Relayer ialah game mecha yang bertemakan strategi RPG dan dibangunkan oleh Kadokawa Games. Game ini telah dilancarkan pada 24 Mac 2022 PlayStation 4 dan PlayStation 5 secara eksklusif. Jadi saya ambil masa selama seminggu untuk bermain game ini dan memberikan review yang jujur untuk anda semua. Harap korang nikmati review saya ini.
Jalan cerita
Game ini berlaku pada tahun 2049, dimana tamadun asing purba yang dipanggil Relayer ditemui dan mengancam untuk memusnahkan alam semesta serta menyebabkan bumi kehilangan graviti. Watak utama dalam game ini adalah Terra yang telah hilang ingatan akibat bencana di mana dia juga kehilangan adiknya bernama Luna.
2 tahun kemudian, Terra akhirnya bertemu Luna semasa mengembara bersama robotnya yang bernama Yodaka. Selepas pertemuan itu, ternyata Luna telah berpihak kepada pasukan Relayer yang ingin membalas dendam terhadap manusia.
Selain itu, Luna juga ingin mencuri Original One, senjata mechanoid pertama yang dicipta oleh Relayer yang terjatuh di Antartika. Dengan mempelajari teknologi Original One, manusia dengan usaha syarikat teknologi iaitu GT Lab berjaya mencipta senjata mecha yang bernama Stellar Gear untuk memerangi Relayer.
Original One adalah aset yang sangat besar dan harapan bagi manusia untuk mengalahkan Relayer, tetapi malangnya GT Lab kehilangan senjata ini apabila Luna dan kumpulannya datang lalu menyerang pangkalan mereka dan mencurinya.
Terra bertemu dengan First Star bernama Himiko, Starchildren yang awalnya merupakan sebahagian daripada GT Lab dan kemudian membawa Terra menyertai skuad dalam Asterism untuk mengambil semula Original One dan memerangi Relayer. Di sinilah kisah sebenar bermula, di mana Terra akhirnya mempunyai tujuan yang kukuh untuk menyelamatkan adiknya kembali.
Pada mulanya, perjalanan cerita agak mudah tetapi sebenarnya terdapat banyak perkara yang berlaku dalam game ini. Bermula dari kisah peribadi tentang Terra, kini perjuangannya untuk menyelamatkan adiknya daripada Relayer yang ingin memusnahkan alam semesta dengan kuasa Original One.
Terdapat juga kisah beberapa kumpulan lain seperti military dan lanun angkasa sebagai musuh kepada GT Lab. Hakikat ini bahawa mereka boleh menggabungkan semua cerita ini dan terbentuknya dalam satu cerita besar lalu menjadikan plot lebih menarik dan tidak hanya tertumpu pada satu perspektif.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian yang tidak konsisten seperti watak tidak bergerak dengan sepatutnya dan cara sesetengah watak membuat ekspresi muka yang ceria apabila terdapat perkara serius yang sedang berlaku. Satu watak yang khianat GT Lab sepatutnya dijaga dengan ketat, namun dia masih lagi bebas untuk masuk ke Asterism.
Terdapat banyak watak yang anda akan temui dalam game ini, terutamanya skuad yang akan berjuang bersama anda di Asterism seperti Himiko, Pluto, Sun, Mercury, Milky Way dan banyak lagi. Walaupun game ini banyak watak, kita boleh jangka pergerakan unik mereka dengan hanya melihat reka bentuk dan ekspresi muka mereka.
Memandangkan bahagian ini sudah terlalu panjang, jadi saya hanya akan menambah satu perkara lagi tentang cerita dan cara mereka menampilkan game ini sebagai game visual novel dengan pilihan Backlog, Auto dan Fast-Forward. Inilah sebab mengapa bahagian cerita boleh menjadi sangat panjang kerana ia juga merupakan visual novel.
Bersyukurlah bahawa developer telah melakukan kerja yang cukup baik untuk menjadikan game ini lebih seronok untuk mengikuti jalan cerita, terutamanya dengan reka bentuk wataknya yang sangat menarik malah mempunyai ekspresi animasi dan lakonan suara Jepun yang cukup cemerlang.
Terdapat juga pilihan alih suara ke bahasa Inggeris, tetapi saya hanya menggunakannya dalam masa yang sekejap dan ia ternyata tidaklah sebegitu teruk, tapi alih suara Jepun lagi bagus.
Pertarungan yang sangat menarik
Game ini sangat mudah untuk menyesuaikan diri, terutamanya kepada peminat genre strategi. Sebelum bermulanya pertarungan, anda akan diberikan pilihan untuk bersiap sedia dengan kedudukan unit dan kelengkapan. Saya biasanya mula bermain dengan unit yang ada sebab ianya sudah diletakkan pada posisi yang ditetapkan. Selain itu, anda juga akan diberikan masa untuk bersiap sedia sebelum pertempuran. Dalam pertempuran, anda boleh mengawal setiap unit dengan memilih beberapa pilihan daripada menu seperti Attack, Skill, Item, Defend, dan Standby.
Terdapat empat jenis mecha dalam game ini iaitu Assault, Sniper, Tank, dan Scout. Berikut ialah penerangan ringkas untuk setiap satu:
- Assault: Pejuang barisan hadapan bersenjatakan dua pedang untuk pertempuran jarak dekat. Tiada apa-apa yang istimewa selain boleh memberikan damage yang tinggi. Tetapi dalam beberapa kes, mereka boleh mengelak serangan musuh tanpa menerima sebarang damage sambil melakukan serangan balas yang kuat.
- Sniper: Pejuang yang bersenjatakan rifle untuk pertempuran jarak jauh. Jika bernasib baik, Sniper boleh menggunakan Overkill iaitu serangan one-hit one kill yang boleh memusnahkan musuh, tanpa mengira HP yang tinggal.
- Tank: Tank sebenarnya hebat, ia boleh bertindak sebagai umpan sambil memberikan damage yang tinggi. Anda perlu meletakkan Tank di barisan hadapan untuk membantu Assault. Tank dan Assault boleh melakukan kombo yang dipanggil Backstab, di mana anda akan memberi Follow Up Attack dengan menyerang musuh dari belakang, sementara terdapat satu lagi unit Tank atau Assault yang akan berada di hadapan mereka.
- Scout: Mereka tidak begitu hebat dalam pertempuran dan lebih bertujuan sebagai unit sokongan. Terdapat beberapa pertempuran di mana saya boleh berlawan 5 unit secara solo bersama Mercury. Mereka sememangnya bagus untuk dijadikan sebagai DPS sekunder.
Selepas mempelajari setiap jenis Stellar Gear, anda perlu belajar cara menyerang dengan berkesan tanpa menerima serang balas daripada musuh. Ini berlaku apabila anda meletakkan Sniper melawan Sniper, di mana musuh akan sentiasa melakukan serangan balas kerana kedua-duanya bertarung dari jauh. Jadi cara yang betul untuk mendekati setiap pertempuran adalah dengan menyerang Assault atau Tank dengan Sniper dan begitu juga sebaliknya. Di samping itu, anda boleh menyemak posisi musuh untuk melihat sejauh mana mereka boleh bergerak atau menyerang unit anda. Terdapat juga statistik Aggro yang boleh mengetahui sama ada unit anda akan diserang ataupun tidak.
Musuh dalam game ini boleh menjadi sangat susah untuk dilawan kerana mereka bergerak secara dalam kumpulan dan memberi buff satu sama lain. Jadi ianya sangat penting untuk sentiasa menjaga jarak anda supaya tidak diserang dari pelbagai arah. Setiap unit juga mempunyai atribut fizikal dan graviti, di mana damage yang diberi semasa menyerang akan ditentukan oleh atribut setiap senjata yang dilengkapi oleh fizikal dan graviti.
Selain Skill Attack biasa, game ini juga mempunyai special attack yang hanya boleh digunakan apabila Big Bang Gauge di kiri atas penuh. Terdapat juga Status Abnormality, di mana unit tidak boleh bergerak dan gunakan sebarang skill selama 5 pusingan. Secara keseluruhannya, game ini mempunyai sistem pertempuran yang cukup baik. Game ini menggunakan turn-based tradisional seperti game RPG yang lain.
Oleh itu, daripada memberi kebebasan penuh untuk mengawal setiap unit, anda hanya boleh mengikut giliran yang ditetapkan mengikut AGI tertinggi. Saya lebih suka game strategi yang biasa dengan kawalan penuh untuk satu fasa, tetapi sistem giliran seperti ini jarang ada dalam turn based game. Senang cerita, ianya sistem yang sesuai untuk pemain turn-based yang berkemahiran.
Bahagian yang terbaik dalam pertempuran adalah cutscene apabila melakukan setiap serangan. Semua watak dalam game sangat hebat, sangat lancar, dan mempunyai koreografi yang sangat mantap. Ia mungkin tidak berlebihan seperti dalam siri Super Robot Wars tetapi pertarungan terasa lebih mudah kerana setiap Stellar Gear hanya menggunakan senjatanya yang ditetapkan tanpa sebarang kuasa istimewa atau transformasi yang didorong oleh plot armor. Dengan reka bentuk peta yang menarik, anda akan terasa diri anda seperti di angkasa lepas yang luas dan menjadikan setiap pertarungan terasa lebih menarik.
Customization & Facility
Customization dalam Relayer agak mudah di mana anda boleh menukar Weapon, Shield, Armor dan Custom Chip setiap unit untuk meningkatkan statistik mereka. Pada setiap Intermission, anda akan diberikan masa untuk membeli kesemuanya daripada kedai. Terdapat juga pilihan untuk menaik taraf Weapon dari peringkat rendah dan menukarnya kepada yang lebih kuat.
Meningkatkan level unit adalah sangat penting, dimana anda perlu sentiasa meningkatkannya kerana misi akan bertambah susah. Terdapat juga unit yang hanya boleh meningkatkan level dengan melakukan misi sahaja dan menyebabkan unit tersebut ketinggalan level.
Setelah selesai misi, anda akan memperolehi wang iaitu SG yang banyak dan mempunyai wang yang mencukupi untuk menaikkan level setiap unit dengan kelengkapan yang terbaik. Malah, terdapat Battle Simulation, dimana anda boleh mendapatkan wang dengan lebih banyak.
Selain memperkuatkan unit anda, terdapat juga pekerjaan yang dipanggil Star Cube di mana setiap unit mempunyai 5 pekerjaan yang berbeza. Untuk mencapai High-Tier Job, anda perlu unlock setiap perk yang tersedia dalam job Skill Tree dengan menggunakan JP iaitu skill point. Anda boleh membuka lebih banyak skill dengan menggunakan Star Cube.
Dalam setiap Intermission, anda boleh pergi ke Asterism Ship dan berinteraksi dengan beberapa unit untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, terdapat juga Space Science Library yang membolehkan anda recap jalan cerita, profil watak, penerangan weapon, dan semua perkara lain untuk mengetahui tentang game ini.
Kesimpulan
Walaupun saya bukan peminat tegar genre strategi RPG, Relayer sememangnya game yang berjaya menarik minat saya dengan jalan ceritanya yang menarik dan beberapa watak yang mudah disenangi. Game ini hanya mempunyai satu konflik dan tidak memberi gambaran yang lebih jelas tentang situasi yang berlaku di alam semesta mereka dan perspektif setiap puak yang ada dalam game ini. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak misteri yang membuatkan anda tertanya-tanya seperti cerita tentang masa lampau Terra yang nampaknya hilang selepas peristiwa kehilangan graviti, kebencian adiknya dan banyak lagi.
Walaupun nampak seperti tidak konsisten , sejujurnya saya menikmati jalan cerita game ini secara keseluruhan dan sentiasa tertarik dengan hampir setiap segmen. Game ini mempunyai watak dan latar belakang yang cantik, bersama dengan beberapa ekspresi animasi dan lakonan suara yang mantap. Malangnya dalam bahagian pertempuran, saya rasa agak pening dengan menggunakan sistem turn-based yang didapati tidak sesuai untuk beginner. Pada masa yang sama, mereka telah melakukan kerja yang bagus untuk battle cutscene dalam setiap serangan yang sangat menakjubkan dan tidak menjejaskan kualiti grafik.
Kepada peminat tegar genre mecha dan strategi RPG, saya memang akan cadangkan Relayer untuk anda. Itu sahaja review daripada saya berkenaan game Relayer ini.
@gamersantaimy
The Review
Relayer
PROS
- Jalan cerita yang menarik
- Watak yang mudah disukai
- Pertempuran yang sangat mudah untuk dibiasakan
- Sistem penyesuaian yang mantap
- Pertempuran sinematik yang hebat dengan koreografi yang lancar
CONS
- Kurang polish di beberapa bahagian
- Giliran yang memerlukan masa untuk membiasakan diri
- Kesukaran hard masih terlalu mudah
- Tidak konsisten dengan jalan cerita terutamanya interasti watak
Discussion about this post