah MMORPG, rekaan combat masih boleh dianggap berkualiti.

Ia dipermudahkan secukupnya agar sesuai untuk persekitaran dalam talian, dan penekanan terhadap ‘deflection’ memastikan elemen kemahiran pemain tetap terjaga.

Kredit: Everstone Games

Satu lagi aspek menarik berlaku apabila anda meningkatkan level atau mempelajari sesuatu daripada acara khas: tahap kekuatan seluruh dunia akan meningkat seiring dengan kemajuan anda. Ini bermakna, sementara watak anda bertambah kuat, musuh yang ada di serata dunia turut bertambah kuat.

Sistem ini mewujudkan tahap kesukaran yang sentiasa seimbang, mendorong pemain untuk terus menaik taraf skil dan mempelajari Mystic Arts baharu.

Walaupun ia menjadikan gameplay sentiasa mencabar, ia juga bermakna pemain tidak boleh hanya bergantung pada peningkatan level untuk mengatasi cabaran; penguasaan mekanik dan pemahaman strategi combat adalah kunci utama.

Lebih Daripada Musuh, Setiap Pertemuan Boss Mempunyai Makna

Kredit: Everstone Games

Musuh-musuh boss dalam Where Winds Meet boleh dikatakan sebagai salah satu elemen paling penting dan paling diingati dalam game ini.

Dalam MMORPG tradisional Cina yang lain, musuh sebegini sering kali hanyalah sebagai ‘dinding’ kemajuan di dalam dungeon—raksasa yang diletakkan semata-mata untuk pemain mengumpul EXP, mendapatkan barangan, dan mengulang proses yang sama.

Watak-watak ini sering terasa janggal dan terpisah dari dunia, wujud hanya sebagai halangan mekanikal.

Kredit: Everstone Games

Namun, Where Winds Meet menggunakan formula yang jauh berbeza. Musuh-musuh Boss di sini dipersembahkan sebagai pertembungan yang penuh makna, bukan sekadar mekanik permainan. Contoh paling luar biasa adalah World Boss, yang benar-benar membuatkan saya terpegun.

Daripada sekadar menjadi raksasa gergasi, setiap satunya dipersembahkan dengan babak penceritaan, kisah latar, dan mekanik combat yang unik. Malah, sebahagian daripada mereka mempunyai kaitan langsung dengan jalan cerita utama, dan beberapa detik yang melibatkan musuh-musuh ini juga menyentuh emosi saya.

Amat jarang sebuah MMORPG mampu memberikan kesan naratif yang begitu kuat dalam sebuah pertarungan boss yang lazimnya dianggap rutin.

Kredit: Everstone Games

Keistimewaannya tidak terhenti di situ. Pertarungan ini turut menyelitkan unsur penerokaan persekitaran dan penyelesaian teka-teki. Bagi sesetengah musuh, anda tidak boleh terus meluru masuk ke arena dan bertarung.

Sebaliknya, anda mungkin perlu melalui dungeon yang berliku-liku, menyelesaikan beberapa teka-teki, mencari laluan rahsia, atau mengaktifkan mekanisme tertentu sebelum dapat berhadapan dengan musuh tersebut. Elemen ini menjadikan perjalanan untuk menentang musuh itu sendiri sama menariknya dengan pertarungan akhir.

Kredit: Everstone Games

Pertembungan ini bukan lagi sekadar ujian combat, tetapi ia adalah kisah-kisah kecil yang tersendiri, seakan-akan misi sampingan yang mempunyai berat emosi. Cara game ini menyatukan naratif, teka-teki, penerokaan, dan mekanik pertarungan menjadikan setiap konfrontasi terasa begitu istimewa.

Hasilnya, musuh-musuh ini tidak lagi dilihat sebagai halangan semata-mata, sebaliknya menjadi elemen yang memperkaya world-building.

Setiap Sudut Dunia Menyimpan Ganjaran

Kredit: Everstone Games

Penerokaan merupakan komponen utama dalam Where Winds Meet yang menyumbang kepada tarikan dunianya. Pada peringkat awal, pemain hanya diberikan akses penuh ke peta Qinghe, manakala kawasan lain seperti Kaifeng masih diselubungi misteri dan hanya kelihatan di sudut atas kiri peta.

Untuk membuka kawasan ini sepenuhnya, pemain perlu mengikuti perkembangan misi utama, yang secara tidak langsung menggalakkan penemuan secara semula jadi seiring kemajuan dalam permainan.

Kami tertukar jadi kuda Kredit: Everstone Games

Satu daripada aspek penerokaan yang paling unik ialah Encounter Quest. Ia merupakan interaksi spontan dan pilihan yang boleh mempengaruhi statistik watak, memberi ganjaran, atau sekadar mendedahkan cebisan cerita tentang dunia sekeliling.

Saya masih ingat satu misi di mana saya perlu menolong seekor kuda; walaupun kedengaran agak aneh, pengalaman berinteraksi dan mencari jalan untuk membantunya ternyata sangat menarik.

Detik-detik sebegini, walaupun kecil, berjaya menghidupkan lagi kembara WuXia anda, menjadikannya lebih ceria, sukar dijangka, dan penuh karakter.

Kredit: Everstone Games

Di samping itu, Site Quest menjadi inti kepada aktiviti penerokaan. Misi-misi ini membolehkan pemain mempelajari lebih lanjut tentang dunia permainan, berinteraksi dengan pelbagai watak, dan membongkar kisah-kisah yang memperkaya lagi alam WuXia. Apa yang lebih menarik, sesetengah Site Quest boleh diselesaikan bersama rakan-rakan.

Aspek kerjasama ini menambah elemen sosial ke dalam penerokaan, di mana anda boleh menyelesaikan teka-teki bersama, menewaskan musuh yang lebih kuat, atau sekadar bersiar-siar menikmati keindahan dunia permainan.

Kredit: Everstone Games

Acara-acara kecil yang berlaku di dunia permainan turut menambah kepada pengalaman imersif. Sama ada membantu orang dalam kesusahan atau menyaksikan pertelingkahan rawak, momen-momen ini sentiasa mengingatkan kita bahawa dunia ini terus bergerak, bebas daripada misi utama anda.

Setiap pelusuk peta dipenuhi kejutan, mendorong pemain untuk mengembara tanpa tujuan dan menikmati suasana sekeliling. Gabungan semua ini menjadikan setiap sesi penerokaan amat seronok, mudah diingati, dan kadangkala lucu.

Kebebasan Mencorak Pengembaraan Sendiri

Kredit: Everstone Games

Salah satu aspek paling istimewa dalam Where Winds Meet ialah tahap kebebasan yang diberikan kepada pemain untuk berinteraksi dengan dunianya. Berbeza dengan kebanyakan MMORPG yang menetapkan satu laluan linear, game ini membenarkan anda mencorak haluan sendiri—dengan pilihan yang sangat pelbagai.

Anda boleh memilih untuk menjadi wira yang mulia, menumpaskan penjenayah dan melindungi penduduk, atau sebaliknya, memilih jalan yang gelap dengan menjadi seorang pencuri, lantas mengalami game dari sudut pandangan yang berbeza.

Dunia akan memberi respons kepada setiap tindakan anda, menjadikan setiap pilihan terasa signifikan dan mempunyai akibatnya.

Kredit: Everstone Games

Game ini juga memperkenalkan sistem Martial Fellowship, yang membolehkan anda menguji kehebatan dengan mencabar mana-mana NPC untuk bertarung. Pertarungan ini bukan sekadar untuk meningkatkan level, tetapi juga sebagai platform untuk menguji kemahiran seni bela diri dan membina reputasi di dunia Jiang Hu.

Sesetengah pertarungan ini juga boleh berubah mengikut cara anda mendekatinya.

Kredit: Everstone Games

Selain pertarungan, ada pelbagai minigame dan aktiviti santai yang disediakan untuk anda menikmati dunia permainan dengan cara yang lebih santai.

Anda boleh menguji kemahiran dalam permainan rhythm, memancing di perairan, mengasah minda dengan Catur Go atau Mahjong, menguji nasib dalam Pitch Pot, atau mempamerkan ketepatan memanah; malah ada juga aktiviti berdebat.

Kebanyakan aktiviti ini boleh dinikmati bersama rakan-rakan, membolehkan anda bertanding, berkongsi ganjaran, atau sekadar berseronok bersama. Elemen sosial ini menambahkan lagi keseronokan, menjadikan dunia terasa lebih interaktif.

Kredit: Everstone Games

Beberapa misi juga menampilkan mekanik unik yang memerlukan anda menunggu waktu tertentu atau sehingga satu hari penuh dalam game berlalu untuk meneruskan.

Mekanik berasaskan masa ini menjadikan dunia terasa lebih dinamik, menggalakkan pemain untuk merancang dan memerhati persekitaran, bukan sekadar berkejar dari satu misi ke misi yang lain.

Kredit: Everstone Games

Dunia ini juga penuh dengan rahsia tersembunyi dan artifak misteri. Pernah sekali, saya terjumpa sebuah objek aneh dan cuba mempelajari ilmu mistik daripadanya. Namun, cubaan itu memakan diri, menyebabkan watak saya disumpah dan jatuh sakit. Saya terpaksa meneroka dan mencuba pelbagai cara untuk mencari penawarnya.

Ini hanyalah satu daripada ribuan rahsia, teka-teki, dan kejadian tidak dijangka yang menanti untuk ditemui. Setiap penemuan ini menambahkan lagi lapisan, kejutan, dan humor dalam perjalanan, mengingatkan bahawa penerokaan bukan hanya tentang kemajuan, tetapi juga tentang eksperimentasi dan rasa ingin tahu.

Isu Teknikal dan Batasan Reka Bentuk

Kredit: Everstone Games

Walaupun Where Winds Meet tampil dengan visual yang hebat, ada beberapa isu yang mungkin akan dialami oleh pemain, khususnya bagi versi Early Access di konsol PS5.

Sepanjang sesi permainan, saya menemui beberapa masalah teknikal: D-pad yang kadang-kala gagal berfungsi, game yang terhenti secara tiba-tiba, dan ada masanya ciri untuk keluar dari dungeon tidak berjalan seperti yang sepatutnya.

Masalah-masalah ini berkemungkinan besar berpunca daripada isu pengoptimuman, yang boleh dijangka untuk sebuah game dalam fasa akses awal, namun ia masih mengganggu kelancaran dan pengalaman gameplay.

Kredit: Everstone Games

Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana game ini menguruskan interaksi sosial. Walaupun ia sebuah MMORPG, pengalaman di peringkat awal tidak memberi banyak ruang untuk bertemu atau bermain bersama rakan sebelum fungsi tersebut dibuka.

Bagi pemain yang ingin terus menikmati aspek sosial sebuah MMO dari awal, ini mungkin akan terasa sedikit mengecewakan.

Kredit: Everstone Games

Di samping itu, struktur game ini turut mewujudkan satu jurang antara elemen penceritaan dan elemen MMO.

Berbeza dengan RPG singleplayer di mana anda boleh menikmati keseluruhan naratif mengikut kelajuan sendiri, had level dan model perkhidmatan langsung (live-service) menyukarkan pemain untuk menghayati cerita sepenuhnya dari mula hingga akhir.

Pemain yang lebih cenderung kepada naratif mungkin akan merasa bahawa mereka tidak dapat menyelami cerita dalam satu sesi permainan, kerana kemajuan watak terikat dengan mekanik multiplayer, sistem penskalaan dunia, dan acara bermusim.

Kredit: Everstone Games

Secara keseluruhan, walaupun isu-isu ini tidak merosakkan pengalaman sepenuhnya, ia adalah perkara yang wajar diketahui oleh pemain yang meletakkan keutamaan pada kestabilan teknikal, interaksi sosial, dan penghayatan cerita.

Proses pengoptimuman dan kemas kini pada masa hadapan dijangka dapat mengatasi masalah ini, namun buat masa ini, beberapa kelemahan dari segi teknikal dan reka bentuk masih wujud.

Pendapat

Kredit: Everstone Games

Kesimpulannya, Where Winds Meet menyajikan sebuah pengalaman WuXia yang sangat mengasyikkan, menjadikannya sebuah judul yang menonjol dalam genre MMORPG.

Daripada sistem combat yang berpusatkan mekanik ‘deflection’, musuh Boss yang turut mempunyai emosi, rahsia yang tersembunyi, sehinggalah kepada peluang penerokaan yang meluas, game ini berjaya membina sebuah dunia yang terasa bernyawa, dan luas.

Aktiviti seperti minigame, misi co-op, dan interaksi sosial menambahkan lagi variasi dan keseronokan, manakala campuran naratif dan gaya seninya menghasilkan suasana WuXia yang sinematik.

Kredit: Everstone Games

Namun begitu, ada beberapa kelemahan teknikal dan reka bentuk, terutamanya dalam versi Early Access; isu pengoptimuman, interaksi sosial yang terhad di peringkat awal, dan struktur live-service boleh sedikit menjejaskan penghayatan naratif bagi mereka yang inginkan sebuah cerita yang lengkap tanpa gangguan.

Walaupun dengan kekurangan ini, kekuatan game dari segi gameplay, penceritaan, dan world-building menjadikannya sebuah judul yang sangat menarik untuk diterokai.

Kredit: Everstone Games

Bagi pemain yang ingin terjun ke dalam sebuah alam WuXia, Where Winds Meet sememangnya sebuah perjalanan yang amat berbaloi.

Game ini akan dikeluarkan di PlayStation 5 dan PC (Steam, Epic Games Store, launcher sendiri) pada 14 November 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: reviuWhere Winds Meet
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Memperkenalkan Monitor Gaming PlayStation 27-inci & Wireless Speaker Baharu!

Next Post

Sword of Justice – Panduan Asas & Petua Penting Yang Pemain Baharu Perlu Tahu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Sword of Justice – Panduan Asas & Petua Penting Yang Pemain Baharu Perlu Tahu!

Sword of Justice - Panduan Asas & Petua Penting Yang Pemain Baharu Perlu Tahu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd