Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Winds and Waves – Asia Tenggara Jadi Inspirasi Region Baharu, Ini Termasuk Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2026
in Adventure, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Pokémon Winds and Waves – Asia Tenggara Jadi Inspirasi Region Baharu, Ini Termasuk Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokémon Winds and Waves yang baru diumumkan nampaknya mengambil inspirasi besar daripada Asia Tenggara, termasuk Malaysia…

Akan dilancarkan pada tahun 2027 secara eksklusif di Nintendo Switch 2, baru-baru ini game Pokémon tersebut telah mempamerkan trailer pertama. Ternyata, game ini mengambil inspirasi daripada beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor-Leste.

Menurut laporan IGN dan peminat dari seluruh dunia, Game Freak (pembangun game) sedang membina berdasarkan konsep kepulauan tropika.

Nama “Winds” dan “Waves” itu sendiri memberi petunjuk bahawa penerokaan laut dan eksplorasi antara pulau akan memainkan peranan penting dalam gameplay, dengan membolehkan pemain meneroka pekan-pekan pesisir, pelbagai pulau, malah kawasan bawah air dengan cara yang tidak pernah dicuba dalam game Pokémon sebelum ini.

Antara elemen Asia Tenggara yang dikesan termasuk:

  • Hutan Bakau: Trailer memaparkan ekosistem bakau, yang amat relevan dengan Malaysia. Menurut kajian saintifik, Asia Tenggara merupakan rumah kepada kira-kira 35% hutan bakau dunia. Walaupun Indonesia mempunyai kawasan bakau terbesar di dunia iaitu 29%, Pulau Borneo di Malaysia juga memiliki hutan bakau yang luas dan penting untuk kepelbagaian biologi serta perlindungan pesisir pantai di rantau ini.
  • Seni Bina: Penonton mengenal pasti struktur yang menyerupai bangunan Asia Tenggara, termasuk rumah-rumah atas air yang disambungkan dengan jambatan.
  • Sawah: Trailer turut mempamerkan sawah pada lereng gunung. Selain mengundang perbandingan dengan Sawah Banaue di Ifugao, Filipina (salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO), tetapi sistem pertanian sawah seperti ini juga wujud di beberapa bahagian Malaysia.

Ini merupakan kali pertama Asia Tenggara digunakan sebagai asas kepada dunia dalam game Pokémon. Generasi-generasi sebelum ini mengambil inspirasi daripada lokasi seperti Perancis (Pokémon X dan Y), United Kingdom (Pokémon Sword dan Shield), dan Sepanyol (Pokémon Scarlet dan Violet).

Malah, sesetengah peminat turut berspekulasi mengenai Pokémon baharu. Malaysia dan Asia Tenggara merupakan rumah kepada hidupan liar yang unik termasuk orang utan, beruang madu, monyet belanda, burung enggang, tapir dan pelbagai spesies tropika lain yang boleh menjadi asas menarik untuk reka bentuk Pokémon dalam game.

Tags: Pokémon Winds and Waves
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Requiem Memegang Takhta Sebagai Game Kegemaran Peminat Dalam Francais!

Next Post

Pokémon Center Singapore Akan Ditutup Sementara Untuk Pengubahsuaian Besar – Apa Yang Berubah dan Bila Ia Kembali?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pokémon Center Singapore Akan Ditutup Sementara Untuk Pengubahsuaian Besar – Apa Yang Berubah dan Bila Ia Kembali?

Pokémon Center Singapore Akan Ditutup Sementara Untuk Pengubahsuaian Besar - Apa Yang Berubah dan Bila Ia Kembali?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd