Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review OLYMPIC GAMES TOKYO 2020 – Jadilah Atlet Terbaik dalam pelbagai Sukan!

Tak cukup satu game? Dalam ni banyak yang boleh korang mainkan!

Nyny.A by Nyny.A
August 16, 2019
in Artikel, Berita, PS4, Review
0 0
0
Review OLYMPIC GAMES TOKYO 2020 – Jadilah Atlet Terbaik dalam pelbagai Sukan!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang ramai tahu, tahun hadapan akan adanya satu acara kesukanan terbesar hadir di Jepun iaitu Tokyo Olympics 2020 (Sukan Olimpik Tokyo 2020). Sempena menyambut acara besar tersebut dan menarik lebih ramai peminat, Tokyo Olympic 2020 turut melancarkan permainan video OLYMPIC GAMES TOKYO 2020 untuk platform PlayStation 4. Dan kami adalah salah satu yang bertuah dapat review sendiri permainan ini!

Pengenalan

Okay la serba sedikit saya nak menceritakan tentang “Olympic Games Tokyo 2020”, lebih dari 15 acara didalam Sukan Olimpik seperti Ohlaraga, Akuatik dan sukan Bola. Pengendalian yang agak mudah, mesra pengguna, dan paling menarik, anda boleh bermain permainan ini bersama keluarga, rakan-rakan ataupun rakan dalam talian di seluruh dunia!

Ciri dan perjalanan permainan 

Ini sememangnya projek yang sangat bagus dari Olympic Games Tokyo 2020 untuk memberi orang biasa merasai sendiri sukan-sukan yang dirasai oleh atlet-alet kebangsaan. Kemenangan kekalahan serba sedikit boleh dirasai perasaan tersebut didalam permainan ini.

Berbalik semula pada pemulaan permainan ini, saya dapat memilih avatar dan kewarnageraan sendiri. Jadi dah semestinya saya memilih Malaysia kan! Walaupun tak dapat masuk Sukan Olimpik sebenar, dalam game dapat membanggakan negara sendiri kira dapat feel la tu~Avatar yang dipilih boleh la ikut kesesuaian sendiri, seperti pemilihan hidung, mata dan mukut juga pilihan memakai cermin mata, atau nerjanggut, cat dimuka dan banyak lagi.

Setiap sukan permainan akan tersedia secara automatik pakaian yang bersesuaian dengan acara-acara tersebut. Ataupun kalau anda rajin, anda juga boleh tukar secara manual baju-baju tersebut. Dan kemungkinan besar, akan hadir pelbagai lagi pakaian didalam pembelian atas talian kelak. Yang itu kita tunggu dan lihat okay!

Bukan itu sahaja, kita juga boleh memilih suara, kerana suara tersebut yang memainkan peranan bila pemain kita menjerit kemenangan.

 

1 of 6
- +

Selepas pemilihan itu semua, maka saya dapat membuat pemilihan acara permainan yang saya ingin mainkan. Buat masa ini, terdapat 15 permainan yang boleh dimainkan dan dikatakan akan ada penambahan acara juga serta barangan pembelian dalam talian.

Setiap permainan akan mengambil masa dari seminit hinggalah hampir 15 minit. Seperti permainan tenis, bola keranjang, bola tampar, bola sepak senang cerita acara sukan bola akan memakan masa lebih sedikit. Setiap permainan dikawal secara berbeza. Ada yang agak sukar dan ada yang terlalu senang. Cuma satu sahaja, kebanyakan acara akan menekan butang X banyak kali untuk ke garisan pengakhiran.

Setiap kawalan yang berbeza ini akan membuatkan kita menjadi kelam kabut sedikit dan bila dah kabut tu, mesti akan tertinggal dibelakang. Tetapi cabaran dari NPC tidak lah begitu hebat mana, kalau anda bosan ini lah masanya untuk bermain secara mod multiplayer atau dalam talian.

Buat masa ini, yang agak sukar dikawal adalah acara renang, larian lompat berpalang, bola sepak dan bola keranjang. Mungkin kerana banyak butang yang harus dikawal dan membuat kita sedikit sukar. Tapi lama kelamaan jadi semakin mudah selepas bermain beberapa kali.

Ada beberapa acara yang membenarkan kita untuk menggunakan kuasa lebih jika pemain tersebut sudah mencapai tahap maksimum untuk menggunakan kuasa tersebut. Contohnya anda boleh menekan butang R1 untuk menggunakan Slam Dunk dalam Bola Keranjang, atau Smash dalam Tenis.

Selebihnya

Anda bosan dengan satu permainan, anda alihlah kepada permainan yang lain. Cipta rekod terbaik di setiap acara, menang disetiap acara, makin ramai penyokong akan memberi sorakan yang kuat kepada anda.

Kesimpulanya

Olympic Games Tokyo 2020 merupakan sebuah permainan yang lebih sesuai dimainkan bersama keluarga dan rakan-rakan agar terasa lebih seronok. Keburukannya hanyalah sedikit, mungkin perbaiki sedikit bentuk badan atlet-atlet yang nampak agak aneh sedikit dan kawalan yang agak sukar sedikit bagi sesetengah permainan. Tapi biarpun ada sedikit kelemahan ini, jangan kecewa sebab memang seronok sebab banyak acara permainann yang anda boleh mainkan!!

Jadi, untuk masa yang akan datang beberapa lagi versi Olympic Games Tokyo 2020 akan datang, antaranya seperti Mario dan Sonic akan menyertai Olympic Games Tokyo 2020 di Nintendo Switch; Mario dan Sonic Olympic Games versi permainan Arked dan Sonic di Olympic Games di platform Android dan iOS. Buat masa ini, Olympic Games Tokyo 2020 secara rasmi memasuki platform PlayStation 4 dengan harga RM180.00, jadi anda atau rakan-rakan bolehlah membelinya di laman web rasmi PlayStation Store atau layari terus laman web rasmi OLYMPIC GAMES TOKYO 2020.

The Review

OLYMPIC GAMES TOKYO 2020

7 Score

Rasai sendiri pengalaman menjadi atlet sukan di dalam permainan OLYMPIC GAMES TOKYO 2020! Bukan satu acara tetapi lebih 15 acara permainan yang anda boleh mainkan!

PROS

  • Lebih dari 15 acara boleh dimainkan
  • Permainan yang menyeronokkan terutama bersama keluarga dan rakan

CONS

  • Kawalan agak sukar sedikit
  • Avatar yang agak kekok

Review Breakdown

  • Memuaskan untuk bermain beramai-ramai! 0
Tags: OLYMPIC GAMES TOKYO 2020PlayStation 4
Previous Post

5 Mage Terkuat untuk Meta Mobile Legends buat masa ini! [Ogos 2019!

Next Post

Doraemon: Story of Seasons – Pandangan pertama untuk Demo Build!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Doraemon: Story of Seasons – Pandangan pertama untuk Demo Build!

Doraemon: Story of Seasons - Pandangan pertama untuk Demo Build!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd