Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Castlevania: Belmont’s Curse Akan Keluar 15 Oktober – Pre-Order & “Midnight Edition” Didedahkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Castlevania: Belmont’s Curse Akan Keluar 15 Oktober – Pre-Order & “Midnight Edition” Didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment dan pihak pembangun Evil Empire, dengan sokongan penasihat daripada Motion Twin, mengumumkan bahawa Castlevania: Belmont’s Curse akan dilancarkan pada 15 Oktober 2026.

Bermula hari ini, para pemain boleh pre-order game ini di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Versi Nintendo Switch juga akan tiba lewat tahun 2026, dengan tarikh pelancaran khusus serta maklumat pre-order yang akan dikongsi pada masa akan datang.

Game Baharu di Paris Abad Ke-15

Berlatarkan tahun 1499 (iaitu 23 tahun selepas peristiwa dalam Castlevania III: Dracula’s Curse), game ini memperkenalkan Rose Belmont, anak perempuan kepada Trevor Belmont dan Sypha Belnades.

Apabila kubu gelap Dracula tiba-tiba muncul di tengah-tengah kota Paris dan mencetuskan huru-hara, Rose perlu menggunakan cemeti warisan keluarganya, “Vampire Killer”. Pemain akan membimbing beliau melalui jalan-jalan yang terbakar, katakom bawah tanah, dan koridor istana yang berbahaya untuk membongkar konspirasi gelap serta menyelamatkan kota tersebut daripada kemusnahan.

Belmont’s Curse ialah sebuah game action-exploration 2D tradisional tidak linear, menampilkan peta buatan tangan yang saling berhubung dan bukannya elemen rawak.

Belmont’s Curse bertujuan untuk membawakan gaya pergerakan yang lebih pantas dan lancar ke dalam francais klasik ini. Ciri-ciri utama termasuklah:

  • Dynamic Whip Movement: Cemeti Vampire Killer berfungsi sebagai senjata dan juga alat pergerakan. Pemain boleh menghayunkan diri di dalam persekitaran, menghubungkan combat dan pergerakan untuk melepasi bahaya serta menyerang hendap musuh.
  • Sistem Arcana: Menewaskan boss yang kuat—seperti watak ikonik francais iaitu Death, Medusa, dan Carmilla, di samping musuh baharu seperti Joan of Arc yang menjelma sebagai raksasa—membolehkan Rose mengurung roh mereka ke dalam tarot card. Kad-kad ini, yang dipanggil Arcana, membolehkan pemain menggunakan spell yang unik dan abiliti khas semasa bertarung.
  • Combat Customization: Selain daripada cemetinya, Rose boleh mendapatkan dan melengkapi gear daripada tujuh kategori senjata berbeza serta mencari Relic untuk menyesuaikan gaya permainan menyerang dan defensif.

Edisi dan Bonus Pre-Order

Pemain boleh memilih antara dua versi digital:

  • Standard Edition: Mengandungi game asas.
  • Midnight Edition: Mengandungi game asas, Digital Sound & Art Gallery yang menampilkan 71 runut bunyi, serta tiga barangan bonus dalam game: kostum gaya Trevor Belmont, kostum gaya Sypha Belnades, dan relic “Family’s Grace”.

Semua pre-order dan pembelian awal bagi mana-mana edisi akan menerima bonus “Alucard Style Costume” untuk kegunaan watak Rose.

Tags: Castlevania: Belmont’s Curse
ShareTweetSend
Previous Post

Remake Crazy Taxi: World Tour Diumumkan Untuk 2027

Next Post

Reboot Fable Umum Tarikh Keluar Februari 2027, Hayley Atwell Pegang Watak Penjahat Utama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
Reboot Fable Umum Tarikh Keluar Februari 2027, Hayley Atwell Pegang Watak Penjahat Utama

Reboot Fable Umum Tarikh Keluar Februari 2027, Hayley Atwell Pegang Watak Penjahat Utama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd