Hari ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa remake Until Dawn rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC pada 4 Oktober 2024. Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik video baharu yang menjelaskan semua perubahan di versi Remake berbanding versi original yang diuruskan oleh Ballistic Moon.
Jadi apakah perubahan dalam remake Until Dawn?
Visual dibina semula dalam Unreal Engine 5
Until Dawn telah dibina semula menggunakan Unreal Engine 5 untuk memberi pengalaman yang lebih beratmosfera dan “seram moden”. Studio telah mengemas kini model watak, persekitaran, objek boleh berinteraksi, kesan visual dan animasi, semuanya direka untuk memaksimumkan pengalaman Until Dawn pada PlayStation 5 dan PC. Sistem kecederaan turut dikemas kini yang membolehkan studio menambah elemen seperti luka, lebam, koyakan, salji dan air pada badan watak.
Sinematografi, reka bentuk produksi, dan mekanik kawalan kamera baharu
Dengan menggunakan gabungan kamera tetap dan over-the-shoulder, anda kini boleh melihat dunia Until Dawn dari perspektif baharu sepenuhnya. Menggabungkan sinematografi original dengan pengenalan kamera third-person moden, studio berharap dapat membawa kehidupan baharu kepada watak dan lokasi. Fleksibiliti kamera membolehkan mereka memberi penekanan baharu pada detik-detik penting dan menceritakan kisah dari pandangan yang lebih dekat dengan watak.
Prolog yang diolah semula
Walaupun komited untuk mengekalkan naratif original, SIE merasakan bahagian Prolog akan lebih menyerlah jika beberapa perubhan dibuat pada rentak naratif. Di sini, keluarga Washington diberi adegan tambahan untuk meneroka ikatan keluarga mereka yang rapat dan mengenali masing-masing dengan lebih baik. Studio juga telah merangka semula beberapa adegan original dan memberi konteks tambahan untuk meningkatkan impak emosi.
Collectible Baharu
Semua totem original telah diposisikan di lokasi berbeza, lantas tidak boleh ditemui di tempat yang sama lagi. Studio juga telah menambahkan Hunger totem, jenis totem baharu yang mempunyai visi yang berbeza dengan yang lain. Bukan itu sahaja, remake telah menambah pelbagai interaksi baharu dan kawasan baharu. Ini menambah konteks dan butiran tambahan kepada dunia Until Dawn dan memberi ganjaran untuk pemain yang suka meneroka.
Tetapan yang boleh diubahsuai
Beberapa tetapan accessibility dan usability baharu telah dilaksanakan untuk membantu lebih ramai pemain menikmati game tersebut. Pada masa yang sama, studio telah mencipta alternatif baharu untuk mekanik ‘Don’t Move’ yang dipanggil ‘Stay Calm’. Stay Calm adalah untuk peranti third-party yang tidak mempunyai giroskop atau untuk pemain yang lebih suka cabaran berbeza.
@gamersantaimy
Discussion about this post