Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review [No Spoiler] Filem Mortal Kombat – Pertarungan antara juara dua alam

Amir Haziq by Amir Haziq
April 9, 2021 - Updated on May 6, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Review [No Spoiler] Filem Mortal Kombat – Pertarungan antara juara dua alam
Share on FacebookShare on Twitter

Filem Mortal Kombat telah mula ditayangkan di pawagam seluruh malaysia, dan terima kasih Warner Bros Malaysia sebab bagi peluang untuk kami tengok filem ini lebih awal di TGV. Bagi yang tidak tahu, filem ini adalah berdasarkan dari permainan video klasik Mortal Kombat yang dijadikan filem reboot sempena ulang tahun ke-29 permainan. Jadi kami ingin berkongsi review filem Mortal Kombat tanpa sebarang spoiler untuk anda.

Jalan cerita Mortal Kombat

Mortal Kombat sangat terkenal dari segi penceritaan setiap wataknya, malah permainan video fighting ini mempunya story mode yang hebat bagi ramai peminat global. Dalam filem ini, mereka memasukkan watak yang ramai, jadi sedikit sukar untuk faham pada yang baru pertama kali menonton. Mungkin Mortal Kombat boleh buat seperti Justice league, dimana setiap watak ada filem mereka sendiri seperti Woman Woman dan The Flash.

Dari segi adegan pertarungan, memang banyak aksi bertarung menarik yang buat anda rasa berbaloi. Pertarungan kombat dengan special skill setiap watak tidak akan mengecewakan penonton. Antaranya seperti Kung Lao dan Sonya Blade yang sememangnya nampak hebat setiap kali bertarung. Adegan pertarungan perlu dibanyakkan penggunaan brutality dan fatality daripada sekadar pertarungan kombat.

Namun, ada beberapa faktor yang buat saya rasa kurang puas hati semasa menonton adegan pertarungan. Editing semasa pertarungan terlalu banyak dipotong dan penukaran shot dekat dan shot jauh tidak seimbang. Lagi membuat saya geram, apabila babak pertarungan setiap watak dilakukan serentak di beberapa lokasi berbeza. Anda juga mungkin rasa tidak puas dengan adegan pertarungan kerana banyak pertukaran babak yang laju.

Selain itu, agak kecewa juga bila terdapat beberapa adegan yang sepatutnya menarik tetapi telah ditapis. Contoh seperti lawak-lawak kesat yang dibualkan oleh beberapa watak.

Setiap pelakon perlu memahami dan mengkaji watak yang dibawa. Beberapa adegan dimana agak pelik bila melihat Scorpion bercakap dalam Bahasa Jepun manakala Sub-Zero menggunakan Bahasa Cina ketika berdialog, yang lawaknya mereka boleh faham perbualan itu. Terdapat juga adegan mereka menyebut ayat ikonik dari permainan video dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, Scorpion menyebut “Get over here” seperti dalam permainan.

Watak-watak dalam permainan Mortal Kombat digambarkan sebagai pahlawan yang kuat dan berjiwa perang. Jadi jika pelakon berjaya membawa elemen tersebut pastinya jalan cerita lebih menarik. Contoh seperti watak Kano yang dilakonkan Josh Lawson, sangat menonjol berbanding watak lain. Lawson berjaya membawa watak Kano sebagai seorang yang licik, mulut celupar dan ada personaliti jahat yang berkarisma. Anda pasti terhibur setiap kali Kano mula bercakap.

Menariknya di penghujung filem, terdapat cliffhanger dimana akan ada sekuel filem mengenai misi mencari Johnny Cage untuk kejohanan seterusnya.

Penampilan setiap watak yang tidak mengecewakan

Dari segi kostum, filem ini berjaya mengadaptasikan kostum watak dari permainan video nampak realistik. Kostum yang dipakai Scorpion dan Sub-Zero dalam filem ini memang nampak hebat dengan ketelitian ukiran berbanding kostum Mortal Kombat tahun 1995. Saya rasa teruja tiap kali melihat aksi Kung Lao dengan topi gasingnya kerana setiap detail kecil berjaya dihasilkan dengan baik. Cuma sedikit kecewa dengan penampilan Mileena kerana tidak seperti yang digambarkan dalam permainan video.

Seterusnya, kesan khas filem ini berjaya dihasilkan dengan baik dan nampak nyata. Penggunaan kesan khas kuasa api Scorpion, manipulasi ais Sub-Zero dan kilat dihasilkan Raiden memang cukup menakjubkan. Anda juga pasti kagum bila melihat kesan khas dari pergerakan Kabal yang laju, seolah-olah seperti dalam permainan.

Di samping itu, visual filem ini bagi saya sangat menarik secara keseluruhan. Suasana Outworld serta gelanggang semasa Cole dan Scorpion bertarung dengan Sub-Zero tidak terlalu nampak kesan green screen. Tetapi peminat Mortal Kombat jangan pelik bila Raiden’s Temple tidak seperti Pagoda yang digambarkan.

Kesan bunyi yang mantap

Dari segi bunyi, bagi saya pastinya dari pembentukan dan manipulasi ais dari Sub-Zero adalah yang terbaik dihasilkan dalam filem ini. Kesan bunyi semasa bertarung dan aksi kejar mengejar juga berjaya memainkan peranan bagi menghidupkan suasana adegan tersebut.

Setiap pertarungan dalam filem ini dimasukkan lagu-lagu dari Mortal Kombat jika anda dengar dengan teliti. Malah terdapat satu babak bertarung dimana lagu tema ikonik permainan telah digunakan.

Penutup

Secara keseluruhan, filem ini sangat disyorkan kepada peminat Mortal Kombat. Walaupun terdapat kecacatan dari segi koreografi dan penyuntingan dalam filem, namun hasil dari kesan khas, kostum watak, pembawakan karakter dari pelakon serta lawak dari Kano berjaya mengaburi masalah filem. Sebagai peminat Mortal Kombat, saya bagi penilaian 7/10. Tapi mungkin berbeza bagi mereka yang hanya sekadar menonton untuk pengalaman.

Tags: filemFilem Mortal KombatNo Spoilerreview
Previous Post

Review Penuh Samsung Galaxy A52 – Mampu Milik sambil Kekal Bergaya!

Next Post

SaGa Frontier Remastered akan keluar pada 15 April, beserta trailer baru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
SaGa Frontier Remastered akan keluar pada 15 April, beserta trailer baru!

SaGa Frontier Remastered akan keluar pada 15 April, beserta trailer baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd