ROG Malaysia baru sahaja melancarkan tablet gaming terbaru iaitu Flow Z13 di mana ia dikuasakan oleh Intel i9-13900H dan juga NVIDIA RTX 4050 6GB. Jarang kita nak tengok tablet yang ada CPU dan GPU yang berkuasa seperti ROG Flow Z13 seperti ini.
Alang-alang kami dapat cuba, mari kami kongsi pengalaman semasa menggunakan tablet gaming terbaru daripada ROG.
Reka Bentuk
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-Front-with-keyboard.jpg)
ROG Flow Z13 menampilkan reka bentuk yang agak futuristik di mana Chassis tablet ini telah diilhamkan oleh kapal angkasa. Tambah pula dengan beberapa ukiran pada Aloi Aluminium, ia nampak sangat cantik dan mengagumkan. Chassis laptop ini juga disalut dengan “anti-fingerprint” bagi mengurangkan kesan cap jari pada tablet ini.
Sama seperti versi yang lepas, laptop ini masih mengekalkan reka bentuk seperti tingkap pada bahagian belakang di mana pengguna membolehkan pemain melihat bahagian dalaman dengan lampu RGB yang cantik.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-Back-3.jpg)
Perbezaan terbesar dengan versi yang lepas adalah sudut kiri bawah di mana pembukaan kickstand telah ditukar daripada merah kepada hitam, dan logo ROG telah digantikan dengan bahan yang reflektif. Cermin yang ditampilkan pada bahagian belakang itu sebenarnya telah mengubah kedudukan di mana ia diturun sedikit supaya ia tidak terganggu dengan tangan.
Untuk mendirikan tablet ini, anda tidak perlu cari tablet stand kerana ia telah terbinanya “Kickstand” dan ia boleh dibuka sehingga 170o supaya pengalaman menonton atau bermain game akan menjadi lebih baik. Disebalik Kickstand ini, terdapat beberapa bahagian yang bersembunyi seperti slot tambahan untuk storan dan juga slot kad MicroSD.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-back-close-up.jpg)
Dengan mengekalkan kelebihan yang ada pada tablet ini, ROG Flow Z13 adalah sebuah tablet gaming yang ringan dengan hanya 1.1kg berat dan senipis 12mm sahaja. Oleh itu, anda boleh membawa tablet ini kemana-mana sahaja tidak kira sama ada kelas, kafe dan juga kerja.
Berikut adalah I/O port yang disediakan pada tablet ini:
1x Thunderbolt 4 (DisplayPort/Power Delivery), 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x ROG XG Mobile Interface, 1x USB 3.2 Type-A dan Audio Jack 3.5mm.
Skrin & Webcam
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-with-pen-1.jpg)
Untuk skrin tablet ROG Flow Z13, ia didatangkan dengan touchscreen Nebula yang bersaiz 13.4 inci. Ia hadir dengan resolusi 2560 x 1600 QHD+ dalam resolusi 16:10 dan refresh rate sehingga 165Hz. Memandangkan skrin ini telah pun mendapatkan Pantone Validated, pengguna boleh menikmati warna yang lebih bertenaga dan tepat.
Skrin ini juga dibuat dengan anti-glare Gorilla Glass DXC dan boleh capai kecerahan skrin sehingga 500 nits supaya pengguna boleh menggunakan tablet ini di mana-mana sahaja tidak kira di luar atau pun di dalam bangunan.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-Front-2-1.jpg)
Tablet ini dilengkapi dengan Dual Webcam 3DNR+IR 5M yang mampu menyokong sehingga 1080P 30FPS. Ia juga lengkap dengan kamera belakang 13mp dan boleh merakam sehingga kualiti 2160p 30FPS.
Bukan itu sahaja, ROG juga menambah mikrofon Hi SNR 3 Array yang berada di sebelah webcam. Mikrofon ini siap dengan AI-Noise Cancellation yang mampu menghasilkan suara yang jelas dan kuat walaupun bunyi latar belakang yang bising.
Keyboard & Pen
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Keyboard-_-Trackpad-1-1.jpg)
ROG Flow Z13 adalah sebuah tablet yang dilengkapi dengan keyboard yang boleh dicabut dan juga ASUS Pen 2.0. Mari kita bercakap tentang keyboard terlebih dahulu.
Keyboard yang diberikan ini boleh dicabut dan juga dipasang pada tablet ini. Ia menggunakan Pin Pogo untuk menyambungkan pada tablet ini. Anda akan bekerja dengan lebih mudah dan pantas apabila dapat menggunakan keyboard ini. Keyboard ini juga boleh dijadikan sebagai “cover” kepada skrin tablet ini sekali gus memasuki Sleep Mode secara automatik.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Logo-2.jpg)
Walaupun keyboard ini hanya keyboard external, ia cukup lengkap dengan RGB dan terasa seperti keyboard mechanical. Jadi, saya rasa cukup selesa semasa menggunakan keyboard ini dan tidak mengambil masa yang sangat lama untuk menyesuaikan diri.
Manakala untuk pen stylus, penambahan pen ini kepada pengguna adalah sangat-sangat membantu, lagi-lagi untuk para designer, artis dan ramai lagi. Ia juga boleh dilekatkan pada tablet ini secara terus dengan menggunakan magnet.
Bateri
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-with-hand1.jpg)
ROG Flow Z13 didatangkan dengan bateri 56WHrs dan pengecas 130W pengecasan pantas. Semasa membuat kerja ringan dalam mode Silent dan Power Saving, tablet ini boleh bertahan sehingga 6 jam. Dan apabila saya memasang keyboard dan mouse untuk bermain game, laptop ini dapat bertahan lebih kurang 2 jam sahaja.
Mujurlah ada pengecas 130W yang pantas, ia hanya mengambil masa 30 minit sahaja daripada 0% sehingga 50% bateri.
Sistem Penyejukan
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-back-without-keyboard-2.jpg)
Untuk bahagian penyejukan, ROG menggunakan thermal paste jenis Liquid Metal pada CPU dan memasangkan kipas ARC Flow bagi membolehkan pelepasan haba yang seimbang untuk setiap bahagian.
Para pengguna boleh menggunakan Armoury Crate untuk mengawal atau mengubahsuai Profile Scenario melalui mode-mode yang disediakan seperti Silent, Performance, Turbo dan Manual. Dengan menggunakan mode-mode ini, anda sudah sepastinya dapat menggunakan laptop ini ke tahap maksimum.
Benchmark
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Gameplay-1-1.jpg)
ROG Flow Z13 menggabungkan CPU Intel Core i9-13900H dan GPU dari NVIDIA RTX4050 6GB GDDR6 bersama 16GB RAM. Berikut adalah skor yang kami dapat melalui aplikasi Benchmark:
- 3DMark – 8,146
- PCMark 10 – 8,337
- Cinebench (Single-Core) – 1,996
- Cinebench (Multi-Core) – 18,144
Prestasi Bermain
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Gameplay-2-2.jpg)
Untuk mencuba prestasi laptop ini, kami telah bermain 4 game termasuk Apex Legends, Atelier Ryza 3, Hogwarts Legacy dan Horizon Zero Dawn. Semua game yang kami mainkan telah ditetapkan pada resolusi 2560 x 1440 dengan Mode Turbo dihidupkan.
Apex Legends
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Apex-Legends-3.jpg)
High Setting:
- Average framerate: 91.3 FPS
- Minimum framerate: 44.3 FPS
- Maximum framerate: 143.5 FPS
- 1% low framerate: 57.8 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 125.6 FPS
- Minimum framerate: 2.8 FPS
- Maximum framerate: 165.0 FPS
- 1% low framerate: 27.2 FPS
Atelier Ryza 3
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Atelier-Ryza-3-1.jpg)
High Setting:
- Average framerate: 47.1 FPS
- Minimum framerate: 39.7 FPS
- Maximum framerate: 63.7 FPS
- 1% low framerate: 38.2 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 79.6 FP
- Minimum framerate: 68.3 FPS
- Maximum framerate: 114.7 FPS
- 1% low framerate: 63.1 FPS
Hogwarts Legacy
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Hogwarts-Legacy-1.jpg)
High Setting:
- Average framerate: 45.1 FPS
- Minimum framerate: 34.6 FPS
- Maximum framerate: 55.0 FPS
- 1% low framerate: 26.4 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 47.4 FPS
- Minimum framerate: 29.9 FPS
- Maximum framerate: 59.7 FPS
- 1% low framerate: 17.8 FPS
Horizon Zero Dawn
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Horizon-Zero-Dawn-1.jpg)
High Setting:
- Average framerate: 76.8 FPS
- Minimum framerate: 69.9 FPS
- Maximum framerate: 85.5 FPS
- 1% low framerate: 54.0 FPS
Low Setting:
- Average framerate: 91.3 FPS
- Minimum framerate: 81.2 FPS
- Maximum framerate: 102.4 FPS
- 1% low framerate: 27.6 FPS
Kesimpulan
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-with-chager-1.jpg)
Secara keseluruhan, ROG Flow Z13 adalah sebuah tablet gaming yang paling berkuasa buat masa sekarang. Reka bentuknya cantik, prestasi yang memuaskan dan banyak lagi ciri-ciri unik yang baik pada tablet ini. Anda bukan sahaja dapat bermain game, tetapi anda juga boleh melakukan pelbagai kerja lain seperti melukis, edit video dan banyak lagi.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/07/Laptop-Bottam-6.jpg)
Tambah pula dengan reka bentuknya yang nipis dan ringan, para pengguna boleh membawa laptop ini kemana-mana sahaja. Satu je kami akan cakap, ROG Flow Z13 adalah tablet gaming yang sangat berbaloi. Dapatkan ROG Flow Z13 pada harga RM8,999 di Malaysia.
Untuk spesifikasi penuh ROG Flow Z13, sila klik di sini. Untuk dapatkan review lain mengenai game, filem atau teknologi, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post