Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Rabbids: Party of Legends – Game kasual yang banyak “grinding”!

safwan by safwan
September 2, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, Nintendo Switch, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
[Review] Rabbids: Party of Legends – Game kasual yang banyak “grinding”!
Share on FacebookShare on Twitter

Rabbids atau dikenali sebagai Raving Rabbids adalah satu francais yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Ubisoft. Ia menampilkan pelbagai watak hodoh yang berbentuk arnab dalam masa yang sama nampak menarik. Kini, mereka telah mengeluarkan satu game baharu yang bertajuk Rabbids: Party of Legends dan tersedia di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan Stadia.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom teruskan dengan review kami berkenaan game ini.

Rabbids masuk dunia JTTW

Dari pandangan pertama, ia agak bagus dan game yang berunsur parti seperti ini akan melebihkan fokus kepada gaya yang berwarna-warni. Semua watak yang terdapat dalam game ini datang dari francais Rabbids yang langsung saya tidak gemari kerana reka bentuknya yang sangat pelik. Jumlah keseluruhan watak Rabbid adalah sebanyak 45 dan korang perlu “grind” untuk membuka mereka semua.

Untuk muzik pula, tidak banyak yang boleh dikatakan tetapi ia mempunyai gaya seperti lagu-lagu cina sedikit. Walaupun begitu, terdapat beberapa muzik yang sangat bagus sehingga saya tidak boleh henti mendengarnya. Siapa sangka game seperti ini mempunyai jalan penceritaan dan cutscene yang cukup menarik tetapi dengan cara penyampaian yang agak pelik, ia membuatkan saya untuk menghayatinya.

Jalan cerita game ini menggabungkan alam Rabbids dan Journey to the West (JTTW) di mana Rabbids memasuki ke dunia tersebut dengan menggunakan mesin basuh ajaib mereka. Lalu Buddha mengambil mesin basuh tersebut dan mengarahkan Rabbids untuk mengumpul buku-buku khas yang bertaburan di sleuruh dunia. Setelah berjaya, mesin basuh ajaib itu akan dikembalikan.

Bermula dari sini, korang akan dipersembahkan dengan cerita JTTW seperti Sun Wukong keluar dari batu dan terus mengalir sambil korang maju melalui pelbagai mini game. Sudah pasti banyak bahagian yang akan lari daripada cerita asal, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana ia hanya berfungsi sebagai ringkasan kasual yang boleh difahami oleh kanak-kanak juga.

Gameplay

Apa yang saya boleh katakan mengenai gameplay adalah ianya sama seperti kebanyakan game daripada genre sama seperti Mario Party. Kembali kepada matlamat utama iaitu mengumpul buku yang bersepah di seluruh dunia. Bagi mengumpulnya, korang perlu bermain dan menang kesemua mini game.

Dalam sistem gameplay, ia sama sekali tidak menyerupai Mario Party kerana game ini didatangkan dengan hanya satu sistem skor, manakala Mario party boleh memperolehi syiling dan boleh digunakan untuk membeli bintang.

Ini tidak bermakna game ini akan menjadi lebih mudah tetapi apabila progress bermain menjadi terlalu perlahan, ia akan mengurangkan sedikit skor. Lagi-lagi terpaksa mengulangi level yang sama sehingga menang untuk dapatkan buku.

Game ini adalah berasaskan parti, sudah pasti ia mesti dimainkan bersama keluarga atau kawan-kawan. Game ini sendiri hanya menyokong “local multiplayer” dan tidak didatangkan dengan online multiplayer. Untuk bermain game ini, ia hanya memerlukan minimum seorang dan maksimum adalah empat orang.

Kembali kepada gameplay, terdapat dua mode utama yang disediakan iaitu Story Mode dan Party Mode. Jom saya ceritakan Story Mode terlebih dahulu. Dalam mode ini, korang akan bermain dalam satu set mini game untuk dipilih sepanjang progress. Manakala Party Mode pula, ia telah disediakan dengan kesemua mini game untuk dipilih dan bermain secara langsung bersama keluarga atau kawan-kawan.

Mini game yang disediakan agak banyak dan sudah pasti terdapat kawan dan ahli keluarga yang tidak mahir dengan mini gamenya tetapi saya yakin mesti adalah beberapa mini game yang dia sangat power. Terdapat juga mini game yang bergantung dengan tuah. Jadi, peluang untuk memenangi mini game akan sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja dan tidak semestinya bergantung kepada skill.

Walaupun terdapat banyak mini game yang disediakan, korang perlu “grinding” untuk membuka kesemua mini game dan ia adalah proses yang sangat panjang. Selain daripada “grinding”, kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana mini game yang tersedia juga sangat menyeronokkan sehingga tidak dapat berhenti bermain. Tetapi ada beberapa tutorial yang agak susah difahami dan memakan masa untuk mengusainya.

Grinding

Rabbids: Party of Legends banyak mengunci kandungan mereka kepada pemain. Kadang-kadang, ia agak berguna untuk menggalakkan pemain untuk lebih bermotivasi dalam bermain game tetapi ia jelas bebeza apabila game ini adalah berbentuk kasual atau “co-op.”

Game ini boleh dimainkan secara “local multiplayer” semasa pengawalan game, tetapi kalau banyak kandungan yang masih terkunci, ia akan memberikan kesan yang sebaliknya. Secara tidak langsung, korang terpaksa mengajak kawan atau keluarga untuk “grinding” bersama-sama untuk membuka kandungan yang masih berkunci.

Kesimpulan

Game yang berasaskan parti sepatutnya tidak memerlukan banyak kemahiran untuk dihabiskan dan hanya memerlukan keseronokan semasa bermain dengan kawan-kawan atau keluarga. Apa yang berlaku kepada Rabbids: Party of Legends adalah sebaliknya kerana ia memerlukan banyak masa untuk “grinding” bagi membuka kesemua kandungan yang menyeronokkan.

Saya sendiri suka kepada cutscene tetapi bukan kepada jalan cerita. Saya suka kepada watak-wataknya tetapi bukan kepada game yang hanya menyokong “local multiplayer” sahaja. Kami sebenarnya suka kepada mini gamenya yang menyeronokkan tetapi bukan kepada sistem progress yang sangat panjang dan terpaksa untuk “grinding”.

Secara keseluruhannya, Rabbids: Party of Legends adalah game yang menarik bagi saya tetapi apabila tiba pada progress sistem sehingga menyebabkan “grinding”, ini adalah bukan pilihan saya. Jika tidak didatangkan dengan sistem progress seperti ini, saya mungkin boleh bertolak ansur dan memberikan yang lebih baik.

Jika anda masih berminat dengan game Rabbids: Party of Legends, ia telah tersedia di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan Stadia. Untuk dapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Rabbids: Party of Legends
Previous Post

Xenoblade Chronicles 3 Review – Entri Baru yang Terbaik Dalam Francais!

Next Post

SD Gundam Battle Alliance: Cara memilih Mobile Suit mengikut playstyle pilihan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027
Berita

Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027

June 6, 2026
Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2

June 6, 2026
Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!
DLC

Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!

June 6, 2026
Next Post
SD Gundam Battle Alliance: Cara memilih Mobile Suit mengikut playstyle pilihan!

SD Gundam Battle Alliance: Cara memilih Mobile Suit mengikut playstyle pilihan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd