Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

3 minit pertama filem 3DCG Ryoma! The Prince of Tennis ditayangkan di laman web rasmi filem!

Maira by Maira
September 23, 2021
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
3 minit pertama filem 3DCG Ryoma! The Prince of Tennis ditayangkan di laman web rasmi filem!
Share on FacebookShare on Twitter

Laman web rasmi untuk filem animasi 3DCG Ryōma! The Prince of Tennis Movie, telah menayangkan tiga minit pertama filem itu semalam. Melalui video tersebut, kita dapat melihat muzik pembukaan dan tarian dalam filem itu.

Filem ini dibuka di Jepun pada 3 September, dan memperoleh 185 juta yen sekitar RM 7.08 juta. Ia dimainkan di pawagam dalam dua versi, di mana beberapa adegan berbeza dalam setiap versi untuk menggerakkan cerita pada dua trek selari. Versi “Decide” berfokus pada kapten pasukan Seigaku, Kunimitsu Tezuka dan kapten pasukan Rikkai, Seiichi Yukimura, sementara versi “Glory” memfokuskan pada kapten pasukan Hyōtei, Keigo Atobe dan kapten pasukan Shitenhōji, Kuranosuke Shiraishi.

Kisah filem ini dimulakan dengan watak utama, Ryoma yang tiba di Amerika Syarikat, dan mendapati Sakuno Ryūzaki didatangi oleh “geng tenis.” Ryōma memukul bola tenis ke arah mereka untuk menolong Sakuno, tetapi akhirnya bola yang dipukulnya terkena pada seorang lelaki berkerusi roda yang misteri. Pada saat itu, Ryōma dan Sakuno entah bagaimana kembali ke masa ketika ayah Ryōma, Nanjiro masih bermain di Amerika yang dikenali sebagai “Samurai Nanjiro.”

Pencipta manga asal, Takeshi Konomi telah mengawasi filem ini. Filem Ryōma! Rebirth: The Prince of Tennis Movie telah dijadualkan pada musim bunga 2020 tetapi telah ditangguhkan penyiarannya hingga 2021. Filem ini menampilkan kisah asal yang berlaku dalam jangka masa tiga bulan antara peristiwa di akhir manga The Prince of Tennis dan permulaan manga The New Prince of Tennis.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Berikut adalah staf yang terlibat dalam pembikinan filem: Ryōma! Rebirth: The Prince of Tennis Movie:

  • Hiroshi Koujina (2011 Hunter × Hunter, Kiba) mengarahkan anime di The Monk Studios dan Keica dengan kerjasama oleh Studio KAI. GAGA merupakan pengedar filem itu
  • Takehiko Hata (Lupin III: Goodbye Partner) sebagai penulis skrip
  • Patricia Hishikawa adalah penyelia CG
  • Kei Yoshimizu adalah pengarah animasi
  • Momoko Yamada adalah pengarah CG
  • Takeshi Takadera adalah pengarah suara
  • Kei Tsuda adalah composer muzik. Mangaka Takeshi Konomi sendiri menulis semua insert song untuk filem itu, termasuk lirik untuk lagu-lagu rap.

Sumber: AnimeNewsNetwork

Tags: animefilemThe Prince of Tennis
Previous Post

Perincian terbaru Super Robot Wars 30 telah didedahkan dalam preview kedua video mereka!

Next Post

Review Death Stranding Director’s’ Cut – Kurang berjalan, lebih banyak aksi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Review Death Stranding Director’s’ Cut – Kurang berjalan, lebih banyak aksi!

Review Death Stranding Director's’ Cut - Kurang berjalan, lebih banyak aksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd