arBlockbuster seram terbaru Capcom, Resident Evil Requiem telah menjatuhkan Resident Evil 4 daripada takhtanya selama dua dekad sebagai game dengan penilaian tertinggi dalam francais ini di kalangan gamer.
Hanya beberapa hari selepas pelancarannya, game kesembilan dalam entri utama francais telah meraih pujian serta sambutan luar biasa daripada peminat.

Menurut ulasan Metacritic, Resident Evil Requiem kini memegang skor 9.5 berdasarkan lebih 5,000 ulasan pemain, lantas mengatasi pemegang rekod sebelum ini iaitu Resident Evil 4 keluaran 2005, yang mengekalkan skor 9.1.
Pencapaian ini amat agak besar memandangkan status ‘legenda’ Resident Evil 4 dalam komuniti gaming dan pengaruhnya terhadap genre action-horror sejak 20 tahun lalu.
Resident Evil 4 original sebelum ini menduduki tempat teratas, diikuti oleh remake Resident Evil 4 keluaran 2023 dan remake Resident Evil keluaran 2002, yang kedua-duanya seri pada skor 8.9.
Rekod ini lebih luar biasa apabila kita mengambil kira bahawa Resident Evil Requiem kini berkongsi gelaran sebagai “game dengan ulasan pengguna tertinggi di Metacritic bersama Clair Obscur: Expedition 33”, iaitu pemenang anugerah Game of The Year pada 2025.
Di Steam, Resident Evil Requiem mempunyai penilaian “overwhelmingly positive” dengan lebih 21,000 ulasan, sekali gus mengesahkan daya tarikan dan kualiti game ini merentas platform.
Kejayaan Requiem tidak terhad kepada ulasan sahaja. Semasa hujung minggu pelancaran, game ini memecahkan rekod concurrent player Steam untuk francais ini, yang memuncak pada lebih 344,214 pemain serentak pada 28 Februari.
Pencapaian ini cukup mengagumkan untuk sebuah game berfokus pada single-player dan menggandakan lebih dua kali rekod francais sebelum ini yang dipegang oleh remake Resident Evil 4, yang memuncak pada kira-kira 168,000 concurrent player pada 2023.









Discussion about this post