Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage (Nintendo Switch 2) – Nostalgia Arked Dalam Genggaman!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 3, 2026
in Artikel, Berita, Fighting, Game Review, Nintendo Switch 2, Review
0 0
0
Reviu Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage (Nintendo Switch 2) – Nostalgia Arked Dalam Genggaman!
Share on FacebookShare on Twitter

Virtua Fighter telah banyak membantu membentuk genre fighting game sejak tahun 1993. Kini pada 2026, Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage akhirnya tiba di Nintendo Switch 2, sambil membuktikan bahawa ia masih sebuah game yang hebat untuk peminat lama dan juga pemain yang betul-betul baru.

Versi Switch 2 bukanlah sekadar salinan malas dari versi asal. Ia berjaya membawa pengalaman klasik Virtua Fighter 5 ke peranti mudah alih sambil mengekalkan daya tarikan yang sinonim dengan siri ini. Kawalannya responsif, animasinya mengalir dengan cantik, dan aksinya sangat tajam.

Jika anda mahukan fighting game yang tulen dengan kualiti arked yang boleh dimainkan di mana-mana sahaja, inilah dia.

Mudah Dipelajari, Sukar Dikuasai

Siri ini sangat terkenal kerana mudah dipelajari tetapi mempunyai kerumitan lebih tinggi apabila anda mula memahaminya. Sistem combat hanya bergantung pada tiga butang: Punch, Kick, dan Guard. Ia berfungsi seperti batu-gunting-kertas: Punch mengalahkan Throw, Throw mengalahkan Guard, dan Guard mengalahkan Punch.

Ini kedengaran basic, tetapi cabaran sebenar terletak pada timing, kedudukan, dan bagaimana anda menyambung serangan menjadi combo.

Kawalannya terasa sangat natural pada Switch 2, memberikan respons serta-merta sama ada bermain dalam handheld mode atau bermain di TV.

Jika anda pemain baharu, game ini mempunyai tutorial yang sangat bagus dan mudah diikuti yang mengajar cara untuk bergerak, menyambung serangam, dan memahami strategi asas tanpa membuatkan kita rasa terbeban.

Sementara itu, pemain otai masih mempunyai banyak kandungan lain untuk diterokai. Setiap watak mempunyai ciri-ciri unik yang memerlukan latihan untuk dikuasai. Sebagai contoh, Jacky dan Pai sangat straightforward dan sesuai untuk pemula.

Sarah pula sangat pantas dan serangannya kuat, asalkan anda tahu cara menguruskan pertukaran gaya stance combat miliknya. Aoi pula memfokuskan kepada timing block untuk melakukan counter-attack ke atas musuh.

El Blaze boleh menyambungkan Throw untuk damage yang besar, dan Shun Di berlawan dengan gaya kung fu mabuk yang sangat kompleks.

Barisan Pejuang

Kita mendapat 19 fighter yang boleh dimainkan sebaik sahaja game bermula. Peminat lama mungkin perasan ini adalah barisan watak yang sama dari versi arked tahun 2008, tetapi kumpulannya sangat pelbagai sehingga anda pasti akan jumpa watak yang sesuai dengan playstyle. Setiap watak terasa sangat berbeza.

Versi ini merangkumi semua kostum lama dan item-item yang boleh di-unlock dari keluaran lepas, tetapi perlu diingatkan bahawa beberapa kandungan DLC (seperti watak bos Dural) tidak disertakan dalam base game.

Walaupun tanpa penambahan watak baharu, kandungan yang ada pada barisan watak sedia ada cukup untuk menjadikan setiap perlawanan mengujakan. Sangat memuaskan apabila kita dapat mengkaji kekuatan watak kegemaran berbanding dengan watak-watak lain.

Kita boleh bermain sebagai watak pantas yang agresif, fighter defensif yang melakukan counter, atau watak brawler yang perlahan tetapi kuat, menunggu masa untuk mengambil kesempatan atas kesilapan lawan. Variasi inilah sebab utama mengapa Virtua Fighter masih popular selama berpuluh tahun.

Mod Permainan dan Apa Yang Boleh Dilakukan

Ciri baharu yang paling besar di sini ialah mod “World Stage”. Ia adalah kempen single-player di mana watak anda mengembara ke pelbagai arked maya untuk berlawan dengan pihak lawan yang direka berdasarkan pemain tournament di dunia sebenar.

Apabila menang, anda akan naik rank, unlock pakaian baharu untuk fighter, dan berlawan dengan watak bos.

Mod ini menyeronokkan dan memuaskan, walaupun kadang-kala boleh terasa agak meletihkan kerana beberapa cabaran memaksa kita melakukan tugasan berulang, seperti memenangi jumlah perlawanan tertentu atau membuat combo spesifik.

Walaupun tidak dapat menggantikan kempen story mode besar, ia memberikan alasan yang bagus untuk bermain secara solo apabila anda sedang tidak berlawan dengan pemain sebenar.

Ada juga mod Arcade standard untuk perlawanan pantas yang straightforward. Jangan harapkan sebarang cutscene cerita atau pengakhiran watak di sini; mod ini semata-mata tentang aksi kombat. Jika anda seorang peminat yang hanya mahu terus melompat ke dalam perlawanan, mod ini melaksanakan tugasnya.

Bermain Secara Online

Menguji kemahiran menentang pemain lain secara online adalah kekuatan sebenar game ini. Versi Switch 2 menggunakan sistem rollback netcode berkualiti tinggi, yang memastikan perlawanan berjalan lancar tanpa lag yang menyakitkan hati.

Lebih menarik lagi, ada sokongan cross-play yang membenarkan kita bermain menentang pemain dari konsol lain dan PC. Oleh kerana semua platform bermain bersama dalam kumpulan yang sama, jarang sekali kita akan menghadapi masalah mencari perlawanan.

Anda boleh masuk ke perlawanan casual yang santai, perlawanan ranked yang sengit, atau pun menyertai kejohanan hujung minggu yang istimewa. Kadang-kadang, perlawanan menentang pemain dari PC atau PlayStation 5 mungkin akan ada sedikit gangguan kecil, tetapi secara keseluruhan, sambungan internet kekal stabil.

Keupayaan menggabungkan seluruh komuniti memastikan matchmaking game sentiasa aktif.

Rupa Visual dan Prestasi

Game ini dibina menggunakan “Dragon Engine” (perisian yang sama di sebalik game moden Yakuza/Like a Dragon), yang memberikan animasi tajam dan latar belakang yang terperinci. Memandangkan kuasa Switch 2 tidak sehebat konsol besar, kualiti visualnya telah dikurangkan sedikit.

Jika bermain dalam handheld mode, gambar mungkin kelihatan sedikit kabur. Muka watak tidak begitu tajam, dan anda mungkin kadang-kala ternampak sedikit kesan bayang pada objek yang bergerak pantas.

Walau bagaimanapun, semua ini langsung tidak menjejaskan pengalaman bermain kerana game berjalan lancar dengan kelajuan 60 FPS. Dalam fighting game, prestasi frame rate yang lancar dan konsisten jauh lebih penting daripada betapa cantiknya grafik tersebut. Arena perlawanan sangat terang, meriah, dan penuh personaliti.

Animasi watak sangat fluid, dan kelancarannya sangat mengagumkan walaupun pada Switch 2. Mendapatkan pengalaman fighting game berkualiti tinggi pada sistem mudah alih adalah satu kejayaan yang besar.

Tahap Keseronokan dan Kemudahan Pemain Baharu

Virtua Fighter melakukan kerja yang sangat baik dalam menyambut pemain baharu. Tutorial yang membantu, tips semasa berlawan, dan mod training memudahkan kita mempelajari selok-belok permainan. Sebaik sahaja selesa, ada strategi yang sangat luas menanti anda, asalkan pemain sanggup meluangkan masa untuk berlatih.

Membawa kemahiran anda ke dunia online menawarkan cabaran, dan menamatkan mod single-player World Stage memberikan kepuasan. Peluang untuk mendapatkan pakaian dan barangan kosmetik kecil sentiasa memberi motivasi untuk bermain perlawanan seterusnya.

Walaupun mod single-player mungkin rasa sedikit berulang-ulang, ia sangat memuaskan apabila melihat skill sendiri semakin tajam. Bagi peminat fighting game, gabungan mekanik yang mudah, strategi, dan ganjaran berbaloi menjadikan versi Switch 2 sangat seronok dimainkan.

Bermain Di Mana Sahaja (On the Go)

Memang seronok dapat melihat Virtua Fighter pada konsol Nintendo, terutamanya memandangkan siri ini jarang dikeluarkan di platform mereka. Keupayaan untuk membawa fighting game bertaraf tinggi ini dalam bas, di kedai makan, atau santai di atas sofa menambah elemen baharu.

Anda boleh membukanya untuk match lima minit yang pantas, atau terus duduk berjam-jam lamanya. Walaupun anda merupakan veteran yang telah bermain siri ini selama berpuluh tahun, perasaan dapat memegang watak dan arena klasik ini terus di tapak tangan menjadi lebih mengujakan.

Pendapat

Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage di Nintendo Switch 2 ialah cara yang bagus untuk menikmati sebuah game yang sememangnya hebat. Ia berjaya mengekalkan timing, strategi, dan ketepatan yang membuatkan francais ini terkenal, sambil menawarkan kelebihan fungsi portable dan cross-play secara online.

Pemain solo boleh buat banyak perkara dalam mod World Stage, sementara perlawanan online pula menawarkan saingan tanpa henti. Walaupun visualnya tidak setajam konsol besar, game ini tidak pernah stutter, dan aksi perlawanan sangatlah “sempurna”.

Ini adalah pilihan yang sangat sesuai untuk peminat tegar fighting game atau sesiapa sahaja yang teringin nak tahu mengapa Virtua Fighter dianggap sebagai sebuah karya klasik sepanjang zaman. Kekurangan kecil seperti mod single-player yang agak grindy dan ketiadaan sedikit kandungan DLC langsung tidak mencacatkan pengalaman utama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage (Nintendo Switch 2)

8 Score

Virtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage di Switch 2 ialah port cemerlang yang mengekalkan combat 3D pada kelancaran 60 FPS. Walaupun grafiknya sedikit menurun dan tiada story mode besar, ia sangat berbaloi untuk semua tahap pemain berkat mod single-player yang memuaskan, keseronokan bermain secara portable, serta sistem online yang mantap (rollback netcode dan cross-play).

PROS

  • Sistem combat sangat tepat dan memuaskan, dengan mudah terserlah sebagai salah satu yang terbaik dalam genre 3D fighting game.Sistem combat sangat tepat dan memuaskan, dengan mudah terserlah sebagai salah satu yang terbaik dalam genre 3D fighting game
  • Game berjalan sangat lancar pada kelajuan 60 FPS, tidak kira sama ada anda main sambung ke TV ataupun dalam handheld mode
  • Teknologi rollback netcode yang mantap serta sokongan cross-play bermakna anda tidak akan bersusah payah untuk mencari perlawanan
  • Mod single-player "World Stage" menawarkan objektif yang memuaskan berserta banyak item menarik untuk di-unlock
  • Kesemua 19 watak mempunyai playstyle yang berbeza, memberikan anda banyak benda untuk dipelajari dan dikuasai
  • Tutorial yang sangat cemerlang membuatkan game ini mudah difahami oleh pemain yang betul-betul baharu
  • Dapat main Virtua Fighter secara portable terasa sangat memuaskan dan berfungsi dengan sempurna pada Switch 2

CONS

  • Anda tidak mendapat kesemua kandungan DLC tambahan (seperti watak bos Dural) di dalam base game, dan banyak pakaian watak masih dikunci dan memerlukan anda membayarnya secara berasingan
  • Game ini tidak mempunyai story mode tradisional, jadi kandungan single-player tidak sebesar fighting game moden yang lain

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Nintendo Switch 2reviuVirtua Fighter 5: R.E.V.O World Stage
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Anime Kamen Rider dan “Game Project HENSHIN” Diumumkan!

Next Post

Kontroversi ‘Indonesia Game Rating System’ Di Steam – Apa Yang Berlaku & Mengapa Ramai Gamer Indonesia Marah?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Kontroversi ‘Indonesia Game Rating System’ Di Steam – Apa Yang Berlaku & Mengapa Ramai Gamer Indonesia Marah?

Kontroversi 'Indonesia Game Rating System' Di Steam - Apa Yang Berlaku & Mengapa Ramai Gamer Indonesia Marah?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd