Jenama gaming hardware terkenal, MSI telah mengumumkan kolaborasi istimewa bersama CAPCOM untuk memperkenalkan Promosi Bundle Exoprimal! Kini dengan pembelian monitor gaming terpilih MSI, pengguna akan berpeluang untuk mendapatkan game Exoprimal secara percuma!

Secara am, sesiapa yang membeli monitor gaming di bawah akan memperoleh kod percuma untuk game Exoprimal versi PC dan Decal istimewa. Acara ini bermula hari ini (21 Julai) dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2023, atau selagi stok masih ada. Menurut MSI, sebanyak 1300 kod masih tersedia, jadi siapa yang cepat, dia akan dapat.
Berikut adalah produk terpilih untuk Promosi Bundle Exoprimal:
Premium Quantum Dot Gaming Monitor
- MEG 342C QD-OLED
- Optix MPG321UR-QD
- MAG321QR-QD
- Optix MAG274QRF-QD
- G274QPF-QD
High Performance 2K/4K Gaming Monitor
- MAG 323UPF
- Optix MAG321QR
- Optix MAG281URF
- Optix MAG274QRX
- MAG 274UPF
- G274QRFW
- MPG ARTYMIS 343CQR
- Optix MAG342CQR
- Optix MAG272CQR
- G27CQ4 E2
Untuk maklumat lanjut tentang Promosi Bundle Exoprimal, sila layari laman web rasmi di SINI!
Bagi mereka yang tidak tahu, Exoprimal ialah game multiplayer third-person shooter yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom pada tahun ini. Dalam game, pemain akan mengawal “exofighter”, seorang askar yang dilengkapi exosuit canggih, dengan matlamat untuk mengalahkan kecerdasan buatan jahat bernama Leviathan. Daripada segi gameplay, pemain dikumpulkan kepada dua pasukan yang terdiri daripada lima orang, dan mesti bersaing antara satu sama lain untuk mengalahkan kumpulan dinosaur dan menyelesaikan objektif sebelum pasukan lawan.
Anda boleh baca review kami tentang Exoprimal di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post