gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Review Review Produk

[Review] Acer EI322QUR – Gaming monitor lengkung 2K 165Hz yang harga mampu milik

safwan by safwan
May 30, 2022
in Artikel, Berita, Monitor, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] Acer EI322QUR – Gaming monitor lengkung 2K 165Hz yang harga mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Nak beli monitor gaming sekarang bukan mudah, sama ada akan dapat spec power dengan harga mahal dan spec rendah pada harga yang murah. Namun, perubahan mungkin akan bermula tidak lama lagi kerana seiring dengan pelancaran monitor Predator X28, Acer Malaysia turut melancarkan monitor Acer EI322QUR sebagai pilihan yang mampu milik. Ia didatangkan dengan saiz 31.5 inci dan resolusi 2560x 1440 WQHD dengan refresh rate maksimum 165Hz.

Nak tahu lebih lanjut tentang monitor Acer EI322QUR, jom baca review jujur kami.

Reka Bentuk

Acer EI322QUR didatangkan dengan saiz 31.5 inch berserta lengkung beradius 150cm. Jika nak dibandingkan reka bentuknya dengan siri Predator, ianya tidak nampak seperti gaming dan lebih fleksibel untuk dibawa kemana sahaja. Lengkungan yang diberikan kepada monitor ini adalah sangat baik kerana semua yang terpapar pada skrin monitor boleh dilihat dengan mata dan tidak perlu toleh ke kiri atau ke kanan.

Walaupun ianya besar, Acer EI322QUR tidak memerlukan banyak ruang untuk diletakkan. Hal ini kerana, ia dilengkapi dengan stand berkaki dua nipis yang stabil untuk menyokong monitor. Jika nak dikatakan tentang bezel, memang agak sukar untuk nampak dengan jelas melainkan anda melihatnya secara dekat.

Untuk bahagian pelarasan, hanya sedikit sahaja boleh digerakkan iaitu pusingkan ke atas sebanyak 15o dan 5o ke bawah. Ianya tidak boleh dipusingkan sehingga menjadi mendatar 90o. Jika anda ingin menggunakannya sebagai monitor utama, saya rasa tiada masalah untuk lakukannya. Tetapi jika ingin menggunakannya sebagai monitor kedua dan boleh dipusingkan sehingga 90o, saya sarankan untuk anda mendapatkan monitor arm.

Ia agak mudah untuk memasangkan monitor pada stand dengan hanya perlu skru beberapa bahagian bersama dan terus selesai. Ia juga mudah untuk dicabutkan dengan hanya menekan notch di bahagian belakang dan anda boleh cabutkan monitor dari stand-nya.

Monitor ini didatangkan dengan 2 port HDMI 2.0, 2 port DisplayPort 1.4 dan 1 bicu audio 3.5mm. Banyak juga pilihan yang diberikan oleh Acer untuk monitor ini.

Prestasi Paparan

Monitor ini didatangkan dengan resolusi 2560 x 1440 WQHD tetapi saya merasakan yang ianya tidak sesuai dengan monitor yang sebesar 31.5 inci ini. Semasa saya menggunakan monitor ini, paparan yang dikeluarkan tidak nampak begitu tajam walaupun ianya 1440p. Hal ini berkemungkinan kerana paparan yang besar, jadi piksel perlu meliputi lebih banyak kawasan.

Secara jujurnya, kualiti visual adalah normal sahaja jika nak dibandingkan dengan Predator X28 monitor yang lebih hebat. Semasa saya menonton video, saya merasakan yang saya sedang menonton 1080p dalam paparan 14 inci walaupun ianya didatangkan dengan 1440p.

Untuk menonton video, ia rasa biasa, tetapi apabila korang bermain game, semuanya rasa sempurna. Dah nama pun monitor gaming kan, sudah pasti ianya akan mempunyai prestasi yang bagus dan cemerlang. Ia dilengkapi dengan refresh rate 165Hz pada port DisplayPort 1.4 dan 144Hz untuk port HDMI. Semasa mencuba bermain Apex Legends, saya rasa sedikit kagum dengan gameplay yang lancar dan saya tidak mempunyai apa-apa komen buruk mengenainya.

Audio

Bagi saya ianya sangat teruk walaupun volume telah menaikkan sehingga 100%. Bunyi yang dihasilkan sangat perlahan dan ianya agak sukar untuk tahu dari mana audio itu keluar. Perkara ini sudah menjadi standard kepada monitor gaming industri masa kini. Ianya bukan perkara yang membimbangkan bagi saya kerana anda akan bermain game menggunakan headset.

Ciri-ciri

Masuk ke bahagian Acer EI322QUR tidak mempunyai ci-ciri yang menarik bagi saya walaupun ia mempunyai 3 jenis crosshair yang berbeza tetapi tidak boleh diubah suai. Namanya pun sudah crosshair, sudah pasti ianya diletakkan ditengah dan berwarna putih.

Bagi tetapan OSD, tidak banyak pilihan yang mereka berikan. Anda boleh memilih antara mode yang berbeza ikut keserasian mata anda tetapi tidak begitu mendalam. Anda boleh ubah tetapan OSD dengan 5 butang yang disediakan di bahagian kanan bawah monitor.

Pendapat saya

Untuk monitor yang bersaiz 31.5 inci dengan refresh rate 165/144Hz saya rasa ianya bagus untuk dimiliki bagi yang bermain game dengan menggunakan monitor lengkung. Walaupun ianya tidak mempunyai paparan yang bagus, ianya tetap baik jika masuk ke dalam bahagian gaming. Dengan mempunyai saiz paparan yang besar dan refresh rate yang baik, saya boleh katakan yang anda akan mempunyai gameplay yang lebih lancar.

Kalau korang gunakan monitor ini untuk menonton video ataupun filem, ianya agak kurang manakala untuk bermain game memang sangat best. Yang paling menarik adalah ia berharga mampu milik pada Rm1,299.00. Jadi, kepada sesiapa yang ingin mencari gaming monitor murah di pasaran, ini adalah pilihan yang terbaik.

Anda boleh dapati laptop ini di laman web rasmi Acer dengan berharga RM 1,299.00.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Acer EI322QUR
Previous Post

Senarai Universiti dan Kolej yang menawarkan “course game” di Malaysia!

Next Post

Bocor! God of War mungkin percuma untuk PS Plus Jun 2022!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!
Smartphone

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!

February 3, 2023
Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!
Movie/siri

Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!

February 3, 2023
Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]
Fakta & Trivia

Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

February 3, 2023
Next Post
Bocor! God of War mungkin percuma untuk PS Plus Jun 2022!

Bocor! God of War mungkin percuma untuk PS Plus Jun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

by safwan
February 2, 2023
0

Selepas beransur dari fasa pandemik pada tahun lepas, kita telah melihat dunia hiburan yang semakin riuh dengan pelbagai filem ditayangkan...

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

by Maira
February 2, 2023
0

Minggu lepas, manga My Hero Academia telah kembalikan Shigaraki setelah dia diambil alih oleh All For One sekejap. Peminat memang...

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

by Maira
February 2, 2023
0

UNIQLO akan mengeluarkan Koleksi UT terbaru dengan kolaborasi siri anime popular, Attack on Titan. Terdapat lapan reka bentuk yang anda...

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

by Razin Syafiq
February 1, 2023
0

Siap sedia untuk menyelamatkan Bikini Bottom dalam game 'platforming adventure' serba baharu, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake oleh THQ Nordic -...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In