Pembangun Sharkmob telah mengumumkan tarikh pengeluaran untuk Vampire: The Masquerade – Bloodhunt pada 27 April di Playstation 5 dan PC melalui Steam. Ia adalah game battle royale di dunia yang wujudnya Vampire. Mereka yang berbeza puak akan berlawan antara satu sama lain dalam pertarungan hebat, dimana mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan. Mereka akan menggunakan senjata, pisau, dan kekuatan ghaib.
Dalam trailer tersebut, mereka menunjukkan pertarungan dan ciri eksklusif PS5 yang disertakan dalam Vampire: The Masquerade – Bloodhunt.
Menurut Sony, PlayStation 5 boleh memainkan game ini dengan 60 FPS secara konsisten, walaupun dalam pertarungan yang penuh aksi. Game ini juga mempunyai kejuruteraan audio 3D yang canggih, Sony dan pembangun Sharkmob memberitahu yang pemain boleh menjangka kedudukan musuh berdasarkan bunyi mereka.
Post itu juga menerangkan cara mereka membangunkan game untuk memanfaatkan “adaptive triggers” dan “vibration” DualSense PS5. Sharkmob berkata maklum balas audio dan haptic ini digabungkan dengan visual Bloodhunt yang mengagumkan untuk mencipta pengalaman yang menghiburkan.
Sharkmob mengambil sepuluh ribu imbasan dan gambar bandar untuk membuat beribu-ribu tekstur dan aset yang unik. Kerja sepasukan termasuk mengimbas keseluruhan statue untuk mendapatkan butiran yang betul. Dengan Bloodhunt menekankan aspek dalam pertempuran dan mekanik traversal, pemain akan dapat menerokai bandar melalui jalan dan atas bumbung. Ini termasuk reka bentuk audio 3D yang disebutkan di atas, yang menggunakan teknologi Audio 3D Tempest PS5.
Serba sedikit tentang Bloodhunt:
Bloodhunt adalah permainan battle royale yang menyeronokkan dan bebas untuk bermain di dunia Vampire: The Masquerade. Gunakan kekuatan ghaib, senjata, dan kecerdasan anda untuk menguasai malam dan memulihkan Masquerade!
Pengkhianatan dalam puak telah menimbulkan perang di kalangan vampire, yang juga menjadi sasaran pemusnahan oleh kongsi gelap yang dikenali sebagai Entity. Gunakan kekuatan ghaib, senjata, dan kecerdasan anda dalam permainan third-person battle royale ini untuk menguasai malam dan memulihkan masquerade.
Peminat-peminat battle royale boleh cuba dan berikan pendapat anda tentang game ini. Grafik Bloodhunt juga nampak hebat. Mungkin anda boleh berseronok mencuba dengan kawan-kawan yang lain. Untuk membaca liputan kami tentang battle royale, sila klik di sini.
Sumber: Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post