Amazon mungkin menyesal mengeluarkan gambar ‘first look‘ untuk siri live-action God of War mereka. Sejak gambar yang memaparkan Ryan Hurst sebagai Kratos dan Callum Vinson sebagai Atreus itu didedahkan, ia tidak berhenti menerima kecaman daripada netizen.
Paling “sakit sekali”, kritikan itu turut datang daripada David Jaffe, orang yang bertanggungjawab mencipta francais game tersebut.
David Jaffe menganggap gambar pertama sebagai sesuatu yang “bodoh” dan “teruk.” Beliau turut mempersoalkan keputusan Amazon menggunakan gambar tersebut sebagai pandangan pertama untuk penonton.
“Takkan tak jumpa gambar lain yang tak buat dia nampak macam tengah be*** dalam hutan? Sebab itulah yang gambar itu tunjukkan,” luah Jaffe dalam video.
Gambar tersebut, yang diterbitkan secara rasmi oleh Amazon Prime Video, mengundang kritikan di seluruh platform media sosial sejak pertama kali ia didedahkan.
Peminat menyamakannya dengan pelbagai perkara secara negatif, daripada deepfake janaan AI sehinggalah cosplay murahan, dengan perhatian khusus diberikan kepada fizikal Hurst yang dianggap kurang sasa serta usia Vinson yang dilihat terlalu kecil untuk berlakon sebagai Atreus.
Menambah lagi kontroversi ini, Ryan Hurst yang berlakon sebagai Kratos telah memuat naik mesej di Instagram pada hujung minggu lepas; “Jangan percaya semua yang anda lihatdi internet, budak-budak.” Hurst tidak menyebut secara khusus tentang gambar God of War tersebut, tetapi isyaratnya seolah-olah merujuk kepada hal itu.
This was posted on Ryan Hurst’s (Kratos) Instagram Story a few hours ago…
by u/AllTr0n in GodofWarRagnarok
Kembali ke topik utama; meskipun kata-katanya sangat, Jaffe menekankan bahawa beliau masih menaruh keyakinan tinggi terhadap siri itu. Beliau menunjuk kepada showrunner Ronald D. Moore serta pembangun utama God of War iaitu Cory Barlog sebagai sebab utama beliau kekal yakin.
Amazon dan Sony masih belum mendedahkan bila siri God of War ini akan mula ditayangkan.









Discussion about this post