SEGA telah mengumumkan Crazy Taxi: World Tour, sebuah remake bagi francais lumba arcade klasiknya. Didedahkan semasa Xbox Games Showcase, judul baharu ini akan dilancarkan pada 2027 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui Steam dan Microsoft Store), serta Nintendo Switch 2.
Game ini dipimpin oleh Kenji Kanno, iaitu pencipta asal game tersebut pada 1999. Untuk versi moden, gameplay klasik yang huru-hara akan digabungkan dengan ciri-ciri moden, termasuk story campaign penuh dan mod multiplayer serba baharu.
Dalam Crazy Taxi: World Tour, pemain akan mengikuti watak utama ikonik Axel dalam misi mengelilingi dunia untuk mendapatkan semula teksi kuning kesayangannya yang telah dicuri oleh kumpulan pencuri kereta antarabangsa misteri. Mod solo “World Tour Campaign” merangkumi lima buah bandar berbeza di seluruh dunia, memperkenalkan watak-watak yang unik, rupa bumi yang pelbagai, serta side mission tersendiri.

Bagi pemain yang mahukan pengalaman klasik Crazy Taxi, game ini turut menyertakan Arcade Mode khas. Sama seperti game asal, mod ini mencabar pemain untuk mengambil penumpang dan berlumba melawan masa demi mengumpul wang sebanyak mungkin. Gameplay daripada trailer menunjukkan mekanik klasik seperti drifting yang ekstrem dan lompatan tinggi di udara, di samping aktiviti baharu seperti: menghantar penumpang yang membawa timbunan kotak piza yang tinggi, melarikan diri daripada kereta polis, dan juga imbasan minigame memancing.

Buat pertama kali dalam francais ini, World Tour akan memperkenalkan mod cross-platform online multiplayer. Pemain boleh bersaing dengan rakan-rakan atau pemain lain dalam pelbagai mod multiplayer, bagi menguji siapa yang mampu melakukan pemanduan paling hebat dan mengambil penumpang paling banyak.
Game ini juga menampilkan sistem customization yang lebih luas. Pemain boleh memperoleh wang daripada hasil pemanduan untuk membuka kenderaan baharu serta mengubah suai kenderaan dengan peningkatan unik dan pilihan kosmetik.









Discussion about this post