Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sword of Justice – Panduan Asas & Petua Penting Yang Pemain Baharu Perlu Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, Open World, Panduan, PC, RPG
0 0
0
Sword of Justice – Panduan Asas & Petua Penting Yang Pemain Baharu Perlu Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, NetEase Games dengan kerjasama ZhuRong Studio telah melancarkan MMORPG Sword of Justice untuk rantau Asia Tenggara.

Pelancaran ini menerima sambutan yang amat menggalakkan termasuk di termasuk Malaysia, dan jika anda berhasrat untuk menyertai pengembaraan epik di dunia fantasi berinspirasikan zaman China purba ini, ada beberapa panduan dan petua penting yang perlu anda tahu.

Tidak kira sama ada baru bermula atau seorang pemain veteran yang sudah jauh maju, petua-petua ini pastinya amat berguna bagi gameplay dan perkembangan anda di dalam dunia Sword of Justice. Kami telah kumpulkan yang paling penting di bawah, jadi semoga ia dapat memanfaatkan sepenuhnya perjalanan anda.

1. Berikan Keutamaan kepada Main Quest

Di dalam Sword of Justice, perkembangan watak amat berkait rapat dengan Main Quest. Ini kerana sebahagian besar ciri-ciri utama permainan hanya akan terbuka selepas anda menyelesaikan tugasan tertentu atau mencapai level yang lebih tinggi.

Oleh itu, anda disarankan untuk memberi tumpuan sepenuhnya bagi menyelesaikan jalan cerita utama secepat yang mungkin.

Kadang-kala, anda juga dikehendaki untuk melengkapkan Side Quest tertentu bagi membolehkan penceritaan terus berkembang. Sebagai kemudahan, gane ini turut menyertakan fungsi “langkau cerita” yang amat sesuai bagi pemain yang lebih gemar menumpukan perhatian kepada aspek gameplay.

Ciri ini membolehkan anda memendekkan kandungan penceritaan yang memakan masa berjam-jam kepada beberapa minit sahaja.

2. Buat Pilihan Jantina Watak dengan Teliti

Berbeza daripada kebanyakan MMORPG yang lain, pemilihan jantina dalam Sword of Justice membawa impak yang lebih besar selain daripada sekadar mengubah rupa watak anda. Ia turut memberi kesan kepada penyampaian cerita dan interaksi, malah watak anda juga boleh bertutur semasa dialog.

Di samping itu, beberapa watak sokongan yang akan anda temui juga akan berlainan bergantung pada jantina yang dipilih.

Hal ini berkaitan dengan sistem Heroes, yang membolehkan anda mengakses Companion Skills dan Awaken Skills. Hero boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah, termasuklah melalui kemajuan dalam cerita. Sebagai contoh, watak wanita akan menerima Hero percuma bernama Ye Wenzhou, seorang lelaki.

Sebaliknya, watak lelaki pula akan digandingkan dengan seorang Hero wanita. Setiap Hero mempunyai set abiliti tersendiri yang unik, sekali gus menambah satu lagi dimensi kepada pembangunan watak dan pembentukan pasukan anda.

3. Ubah Suai UI untuk Lebih Selesa

Pengalaman gameplay yang lebih lancar boleh dicapai dengan mengubah suai susun atur UI mengikut platform yang anda gunakan. Bagi pengguna PC, kami mendapati bahawa Classic Mode memberikan susun atur dan paparan keseluruhan yang paling baik.

Manakala bagi peranti mobile pula, Minimalist Mode adalah lebih sesuai kerana ia menghasilkan UI yang lebih ringkas dan senang untuk dilayari pada skrin yang lebih kecil.

Tambahan pula, game ini menawarkan pelbagai pilihan untuk penyesuaian UI dan elemen-elemen berkaitan combat. Dengan melakukan beberapa perubahan secara manual, anda boleh menjadikan Sword of Justice lebih selesa dan mudah dikendalikan, berbanding hanya bergantung pada tetapan sedia ada.

4. Jangan Terlepas Tugas Daily

Meskipun kedengaran remeh, melengkapkan tugasan harian dalam Sword of Justice adalah amat mustahak kerana ganjarannya menjangkaui sekadar sumber-sumber asas. Sebagai contoh, sesetengah misi khas di bawah Martial Guide menawarkan ganjaran seperti Special Skill baharu, menjadikannya amat berbaloi untuk anda luangkan masa.

Oleh itu, sekiranya anda ingin berehat seketika daripada Main Quest, raid, atau penerokaan dungeon, adalah sangat digalakkan untuk anda menyemak senarai misi harian dan sampingan yang ada. Anda mungkin akan terkejut dengan ganjaran-ganjaran bernilai yang menanti.

5. Guna Sepenuhnya Kemudahan Marketplace

Marketplace dalam game ini menyediakan pelbagai barangan bernilai untuk menguatkan watak anda, namun kebanyakannya tertakluk kepada had pembelian secara mingguan.

Antara barangan terpenting yang wajar anda jadikan keutamaan ialah ‘Orchid – Jade Sand’ bagi tujuan menaik taraf peralatan, ‘Willpower Chest’ untuk mendapatkan peralatan Willpower, dan ‘Purple Gear Box’ yang berisi peralatan level 60–69, yang berkemungkinan lebih kuat daripada yang sedang anda gunakan.

Anda juga boleh mendapatkan ‘Surprise Box’ untuk membuat cabutan gacha bagi kostum dan membuka penampilan baharu.

Di samping itu, pastikan anda mendapatkan ‘Lucky Slip’ yang amat berguna untuk dimiliki sebelum berhadapan dengan bos di dungeon. Penggunaan slip ini akan memberikan loot tambahan, menjadikannya satu item wajib untuk aktiviti farming yang lebih berkesan dan pulangan ganjaran yang lebih lumayan.

6. Optimumkan Perkembangan Willpower Anda

Sistem Willpower merupakan salah satu mekanik terpenting untuk meningkatkan kuasa watak anda; ia boleh dianggap umpama sistem artifak dalam game ini.

Untuk menggunakannya secara maksimum, adalah amat kritikal untuk anda memindahkan EXP Willpower daripada peralatan lama kepada yang baharu sebelum anda melepasi Level 65.

Ini kerana sebelum Level 65, anda boleh memindahkan sehingga 95% EXP Willpower apabila ia digunakan sebagai bahan naik taraf untuk Willpower yang lebih baik. Namun, selepas melepasi level tersebut, kadar pemindahan akan menyusut kepada 80%.

Walaupun perbezaan sebanyak 15% nampak kecil, ia membawa kesan yang besar dalam jangka masa panjang. Pemain yang mengabaikan pengoptimuman ini mungkin akan berasa kesal pada masa hadapan apabila menyedari jumlah kemajuan yang telah terbazir akibat mencapai level terlalu tinggi.

Oleh itu, bertindaklah secara proaktif dengan menaik taraf dan memindahkannya lebih awal bagi memanfaatkan sistem Willpower ini sepenuhnya.

7. Kebebasan Mengagihkan Stat

Anda diberikan kebebasan untuk mengagihkan semula statistik watak pada bila-bila masa sebaik sahaja sampai ke peringkat yang lebih lanjut dalam permainan.

Dengan membuka menu Character dan memilih “Practice”, anda mempunyai pilihan sama ada untuk mengubah statistik secara manual atau menggunakan templat yang telah disediakan, yang mengutamakan build tertentu seperti Attack, Vitality, atau Defense.

Sistem ini membolehkan anda membentuk statistik mengikut peranan utama anda; DPS lebih mendapat manfaat daripada Attack, Support daripada Vitality, dan Tank daripada Defense.

8. Aktiviti Memburu Harta Karun Menjadi Lebih Mudah

Setiap kali anda membuka Map, anda boleh menggunakan menu “Track” untuk menyemak senarai ganjaran yang ada di setiap kawasan yang berbeza. Ini merupakan salah satu ciri QoL terbaik di dalam game, kerana ia amat memudahkan usaha memburu harta karun.

Ganjaran yang ditawarkan boleh jadi amat lumayan, merangkumi naik taraf peralatan sehinggalah skil istimewa untuk watak anda, sekali gus memberikan manfaat dan galakan untuk anda meneroka pelbagai lokasi.

Sword of Justice kini boleh didapati untuk platform Android, iOS, dan PC. Dapatkan maklumat lanjut di laman web rasminya.

Tags: PanduanSword of Justice
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Where Winds Meet (Early Access) – MMORPG Wuxia Terbaik Daripada Asia?

Next Post

Sword of Justice – Kelas Manakah Yang Sesuai Dengan Gaya Pemainan Anda?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Sword of Justice – Kelas Manakah Yang Sesuai Dengan Gaya Pemainan Anda?

Sword of Justice - Kelas Manakah Yang Sesuai Dengan Gaya Pemainan Anda?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd