Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2026
in Adventure, Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Sega dan Ryu Ga Gotoku (RGG) Studio telah mengumumkan Virtua Fighter Crossroads: game baharu bagi francais fighting game yang telah lama bertapak ini. Diumumkan semasa Summer Game Fest, game ini (yang sebelum ini dikenali dengan nama projek Virtua Fighter New Project) akan dilancarkan pada 2027. Pelancaran ini menandakan kemunculan game utama pertama bagi IP ini dalam tempoh dua dekad.

Berbeza daripada struktur arcade tradisional sebelum ini, Virtua Fighter Crossroads dibangunkan sebagai sebuah “Fighting Adventure”. Game ini bertujuan untuk menggabungkan elemen combat teknikal siri ini dengan pengembaraan aksi bercorak naratif bagi mod single-player.

Kisah Baharu di Kota Penuh Bahaya

Kempen single-player menampilkan naratif “omnibus” yang saling berkait rapat, mengikuti kisah empat protagonis berbeza yang bakal bertemu secara tidak sengaja. Pemain akan menerokai sebuah bandar pulau fiksyen di Asia Tenggara bernama Vilasapara, yang juga dikenali sebagai “City of Martial Arts.”

Keamanan Vilasapara semakin rapuh hasil daripada perjanjian Arma Carta. Di bawah perjanjian ini, penggunaan senjata api dilarang sama sekali dan boleh dihukum mati. Undang-undang ini memaksa sindiket jenayah tempatan untuk menyelesaikan konflik mereka secara bersemuka. Walau bagaimanapun, keseimbangan bandar tergugat apabila Presiden Bato cuba menukarkan kejohanan bawah tanah “Vila Fight Fest” menjadi sebuah sukan arus perdana bagi memulihkan ekonomi yang sedang merosot. Keadaan menjadi lebih tegang dengan kehadiran figura misteri dikenali sebagai “The Bakunawa Killer,” yang mula menyasarkan ahli seni bela diri tempatan.

Pemain akan menerokai pelbagai daerah di Vilasapara. Sepanjang perjalanan, anda boleh melibatkan diri dalam jalan cerita sampingan serta membuat pilihan penting semasa atau di luar combat yang bakal mempengaruhi hubungan sesama watak dan mengubah jalan cerita keseluruhan.

Combat Sinematik dan Mod Versus Tradisional

Sistem gameplay dibahagikan kepada dua komponen utama. Story mode (yang memperkenalkan protagonis baharu bernama Cielo) menampilkan elemen third-person exploration, pertarungan jalanan menentang ramai musuh, serta pertarungan bos sinematik .

Bagi peminat tegar, Virtua Fighter Crossroads turut menyediakan mod Versus khusus yang menyokong local dan online multiplayer. Combat Director Yosuke Takeda menyatakan bahawa pasukan pembangun fokus untuk mengekalkan keunikan siri ini, iaitu tactical depth serta sistem kawalan yang realistik dan intuitif. Mekanik combat direka bentuk supaya mudah difahamkan oleh pemain baharu, di samping mengekalkan taktik psikologi serta jarak combat yang digemari oleh pemain veteran. Selain itu, game ini turut menggunakan ciri real-time visual damage, yang mempamerkan kesan kecederaan fizikal pada watak sepanjang pertarungan berlangsung.

Lebih banyak butiran tentang platform yang disokong serta ciri-ciri lain bakal didedahkan seiring dengan perkembangan projek ini menuju ke tarikh pelancarannya pada tahun 2027.

Tags: Virtua Fighter Crossroads
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2

Next Post

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2

June 6, 2026
Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!
DLC

Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!

June 6, 2026
Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd