Terdapat khabar angin baru yang tersebar mengenai Chrono Cross Remastered, kerana ada orang dalam yang mengatakan bahawa permainan tersebut akan dikeluarkan ke pelbagai platform dan bukannya eksklusif PlayStation. Ada juga yang mengatakan bahawa permainan ini akan didedahkan oleh Sony di The Game Awards 2021. Khabar angin mengenai Chrono Cross Remastered pertama kali tersebar apabila tajuk itu ada dalam senarai Nvidia GeForce Now yang telah dibocorkan. Permainan lain seperti, Final Fantasy Tactics Remaster, Kingdom Hearts 4 dan Final Fantasy 9 Remake juga ada dalam senarai tersebut.
Chrono Cross ialah sekuel kepada Chrono Trigger yang dikeluarkan untuk PS1 pada tahun 1999. Chrono Trigger yang merupakan JRPG paling popular sehingga sekarang, tetapi Chrono Cross telah mengubah beberapa lore yang telah ditetapkan dalam Chrono Trigger. Ia agak mengecewakan tetapi permainan ini masih popular dan mempunyai peminatnya tersendiri.
Maklumat terbaru ini pada mulanya dilaporkan oleh VGC yang mengatakan bahawa terdapat sebuah permainan remake eksklusif PlayStation sedang dibangunkan, seperti yang dinyatakan oleh penyanyi, Éabha McMahon, bahawa dia sedang merekod sebuah lagu untuk permainan Sony. Menariknya, komposer asal Chrono Cross, Yasunori Mitsuda sebelum ini telah tweet gambar dia merakam lagu dari jauh bersama McMahon dan anak perempuannya. Ia kini telah didedahkan oleh Nick Baker di XboxEra Podcast bahawa khabar angin remake PlayStation yang pertama kali disebut oleh VGC ialah Chrono Cross Remastered. Bukan setakat itu sahaja, ia juga akan menjadi permainan untuk pelbagai platform.
Kebocoran Chrono Cross Remastered dalam sebahagian GeForce Now jelas menunjukkan ia akan hadir ke PC, dan Baker menganggap ia akan datang ke Nintendo Switch tetapi bukan konsol Xbox. Square Enix telah mengeluarkan banyak JRPG mereka ke Xbox beberapa tahun ini, dengan permainan seperti Octopath Traveler yang hadir ke Xbox Game Pass semasa pelancaran, jadi Chrono Cross Remastered pada Xbox mungkin ada tetapi bukan dalam masa terdekat.
Square Enix telah membuat remake dan remaster katalog permaiannya sejak beberapa tahun yang lalu. Contoh seperti permainan Final Fantasy, Mana dan SaGa ke platform moden. Jadi, Chrono Cross Remastered tidaklah mengejutkan memandangkan anda boleh membelinya pada PS3. Jika khabar angin ini benar, ini akan memberi peluang kepada ramai pemain untuk mencuba salah satu JRPG yang terbaik pada generasi lalu. Untuk segala liputan mengenai permainan, sila klik pautan ini.
Sumber: screenrant
@gamersantaimy
Discussion about this post