Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Garena Kerjasama Dengan Pocketpair, Bawa ‘Palworld Online’ Ke Mobile Pada 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, Survival
0 0
0
Garena Kerjasama Dengan Pocketpair, Bawa ‘Palworld Online’ Ke Mobile Pada 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada pemain mobile Malaysia yang gemar genre survival, tidak lama lagi kita akan dapat menangkap dan bertarung dalam Palworld terus dari telefon pintar. Penerbit Garena secara rasmi mengumumkan Palworld Online, sebuah game mobile baharu yang dibangunkan di bawah lesen rasmi pencipta asal, Pocketpair.

Game ini akan dikeluarkan di iOS dan Android pada tahun 2026.

Bukan port tipikal daripada PC, Palworld Online dibangunkan sebagai sebuah game Massively Multiplayer Online (MMO) khas untuk telefon pintar; dan membawa kebanyakan elemen asas yang sama daripada game origibal seperti survival, mengumpul makhluk dan base-building, bersama jalan cerita baharu serta side quest eksklusif untuk versi mobile.

Pemain boleh mengembara di dalam open worldbersama “Pal”, iaitu makhluk misteri yang menghuni dunia permainan ini. Sambil meneroka kawasan baharu, pemain boleh menangkap, membela, dan melatih pelbagai jenis Pal, selain menemui harta karun tersembunyi dan membongkar pelbagai rahsia di seluruh peta.

Mod multiplayer sudah tentu menjadi aspek utama dalam Palworld Online. Kita boleh bertemu pemain lain, membentuk pasukan, serta membina kawasan penempatan bersama-sama. Pal juga boleh ditugaskan di base untuk menguruskan kerja harian seperti mengumpul sumber, crafting, dan mempertahankan kawasan daripada serangan.

Bagi aktiviti berpasukan, pemain boleh bekerjasama menumbangkan bos di open world, memburu Pal hebat, atau melawat base rakan-rakan. Mod Player-versus-Player (PvP) turut disediakan untuk mereka yang gemar bertarung secara kompetitif.

Membina base dan mengurus sumber boleh jadi agak rumit pada skrin sentuh. Oleh itu, Garena telah mereka bentuk UI yang mesra untuk telefon pintar. Menurut mereka, game ini akan dilengkapi kawalan “one-tap control” bagi memudahkan kerja-kerja membina, memindahkan base, dan menghantar Pal.

Garena turut mengesahkan bahawa prestasi game ini sedang dioptimumkan supaya berjalan lancar pada pelbagai spesifikasi telefon… daripada model entry-level hinggalah peranti flagship.

Maklumat lanjut tentang tarikh pra-pendaftaran dan fasa ujian awal Palworld Online akan diumumkan apabila mendekati tarikh pelancarannya nanti pada 2026.

Tags: Palworld Online
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Teenage Mutant Ninja Turtles) – Teroka New York Bersama Adik-Beradik Kura-Kura

Next Post

RPG Anime ‘Astrae Oratio’ Akan Buka Pendaftaran Ujian Beta Pada 19 Ogos

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
RPG Anime ‘Astrae Oratio’ Akan Buka Pendaftaran Ujian Beta Pada 19 Ogos

RPG Anime 'Astrae Oratio' Akan Buka Pendaftaran Ujian Beta Pada 19 Ogos

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd