Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG Bawa Koleksi Gaming Eksklusif Kojima Productions Ke Malaysia – Boleh Pra-Tempah Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2026
in Artikel, Berita, Headset, Komputer, Laptop, Mouse, Mouse Mat, Teknologi
0 0
0
ASUS ROG Bawa Koleksi Gaming Eksklusif Kojima Productions Ke Malaysia – Boleh Pra-Tempah Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk koleksi hardware edisi terhad yang dihasilkan bersama studio game terkenal, Kojima Productions.

Boleh didapati bermula hari ini hingga 3 Mac, barisan produk ini menampilkan gaming tablet ROG Flow Z13-KJP yang baru diumumkan, serta padanan set peripheral.

ROG Flow Z13-KJP

Sorotan utama koleksi ini ialah ROG Flow Z13-KJP. Peranti ini direka bentuk oleh artis Yoji Shinkawa, yang seni uniknya boleh dikenali serta-merta. Rekaan diterjemahkan ke dalam casis aluminium kisaran CNC yang menampilkan potongan bersudut, kemasan gentian karbon, dan typeface tersuai yang tebal.

Untuk melengkapkan pengalaman, laptop ini didatangkan dengan beg yang unik, pembungkusan tersuai, power adapter yang diperibadikan, dan tema eksklusif Kojima Productions untuk perisian Armoury Crate.

Di sebalik rekaan tersebut, Flow Z13-KJP merupakan sebuah peranti yang berkuasa. Ia dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI Max+ 395 yang dipadankan bersama Radeon 8060S Graphics, memuatkan 16 teras CPU Zen 5 dan 40 GPU compute units RDNA 3.5 pada satu cip tunggal.

Daripada memisahkan memori antara pemproses dan kad grafik, peranti ini menampilkan ‘unified memory architecture’ dengan kapasiti besar 128GB. Tetapan ini memperuntukkan memori ke tempat yang tepat pada masanya, seterusnya meningkatkan prestasi untuk gaming berat serta beban kerja kreatif.

Peranti ini juga padat dengan kuasa NPU 50 TOPS, bermakna ia boleh menjalankan large language models (LLM) secara lokal untuk pemprosesan AI yang lebih pantas dan selamat.

Di bahagian hadapan, ia membawakan Nebula Display 2.5K bersaiz 13.4-inci dengan refresh rate 180Hz berserta papan kekunci boleh tanggal, menjadikannya mudah untuk ditukar antara tetapan laptop tradisional atau pengalaman handheld tablet.

Sebagai bonus tambahan, setiap pembelian ROG Flow Z13-KJP akan disertakan dengan salinan percuma Death Stranding 2: On The Beach, yang boleh ditebus melalui Armoury Crate. Game ini disepadukan sepenuhnya dengan AMD FidelityFX Super Resolution untuk memastikan prestasi yang dioptimumkan pada hardware baharu ini.

Spesifikasi ASUS ROG Flow Z13-KJP (GZ302EAC)

  • Paparan: 13.4-inci 16:10 WQXGA (2.5K), refresh rate 180Hz, masa tindak balas 3ms, 500 nits, 100% DCI-P3, paparan ROG Nebula, Pantone Validated, sokongan Dolby Vision
  • Pemproses: AMD Ryzen AI Max+ 395 dengan Radeon 8060S Graphics
  • Memori: 128GB LPDDR5X-8000 Quad Channel (Onboard)
  • Storan: 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD (format 2230)
  • Port I/O: 2x USB4 (menyokong DisplayPort 2.1 / Power Delivery 3.0), 1x USB 3.2 Gen2 Type-A, 1x HDMI 2.1 FRL, 1x Butang Command Center, 1x Pembaca Kad microSD (UHS II), 1x bicu kombo audio
  • Bateri & Kuasa: Bateri 70Wh; Adapater AC 200W

Peripheral Kojima Productions

Selain daripada komputer riba, kolaborasi ini turut merangkumi tiga aksesori premium, di mana kesemuanya memaparkan slogan For Ludens Who Dare dalam tulisan tangan Shinkawa sendiri:

  • Headset ROG Delta II-KJP: Menampilkan kemasan putih yang menonjol dan menyerlah, headset ini memberikan audio bertaraf tinggi dengan driver bersalut titanium 50mm dan sambungan tri-mode yang versatile.
  • Tetikus ROG Keris II Origin-KJP: Tetikus ultra-ringan seberat 65 gram ini meminjam ciri ergonomik daripada siri Keris tetapi mengemas kini rupa parasnya dengan skema warna emas, kelabu, dan putih. Ia menampilkan sensor 42,000 DPI bertaraf tinggi dan optical micro-switches.
  • ROG Scabbard II XXL-KJP: Pelapik meja premium yang besar ini menampilkan watak Ludens yang tampak gah.

Harga dan Pra-tempahan

Pra-tempahan telah dibuka dan akan berlangsung sehingga 3 Mac, dengan ketersediaan dalam kuantiti yang terhad.

Pembeli yang ingin mendapatkan set keseluruhan ini boleh memanfaatkan tawaran bundle secara eksklusif di ASUS Malaysia eStore. Koleksi lengkap ini (ROG Flow Z13-KJP, headset Delta II-KJP, tetikus Keris II Origin-KJP, dan desk mat Scabbard II XXL-KJP) ditawarkan pada harga RM19,889. Anda boleh pra-tempah di sini: https://my.rog.gg/ROGFlowZ13-KJP_Pre-Order

Harga individu untuk koleksi ini adalah seperti berikut:

  • ROG Flow Z13-KJP: RM17,999
  • ROG Delta II-KJP: RM1,299
  • ROG Keris II Origin-KJP: RM739
  • ROG Scabbard II XXL-KJP: RM239
Tags: asus rogKojima Productions
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu God of War Sons of Sparta – Kratos Di Dunia 2D, Pengalamannya Memang Menguji Kesabaran!

Next Post

Marvel’s Wolverine Umum Tarikh Keluar – Janjikan Aksi Ganas Pada September 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Marvel’s Wolverine Umum Tarikh Keluar – Janjikan Aksi Ganas Pada September 2026!

Marvel’s Wolverine Umum Tarikh Keluar - Janjikan Aksi Ganas Pada September 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd