Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 8 hampir 60% siap! Info baru tentang perkembangan semasa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil 8 hampir 60% siap! Info baru tentang perkembangan semasa!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru dua minggu telah berlalu sejak Resident Evil 8 diumumkan secara rasmi dan hype untuk RE8 masih meningkat dalam komuniti. Game ini bukan sahaja akan meneruskan siri Resident Evil utama, tetapi juga akan memperbaiki mekanik dan jalan cerita daripada Resident Evil 7. Walaupun tidak banyak maklumat yang diketahui buat masa ini, temuramah baru dengan dua pemaju mengesahkan pembangunan RE8 masih berjalan dengan lancar.

Bersumberkan Famitsu, mereka mengadakan sebuah temuramah dengan dua pemaju terkenal, Tsuyoshi Kanda dan Pete Fabiano, yang memberikan maklumat lebih lanjut tentang Resident Evil 8. Walaupun para pemaju tersebut tidak dapat memberi komen untuk beberapa soalan tertentu, mereka menjelaskan beberapa perkara lain di mana mereka menjawab bahawa Resident Evil 8 sebenarnya dalam pembangunan selama hampir empat tahun, penglibatan Chris Redfield dalam permainan, dan bagaimana RE8 ialah kesimpulan untuk jalan cerita Resident Evil 7.

Mereka juga mengesahkan fitur kamera first-person, teka-teki, pengurusan inventori yang diperbaiki, dan grafik dan suara yang ditambahbaik. Bahagian yang paling menarik dalam temuramah itu adalah apabila mereka menerangkan makna perkataan Village dan bagaimana ia berkait dengan Resident Evil 8. Para pemaju memberitahu bahawa “Village” pun membawa maksud protagonis tetapi diterjemahkan dalam aspek berbeza.

Buat masa ini, tidak jelas apakah maksud sebenar “Village” dalam konsep Resident Evil dan ada kemungkinan Village ialah varian mutan seperti Tyrant atau Nemesis. Kalau itu maksudnya, mengapa dijadikan sebagai protagonis? Adakah raksasa itu boleh dimainkan? Buat masa ini, peminat hanya boleh menunggu apabila lebih banyak info keluar pada Ogos 2020.

Di bawah adalah info ringkas untuk setiap butiran baru yang dikongsi oleh Capcom:

  • RE8 berlangsung di Eropah (mungkin Eropah Timur).
  • Banyak teka-teki untuk diselesaikan, dengan penekanan pada penerokaan.
  • Tidak ada loading screen.
  • Konsol next-gen memberikan pengalaman yang lebih mendalam, kerana peningkatan ke grafik dan audio.
  • Pengurusan inventori sangat penting.
  • Sekuel kepada Resident Evil 7.
  • First-person perspective kembali daripada Resident Evil 7, tetapi diperbaiki.
  • Ethan dan Mia telah membentuk hubungan baru.
  • Trailer Resident Evil 8 menunjukkan penamat Resident Evil 7 yang canon.
  • Lebih banyak maklumat akan didedahkan pada bulan Ogos 2020.
  • Re8ini kini 60% siap.

Resident Evil 8 akan dilancarkan pada tahun 2021 untuk PC, PS5, dan Xbox Series X.

Tags: PCps5resident evil 8Resident Evil VillageXbox Series X
Previous Post

Bukan setakat Map baru, PUBG Mobile juga akan memperkenalkan “Unranked Classic Mode”!

Next Post

Konami menerima ancaman bom! Pelajar sekolah merupakan dalang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Konami menerima ancaman bom! Pelajar sekolah merupakan dalang!

Konami menerima ancaman bom! Pelajar sekolah merupakan dalang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd