Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Info Klan & Watak Penting!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Info Klan & Watak Penting!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name yang bakal dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Info baru ini termasuk maklumat tentang prolog, lima watak utama yang terlibat dengan protagonis Kazuma Kiryu, dan dua organisasi penting dalam game.

Plot cerita

Kredit: SEGA Asia

Pernah menjadi legenda di dunia yakuza, Kazuma Kiryu memalsukan kematiannya dan memutuskan hubungan dengan masa lalunya. Tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan orang tersayang dan membuang kehidupan lama, Kazuma membuat perjanjian dengan Daidoji Faction dan bekerja untuk mereka di bawah nama samaran Joryu.

Sebagai bekas yakuza yang telah naik pangkat dan bahkan mencapai posisi Pengerusi dalam Klan Tojo, Kiryu sungguh berketerampilan walaupun di kalangan ejen elit Daidoji. Selepas menerima provokasi daripada rakan-rakan yang iri hati, Kiryu tidak tahan sabar dan mengamuk tanpa sebab. Kejadian ini menambah lagi rasa kecewa yang menimpa hidupnya.

Namun, pada ketika itu sekumpulan orang misteri tiba-tiba muncul di hadapannya. Perjanjian yang tiada siapa sepatutnya tahu telah gagal, dan kumpulan itu nampaknya mengenali Kiryu dan tidak boleh membiarkan bekas yakuza itu untuk hilang begitu saja dalam bayang-bayang. Walaupun telah memutuskan semua hubungan dengannya masa lalunya, Kazuma Kiryu terpaksa melangkah masuk ke dunia gelap sekali lagi dalam Like a Dragon Gaiden.

Kredit: SEGA Asia

Lima Watak Penting

Kredit: SEGA Asia

Kosei Shishido – Ahli penting dan leftenan dalam Klan Watase, cawangan daripada Omi Alliance. Dilakonkan oleh Yasukaze Motomiya.

Klan Watase ialah kumpulan paling berkuasa dalam Omi Alliance dan diketuai oleh Masaru Watase, yang merupakan orang seterusnya untuk menjadi pengerusi Alliance itu. Seorang leftenan yang berkebolehan dalam klan, Shishido menggunakan pelbagai senjata maut tanpa kisah tentang nyawa mangsanya. Dia memerintah kumpulan melalui keganasan dan intimidasi.

Kredit: SEGA Asia

Yuki Tsuruno – Seorang Yakuza, dan kapten yang bersumpah taat setia kepada puak Watase, juga cawangan daripada Omi Alliance. Dilakonkan oleh Yoshiyuki Yamaguchi.

Tsuruno ialah kapten kepada Klan Watase dan ahli dengan pangkat kedua tertinggi. Seorang yang berani dan merancang dengan teliti, dia memimpin kumpulan tanpa kehadiran ketuanya dengan kesetiaan dan ketabahan. Dia kini meletakkan banyak perangkap untuk menjerat Kiryu.

Kredit: SEGA Asia

Akame – Watak misteri yang tahu segala-gala hal tentang Sotenbori dan juga pandai dalam macam-macam perkara. Dilakonkan oleh First Summer Uika.

Akame ialah seorang yang pakar dalam macam-macam hal dan berpangkalan di Sotenbori, Osaka. Dia juga sangat mengenali bandar itu dengan memanfaatkan Akame Network, yang meliputi setiap sudut bandar dan bertindak sebagai perantara untuk orang tertentu, dengan membimbing mereka ke destinasi yang diinginkan.

Kredit: SEGA Asia

Homare Nishitani III – Patriark ketiga kepada puak Kijin, cawangan langsung kepada Omi Alliance. Dilakonkan oleh Kim Jaeuck.

Nishitani ialah yakuza muda yang cepat naik pangkat dan mengambil alih sebagai ketua Klan Kijin. Penampilannya yang kacak tidak sama seperti sifat gila di dalam dirinya kerana sering mempertaruhkan nyawanya hingga mati. Dalam Omi Alliance, Nishitani adalah tokoh yang sangat berpengaruh, setanding dengan Watase.

Kredit: SEGA Asia

Kihei Hanawa – Seorang veteran yang lebih bergantung pada perbualan bijak berbanding menggunakan cara kasar. Merupakan ketua kepada Daidoji Faction. Dilakonkan oleh Hiroki Tochi.

Sebagai handle untuk Daidoji Faction, Hanawa berfungsi sebagai satu-satunya titik hubungan antara Kazuma Kiryu dan dunia luar. Interaksinya dengan Kiryu sangat profesional dan tidak mempunyai sebarang kemesraan. Dia tidak segan silu menegur yakuza legenda itu.

Dua Organisasi Kuat di Dunia Yakuza

Kredit: SEGA Asia

Omi Alliance – Berpangkalan di Osaka, alliance ini dimiliki oleh organisasi yakuza terbesar di Jepun. Memandangkan pengaruh pesaing utama mereka, Klan Tojo, semakin merosot, wilayah mereka tidak lama lagi akan meliputi keseluruhan negara.

Kredit: SEGA Asia

Daidoji Faction – Kumpulan yang mewarisi kekayaan dan pengaruh politik mendiang Minoru Daidoji, atau lebih dikenali sebagai “the Fixer” secara rahsia. Mereka berakar umbi dalam hal politik dan dunia perniagaan yang gelap.


Sebagai peringatan, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a Dragon GaidenLike a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
ShareTweetSend
Previous Post

[Review] ROG Flow Z13 – Tablet Gaming 2in1 Paling Canggih, Jadi Laptop Pun Boleh!

Next Post

Netflix One Piece pamer trailer Straw Hat vs Arlong, bersama mesej khas oleh Eiichiro Oda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!
Acara

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

July 9, 2025
Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
Next Post
Netflix One Piece pamer trailer Straw Hat vs Arlong, bersama mesej khas oleh Eiichiro Oda!

Netflix One Piece pamer trailer Straw Hat vs Arlong, bersama mesej khas oleh Eiichiro Oda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd