Mesti ramai yang mengetahui mengenai game Dungeons & Dragons tetapi agak takut untuk memulakanya lebih-lebih lagi bila anda baru sahaja ingin berjinak dengan francais ini. Untuk memudahkan pemain baru serta memberikan cara untuk mereka berseronok dengan game ini, Wizards of the Coast telah mengeluarkan buku Strixhaven: A Curriculum of Chaos yang berlatarkan Universiti Strixhaven daripada dunia multiverse Magic: The Gathering.
Melalui buku ini, pemain boleh belajar dan mengalami kehidupan sekolah ala-ala D&D yang penuh dengan pengembaraan menarik. Bagi pendatang baru seperti kami ini, ia merupakan sesuatu yang sangat menarik dan kami telah mendapat buku ini dalam dua versi cover berbeza daripada Wizards of the Coast. Jom, kita lihat kandungan yang ada dalam buku Strixhave: A Curriculum of Chaos!
Design dan kandungan buku Strixhaven: A Curriculum of Chaos
Strixhaven: A Curriculum of Chaos telah dikeluarkan sejak Disember tahun lalu dan didatangkan dalam dua versi cover yang berbeza seperti yang baru kami dapat. Satu cover menunjukkan pelajar Sekolah Strixhaven belajar di perpustakaan, manakala satu lagi cover berwarna biru ringkas dengan simbol besar di tengah yang menjadikannya kelihatan seperti buku sihir. Hardcover untuk buku ini membuang buku ini sedikit berat dan terasa premium. Anda juga boleh menyusunnya dengan lebih mudah di atas rak buku.
Buku ini lebih fokus kepada panduan kepada pemain dan bukanlah buku yang dipenuhi gambar sahaja. Jadi, jangan terkejut jika terdapat banyak sangat tulisan apabila anda membuka buku ini. Tetapi jangan risau, masih ada ilustrasi yang tersedia seperti latar belakang Universiti Strixhaven termasuklah peta seluruh kampus. Keseluruhan buku ini juga disusun mengikut bab dan sub-bab dengan kemas. Anda tidak perlu risau jika ingin membelek buku ini untuk perkara yang tertentu.Beberapa penjelasan mengenai kawasan penting di kampus juga turut disertakan dengan paparan seni supaya anda boleh mendapatkan visual yang lebih jelas.
Dungeon Master atau pemain baru boleh memulakan pengembaraan mereka dengan mengikuti penerangan dan peraturan yang telah ditulis di dalam buku panduan ini. Jika anda masih tidak biasa dengan D&D atau MTG, penulisan dalam buku ini agak mudah untuk dihadam. Walaupun terdapat banyak kandungan untuk diselami, anda akan dibimbing perlahan-lahan untuk mempelajari tentang Universiti Strixhaven dari dalam dan luar, daripada sejarahnya yang panjang kepada kakitangan penting yang anda temui sepanjang perjalanan. Keseluruhan buku ini sengajan dimasukkan ke dalam pengalaman Roleplay (RP) sebagai seorang pelajar tetapi anda mempunyai kebebasan jika mahu mengambil peranan lain selagi anda berhubung dengan universe itu.
Membaca tidak selalu cukup untuk mendapatkan gambaran tentang kehidupan kampus, itulah sebabnya buku ini sering memasukkan ilustrasi sebagai keperluan visual tambahan yang sangat membantu. Sama ada dari ilustrasi sesuatu lokasi, aktiviti yang dijalankan oleh pelajar dan banyak lagi. Keseluruhan buku ini diringkaskan dalam 223 muka surat, malah memberikan cadangan tentang orientasi atau jenis sistem yang perlu difahami.
Mudah dihadam tetapi memerlukan sedikit masa
Walaupun kami kurang pengetahuan tentang D&D, seperti yang telah disebutkan, buku ini benar-benar dibuat untuk kekal mesra ketika dipelajari oleh pemain baru. Sudah tentu ia akan lebih membantu jika anda mempunyai pemahaman dari buku utama. Jadi, sekurang-kurangnya anda perlu selidik sikit sebelum mulakan pengembaraan di Universiti Strixhaven ini.
Kami tidak tahu jika ia 100% berguna untuk pemain baru kerana setiap orang cara belajarnya lain-lain. Setiap benda yang diajar dalam Strixhaven: A Curriculum of Chaos telah disusun mengikut bab supaya mudah dipelajari oleh pemain tetapi ada banyak rujukan atau istilah yang boleh mengelirukan jika anda tidak menyemaknya melalui Internet atau sumber lain. Tetapi jika anda memang seorang Dungeon Master yang berpengalaman, mungkin semua kandungan ini mudah dihadam tanpa banyak masalah.
Perkara yang akan anda pelajari
Terdapat begitu banyak bahan dalam buku ini yang akan mengambil masa sedikit untuk diserap sepenuhnya. Yang paling penting adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang jenis peranan yang perlu anda mainkan di Universiti Strixhavenm, sebelum anda akhirnya mempelajari pelbagai kandungan lain seperti pilihan kurikulum, belajar sihir dan sebagainya. Pengembaraan anda jelas bermula dari Bab tiga dan seterusnya kerana di sinilah cerita utama mempunyai haluan yang berbeza dan akan digabungkan menjadi satu. Jadi, ambil perhatian kepada pelbagai perkara penting lain seperti level watak, hubungan dengan pelajar lain dan banyak lagi.
Anda akan dipersembahkan dengan senarai khas aktiviti sampingan yang boleh dilakukan untuk meluangkan masa. Pada ketika ini, pengalaman sebagai pelajar sekolah sihir baru benar-benar penting, kerana banyak yang boleh anda lakukan daripada menyertai ekstrakurikulum hinggalah mengambil ujian di mana anda juga boleh menyalin jawapan rakan anda. Dari Bab 3, anda akhirnya dapat merasai sensasi RP yang ajaib dan tidak dijangka, yang boleh dibawa oleh buku panduan seperti ini.
Selepas membaca buku ini, pengalaman yang ditawarkannya seakan serupa seperti menjadi pelajar di Hogwarts dari siri Harry Potter. Ini kerana anda bukan sekadar melihat lakonan linear yang sudah ada di depan mata watak lain, tetapi anda sendiri yang sebenarnya berlakon sebagai pelajar di sekolah dan menjalankan segala aktiviti yang ada mengikut halatuju sendiri. Bagi peminat genre RPG, anda dapat mencuba keseronokan RP dengan bergantung pada imaginasi dan disokong oleh bahan yang dibuat oleh D&D. Ianya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Kesimpulan
Strixhaven: A Curriculum of Chaos telah membuka dunia baru untuk kita dan ia bukanlah sekadar buku semata-mata. Ia juga bukanlah buku panduan yang biasa malah mampu membuatkan anda memahami lebih lanjut mengenai francais D&D. BOleh dikatakan ianya portal kepada kehidupan lain yang penuh dengan pengembaraan yang hebat. Kami sangat hargai kandungan yang fleksibel dan mudah dihadam, tetapi pada masa yang sama pemain baru mungkin keliru kerana istilah yang tidak diketahui.
Jika anda berminat untuk memiliki buku panduan ini, anda boleh melihat maklumat lanjut di laman web rasmi DI SINI. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post