Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mahu sorok tetapi terkantoi – Pemain COD pakai wallhack dalam tournament

safwan by safwan
March 30, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Mahu sorok tetapi terkantoi – Pemain COD pakai wallhack dalam tournament
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pemain Call of Duty: Vanguard secara tidak sengaja mendedahkan dirinya sebagai “cheater” semasa bertanding dalam kejohanan kecil pada minggu ini. Selepas menimbulkan syak wasangka orang ramai, pemain CoD “Kenji” cuba membuktikan yang dia tidak menipu dengan menghalakan webcam ke monitornya sambil live stream perlawanan 2v2, Search and Destroy.

Pasukan Kenji memenangi perlawanan 2v2, tetapi pesaingnya ImSasukee dan iLuhvly memutuskan untuk mempertikaikan keputusan dengan hos kejohanan iaitu Checkmate Gaming. Semasa menonton live stream Kenji, “Checkmate” perasan sesuatu yang pelik. Seperti yang dikongsi dalam klip di Twitter, pada satu masa kamera monitor “Kenji” jelas menunjukkan bahawa dia menggunakan wallhack yang membolehkan anda melihat musuh melalui dinding. Ini menunjukkan dengan bentuk segi empat yang muncul pada skrin di sekeliling musuh yang boleh dikesan oleh Kenji merentasi peta.

GG's Kenji CAUGHT 4K BOXES ON HIS MONITOR CAM! thanks to @iLuhvly the hacker detective and @CallenDisplay! #HACKERDOWN #4K pic.twitter.com/GSfef7SShH

— SK (@NoLmtSK) March 29, 2022

Klip itu telah dipadamkan oleh Kenji bersama dengan seluruh akaun Twitch, tetapi anda boleh menonton klip tersebut melalui imsasukettv dalam arkib stream mereka ini. Selepas menjalankkan siasatan, “Checkmate” memutuskan untuk mengharamkan “Kenji” menyertai kejohanan, di mana dia telah memperoleh hampir $4,000 sejak akhir 2020 dengan bermain CoD. Dengan serta merta Kenji juga telah menerima “permanent ban” dan melucutkan kelayakan empat lagi rakan sepasukannya yang mewakili Universiti Grand Canyon dalam College CoD League.

College CoD League mengumumkan keputusannya pagi ini pada server Discord rasminya.

Kenji diharamkan selamanya-lamanya daripada CCL. Universiti Grand Canyon hilang kelayakan daripada baki musim 2022 dan selepas musim. Semua pemain GCU yang bertanding bersama Kenji juga diharamkan bermain sehingga permulaan 2023.

“Cheating” adalah salah satu cara untuk merosakkan integriti kompetitif mana-mana game di mana kebanyakan organisasi ingin mendedahkan serta membuang mana-mana pemain yang menipu secepat mungkin. Kamera monitor biasanya membantu membuktikan pemain tidak bersalah tetapi teknologi cheat yang semakin canggih sekarang jadi ianya susah dikesan.

Harapnya perkara ini tidak berlaku lagi dalam Call of Duty: Vanguard dan mana-mana game kompetitif yang lain. Untuk banyak berita menarik tentang Call of Duty, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter

Tags: Call of Duty Vanguard
Previous Post

Ragnarok X datang dengan sistem 3rd Class dan peta Lv.100 Al De Baran!

Next Post

[Review] Persona 4 Arena Ultimax – Pertarungan menentang Shadow berterusan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[Review] Persona 4 Arena Ultimax – Pertarungan menentang Shadow berterusan!

[Review] Persona 4 Arena Ultimax - Pertarungan menentang Shadow berterusan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd