Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Omnidesk Pro 2020: Meja istimewa untuk mereka yang bekerja di rumah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2021
in Aksesori, Artikel, Berita, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review Omnidesk Pro 2020: Meja istimewa untuk mereka yang bekerja di rumah!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan ramai yang sedang bekerja dari rumah sekarang kerana isu COVID-19, mungkin ada yang ingin mengubah sebahagian daripada rumah untuk menjadi pejabat peribadi. Sudah tentu, perkara paling utama yang kita perlu cari dahulu ialah meja yang sesuai. Bukan setakat kerusi sahaja, meja pun memainkan peranan penting untuk kesihatan umum pengguna. Di sini, kita ada penyelesaian untuk mengurangkan sakit belakang dan memaksimumkan produktiviti. Inilah review saya untuk Omnidesk Pro 2020!

Omnidesk Pro 2020 merupakan upgrade kepada Omnidesk Pro 2018 yang memberi sejumlah penambahbaikan besar. Berikut adalah antaranya menurut sumber:

  • Peningkatan kestabilan: pengurangan 50% pergerakan lateral.
  • Kelajuan meningkat: peningkatan 40% kelajuan pergerakan.
  • Pengawal Dimmer: akan malap selepas 10 saat.
  • Reka bentuk semula kaki meja: tapak yang seimbang dan kestabilan keseluruhan yang lebih baik.
  • Anti-pelanggaran 2.0: mekanisme anti-pelanggaran ultra-sensitif yang boleh diubahsuai.
  • Bekas pengurusan kabel: bekas pengurusan kabel yang boleh dikeluarkan merangkumi semua saiz meja.
  • Estetika yang ditingkatkan: lapisan serbuk pada bingkai meja telah direka semula untuk meningkatkan daya tahan.

Tiga saiz tersedia untuk meja Omnidesk Pro 2020 iaitu kecil (48″ x 30″), besar (60″ x 30″), dan Ekstra Besar (72″ x 30″). Untuk ketiga-tiga ukuran, lebarnya tetap sama pada 30″, manakala ketebalannya tetap sama pada 0.7″.

Anda boleh memilih dari dua jenis meja iaitu “straight edge” dan “ergo curve”. Saya memilih straight edge kerana saya tidak begitu suka rekaan melengkung. Untuk mendapatkan pengalaman terbaik bagi paparan dan meja yang melengkung, kita harus duduk di tengah. Untuk meja yang lurus, anda tidak perlu betul-betul duduk di tengah dan boleh duduk di sisi untuk melakukan kerja. Jika anda memilih rekaan melengkung dan ingin membuat kerja merata di atas meja, sudah tentu ia tidak selesa. Pada masa yang sama, saya mendapati bahawa meja yang lurus akan sesuai dengan perabot keseluruhan di rumah kerana ia lebih mudah dipadankan dengan reka bentuk bilik.

Pertama kali saya melihat meja Omnidesk Pro 2020, saya mendapati bahawa meja ini mempunyai rekaan yang kukuh dan boleh tergolong dalam senarai meja kerja “premium” yang kebanyakan gamer guna sekarang. Kualiti permukaan meja pun agak mengagumkan. Ia mempunyai rasa “anti-slip” tetapi tidak terlalu kasar sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna. Seperti saya kata tadi, meja terasa sangat kukuh dan seolah-olah dipaku lantai, yang bermaksud ia tidak akan “bergoyang” dengan mudah. Selain itu, saya suka skema warna kayu (unit yang diberi), yang memberi penampilan berkelas. Ada juga skema warna hitam dan putih yang pasti menepati mana-mana reka bentuk bilik.

Sekarang mari kita bercakap tentang salah satu ciri utamanya iaitu kebolehan untuk mengubahsuai ketinggian meja. Omnidesk Pro 2020 dilengkapi dengan empat mod berbeza di mana anda boleh menetapkan ketinggian yang berbeza. Ia memang mudah untuk menukar tetapan. Anda hanya perlu:

  1. Ubah ketinggian meja pada ketinggian yang anda mahukan.
  2. Tekan butang terakhir (yang mempunyai Logo Omnidesk)
  3. Tekan butang bernombor yang dikehendaki (1, 2, 3 atau 4)

Satu lagi ciri penting adalah port USB di sebelah kanan meja yang boleh anda gunakan untuk mengecas peranti. Amat “basic” tapi sangat berguna apabila kita tiada tempat lain untuk mengecas. Unit Omnidesk kami pun dilengkapi dengan beberapa aksesori tambahan, seperti roda Castor supaya kita dapat menolak meja ke posisi pilihan. Bagi saya itu kurang penting, jadi saya akan senaraikan aksesori apa yang patut anda dapatkan semasa membeli meja ini.

Cable Management Bar

Cable management bar dipasang di bawah meja untuk menyimpan semua kabel anda. Semua kabel ini akan dimasukkan ke bahagian tengah dalam lubang ke cable management bar sebelum dipasangkan ke soket elektrik. Kemudian, kita akan mengikat lebihan kabel dan meletakkannya di dalam cable management bar tersebut. Tanpa aksesori ini, kabel anda akan tergantung di bawah meja anda, lantas membuat meja kita kelihatan buruk dan tidak terurus.

Power Clamp

Power Clamp adalah aksesori yang menyediakan tiga soket elektrik tambahan, 2 port USB, satu port USB 3.0, dan satu port HDMI. Ini akan dikepitkan di bahagian atas meja dan dapat dialihkan ke posisi yang anda inginkan.

Prism ARC Stealth Double

Untuk mereka yang menggunakan dua monitor, Prism ARC Stealth Double memang aksesori wajib kerana ia mempunyai lengan fleksibel yang membolehkan kita meletakkan monitor pada apa-apa sudut. Prism ARC Stealth Double juga dilengkapi dengan 2 port USB. Oleh kerana saya kita sudah mempunyai terlalu banyak sambungan USB, mungkin ini rasa keterlaluan, tapi tak salah untuk ada lebih daripada kekurangan.

Pendapat

Itu sahaja untuk review Omnidesk Pro 2020 saya! Ia adalah pilihan meja yang cukup padu, dan kini tersedia pada nilai harga RM2400 di laman web Omnidesk. Dengan tetapan yang cukup selesa untuk semua jenis pengguna, saya rasa ia adalah pembelian yang cukup bagus untuk sesiapa yang masih bekerja dari rumah tetapi ingin mengutamakan keselesaan. Walaupun beberapa aksesorinya sangat mahal, sekiranya anda mampu, saya percaya ia akan memaksimumkan pengalaman pengguna secara keseluruhan. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Omnidesk kerana membenarkan kami membuat review untuk unit Omnidesk Pro 2020 mereka, dan jangan lupa untuk dapatkan satu kerana meja ini kini tersedia di Malaysia!

Tags: mejaOmnideskOmnidesk Pro 2020reviewulasan
Previous Post

Pendedahan PUBG UPDATE 12.2 serta Peta “TAEGO” kini tersedia di TEST SERVERS!

Next Post

Kemaskini terbaru Q2 2021 Diablo IV bakal menampilkan ciri penyesuaian watak untuk nampak lagi gempak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kemaskini terbaru Q2 2021 Diablo IV bakal menampilkan ciri penyesuaian watak untuk nampak lagi gempak!

Kemaskini terbaru Q2 2021 Diablo IV bakal menampilkan ciri penyesuaian watak untuk nampak lagi gempak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd