Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X – Mantap Untuk Handheld Gaming, Namun Bukan Tanpa Kelemahan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2025
in Artikel, Berita, Handheld, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Reviu ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X – Mantap Untuk Handheld Gaming, Namun Bukan Tanpa Kelemahan
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam arena handheld yang semakin pesat, ASUS dan Xbox telah berganding bahu untuk memperkenalkan ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X, dua konsol mudah alih dengan rekaan menawan yang bermatlamat untuk membuktikan bahawa handheld gaming mampu menjadi berkuasa, bergaya dan amat praktikal.

Idea di sebalik kedua-dua peranti ini adalah untuk menyajikan pengalaman gaming Windows yang lengkap dalam sebuah pakej yang kompak, disempurnakan dengan sentuhan dan rasa familiar alat kawalan Xbox.

Setelah meluangkan masa yang agak lama untuk menguji keupayaan kedua-dua model ini dengan pelbagai genre game, daripada Sonic Racing CrossWorlds sehinggalah Elden Ring, saya dapati walaupun kedua-dua model ini menyajikan pengalaman yang cukup menakjubkan, masing-masing mempunyai kekurangan tersendiri.

Reka Bentuk dan Kualiti Binaan

Pada pandangan pertama, ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X nampak seiras, namun perbezaan kecil mula terasa sebaik sahaja ia berada di tangan. Model standard ROG Xbox Ally berwarna putih, memberikan rasa yang ringan, manakala ROG Xbox Ally X pula tampil dengan kemasan hitam, memancarkan penampilan yang lebih premium dan mantap.

Kedua-duanya direka dengan mengutamakan keselesaan, menampilkan bentuk genggaman yang diilhamkan daripada Xbox Wireless Controller.

Reka bentuk yang sudah lazim ini membuatkannya terasa selesa dan semula jadi dalam genggaman, manakala agihan berat membantu mengurangkan rasa letih pada tangan sewaktu sesi gaming yang berpanjangan.

Kualiti binaannya terasa teguh, namun saiz ROG Xbox Ally X yang sedikit lebih besar mungkin kurang sesuai bagi pemain yang memiliki tangan yang kecil.

Dari segi pengurusan suhu, kedua-dua model ini tetap sejuk semasa sesi gaming yang ringan. Walau bagaimanapun, apabila tetapan grafik ditingkatkan atau mod Turbo diaktifkan, liang udara di bahagian atas mula terasa bahang. Nasib baik, bunyi kipasnya tidak pernah menjadi terlalu bising sehingga menjejaskan tumpuan.

Paparan

Setiap model menampilkan paparan IPS 7-inci beresolusi 1080p dengan kadar segar semula 120Hz, serta dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus.

Paparan skrinnya terang, responsif, dan menawarkan ketajaman imej yang tinggi, menyerlahkan setiap butiran sama ada ketika anda berada di jalanan neon Cyberpunk 2077 ataupun ketika menangkis serangan dalam Stellar Blade.

Pergerakan visual dipaparkan dengan sangat mulus, dan kadar segar semula yang tinggi menjadikan judul game aksi pantas seperti Sonic Racing CrossWorlds satu pengalaman yang amat memuaskan.

Walaupun begitu, ketiadaan pilihan skrin OLED dirasakan sebagai satu kekurangan yang ketara. Meskipun paparannya berfungsi dengan cemerlang, ia tidak mempunyai tahap kontras yang mendalam serta keperincian warna yang lazimnya dijangka pada julat harga ini, apatah lagi apabila peranti pesaing sudah mula beralih kepada panel OLED.

Prestasi dan Ujian Gaming Sebenar

ROG Xbox Ally dijana oleh pemproses AMD Ryzen Z2 A, yang digabungkan dengan memori LPDDR5X-6400 sebanyak 16GB dan storan SSD 512GB.

Peranti ini dibangunkan untuk kecekapan tenaga dan prestasi, menjadikannya pilihan ideal untuk pemain kasual yang inginkan pengalaman mudah alih yang lancar tanpa perlu bimbang tentang isu pemanasan atau bateri yang cepat habis.

Sebaliknya, ROG Xbox Ally X pula dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen AI Z2 Extreme yang lebih berkuasa, serta mempunyai RAM LPDDR5X-8000 24GB yang lebih pantas dan SSD 1TB.

Model ini dicipta khas untuk gamer yang mahu memaksimakan pengalaman gaming mereka dan menikmati kadar bingkai yang lebih konsisten untuk judul-judul game berat.

  • Dalam ujian gaming sebenar, ROG Xbox Ally menunjukkan prestasi yang baik untuk game kategori ringan hingga sederhana, tetapi mula terbeban apabila berhadapan dengan judul AAA yang lebih mencabar. Sebagai contoh, Sonic Racing CrossWorlds beroperasi dengan cantik pada 60 bingkai sesaat (FPS) pada tetapan rendah ke sederhana, tetapi prestasi kadar bingkai mula merosot secara drastik pada tetapan tinggi. Menukar mod operasi juga tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah ini, namun game tersebut masih boleh dinikmati tanpa masalah besar.
  • Situasi yang sama berlaku pada Stellar Blade. Dengan tetapan rendah, game ini mampu mencecah tahap tertinggi 47 FPS, tetapi kelancaran ini hanya dapat dikekalkan dengan sentiasa menggunakan mod Turbo. Apabila menggunakan mod prestasi, kadar bingkai jatuh ke sekitar 31 FPS, satu tahap yang masih boleh diterima tetapi ada sedikit tersekat-sekat (stutter) yang jelas kelihatan semasa babak pertarungan yang sengit.
  • Seterusnya, untuk DOOM: The Dark Ages, ROG Xbox Ally ternyata menghadapi kesukaran. Walaupun pada tetapan rendah, ia hanya berupaya mencapai sekitar 14 hingga 15 FPS, menyebabkannya kurang sesuai untuk disarankan buat masa ini. ROG Xbox Ally X pula, walaupun lebih baik, tetap memerlukan sedikit kompromi dan perlu dimainkan pada tetapan sederhana untuk memastikan pengalaman gaming kekal lancar.
  • Cyberpunk 2077 benar-benar menguji had kemampuan kedua-dua peranti. Pada ROG Xbox Ally, game ini hanya dapat dimainkan pada tetapan rendah atau tetapan Steam Deck, dengan kadar bingkai puncak sekitar 18 FPS dalam mod Turbo. ROG Xbox Ally X menunjukkan prestasi lebih baik dengan sekitar 30 FPS pada konfigurasi yang sama, tetapi meningkatkan kualiti visual atau mengaktifkan ray tracing akan menyebabkan prestasinya menjunam.
  • Akhir sekali, Elden Ring menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan pada ROG Xbox Ally X, terutamanya dalam mod Turbo dengan tetapan tinggi, yang mana ia mencatatkan purata sekitar 45 FPS. Penurunan prestasi kadangkala berlaku semasa pemuatan aset yang berat, tetapi secara amnya, ia sangat lancar untuk dimainkan. Namun, bagi ROG Xbox Ally, anda perlu menurunkan tetapan ke tahap sederhana atau rendah untuk mendapatkan pengalaman yang konsisten.

Secara ringkasnya, kedua-dua peranti ini mampu mengendalikan pelbagai jenis game, tetapi ROG Xbox Ally X jelas sekali menang dari sudut kestabilan dan keupayaan prestasi tambahan.

Integrasi Xbox dan Perisian

Seperti yang diharapkan, integrasi Xbox berjalan dalam cara yang mudah difahami. Apabila dihidupkan, ROG Xbox Ally akan terus masuk ke aplikasi Xbox, membolehkan anda mengakses koleksi game, Game Pass, dan pilihan cloud gaming dengan serta-merta.

Proses pertukaran antara UI Xbox dan Windows 11 juga mudah, namun mungkin sedikit mengelirukan bagi pengguna baharu pada mulanya.

Sistem operasi ini berfungsi dengan lancar, dengan kawalan yang sangat responsif sama ada melalui skrin sentuh, gamepad, mahupun input tetikus.

Kehadiran butang fungsi tambahan memudahkan akses terus ke pustaka game atau perisian Armoury Crate, yang masih merupakan salah satu alat terbaik ASUS untuk penyesuaian pantas dan pengurusan kuasa.

Jangka Hayat Bateri dan Suhu

Daya tahan bateri pada kedua-dua peranti ini amat dipengaruhi oleh corak gameplay anda. Apabila menggunakan mod prestasi untuk game yang lebih ringan, anda boleh bermain selama beberapa jam.

Namun, sebaik sahaja mod Turbo diaktifkan atau anda mula bermain judul game dengan grafik yang berat, kuasa baterinya akan susut dengan pantas.

Dengan kapasiti bateri 80Wh, ROG Xbox Ally X mampu bertahan lebih lama berbanding ROG Xbox Ally yang hanya mempunyai 60Wh, tetapi kedua-duanya masih perlu dicas dengan kerap apabila digunakan untuk bermain game AAA.

Pengecasannya pula sangat pantas. Kedua-dua unit boleh dicas sehingga penuh dalam tempoh kira-kira 1.5 jam menggunakan pengecas yang dibekalkan, dan tiada satu pun menjadi terlalu panas semasa dicas. Bunyi kipas juga kekal senyap, walaupun ketika sistem bekerja pada tahap maksimum.

Alat Kawalan, Audio dan Keselesaan

Kedua-dua model ini memberikan rasa kawalan yang tepat dan responsif. Walaupun kayu analognya kecil, ia selesa untuk digunakan, dan butang memberikan maklum balas yang tepat dan serta-merta, sesuatu yang pasti dihargai oleh para gamer.

Butang makro di bahagian belakang pula sangat berguna, tetapi diletakkan pada posisi yang kurang strategik, menjadikannya agak sukar ditekan secara semula jadi semasa bermain.

Kualiti audio adalah aspek di mana kedua-dua peranti ini menjadi tarikan utama. Pembesar suara dalaman menghasilkan bunyi yang jelas dan bertenaga, lebih menyerupai kualiti audio laptop berbanding konsol handheld biasa.

Bunyinya boleh dilaraskan menjadi agak kuat tanpa sebarang ‘distortion’, manakala ketersediaan headphone jack dan sokongan Bluetooth memberikan fleksibiliti untuk sebarang jenis setup audio.

Harga dan Nilai

ROG Xbox Ally dijual pada harga RM2,699, manakala ROG Xbox Ally X pula ditawarkan pada harga RM4,299. Bagi sebahagian besar gamer, model standard merupakan pilihan bernilai sebagai platform permulaan dalam dunia handheld gaming.

Ia mampu menjalankan pelbagai judul game indie dan seumpamanya tanpa sebarang masalah, malah beberapa game yang lebih berat juga masih boleh dimainkan jika tetapan grafik dilaraskan dengan betul.

Sementara itu, ROG Xbox Ally X adalah pilihan yang lebih relevan untuk masa hadapan, direka bagi mereka yang inginkan lebih storan, kuasa, dan prestasi unggul untuk game AAA. Walaupun anda perlu membayar lebih untuk keupayaan tambahan ini, prestasinya memang berbaloi dengan harganya.

Pendapat

ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X menandakan keseriusan ASUS dan Xbox dalam arena handheld gaming.

Model standard ROG Xbox Ally bukanlah peranti yang sempurna dan menghadapi cabaran dengan judul-judul game yang lebih berat, namun ia tetap sebuah peranti yang menyeronokkan dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang ingin menikmati koleksi game mereka di mana-mana.

Sebaliknya, ROG Xbox Ally X pula adalah gergasi prestasi, berupaya menjalankan game moden pada tetapan yang lebih tinggi, walaupun ia mengorbankan sedikit hayat bateri dan mudah alih.

Walaupun tiada satu pun yang mencapai tahap kesempurnaan, kedua-duanya berjaya membuktikan bahawa PC handheld gaming kini sesuai untuk semua lapisan pemain, bukan lagi eksklusif untuk peminat tegar sahaja.

ROG Xbox Ally adalah langkah pertama yang sangat baik untuk pendatang baru, manakala ROG Xbox Ally X dicipta untuk mereka yang mendambakan kuasa tambahan setiap kali bermain.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: reviuROG Xbox AllyROG Xbox Ally X
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Marvel Tōkon: Fighting Souls – Kepulangan Fighting Game Marvel?

Next Post

Pelancaran Global Sword of Justice Untuk Mobile & PC Didedahkan Pada 7 November

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Pelancaran Global Sword of Justice Untuk Mobile & PC Didedahkan Pada 7 November

Pelancaran Global Sword of Justice Untuk Mobile & PC Didedahkan Pada 7 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd