Pertandingan Rekaan Pakaian PUBG Mobile kembali lagi dan kali ini, pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi iPhone 11 Pro di samping pelbagai hadiah menarik yang lain.
Tencent Games, pemilik permainan mudah alih paling popular PUBG Mobile (PUBGM), mengajak semua peminat PUBGM dan para pemain di Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk menguji kreativiti masing-masing dengan mencipta rekaan pakaian yang paling imaginatif dan original untuk digunakan dalam permainan. Pertandingan ini akan berlangsung selama enam minggu, mulai 23 April hingga 5 Jun 2020.
14 finalis dari setiap negara akan disenarai pendek menerusi undian awam. Juri Bintang PUBG Mobile kemudiannya akan memilih tiga (3) Pemenang Pilihan Pereka dan satu (1) Pemenang Negara dari kalangan 14 finalis bagi setiap negara.
Para Juri juga akan memilih Pemenang Hadiah Utama yang berjaya menghasilkan rekaan pakaian paling kreatif dalam kalangan Pemenang Negara dari Malaysia, Thailand dan Indonesia. Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang sebuah iPhone 11 Pro.
Setiap Pemenang Pilihan Pereka akan menerima sebuah telefon pintar Honor 10 dan wang tunai AS$100, manakala setiap Pemenang Negara akan menerima sebuah Graphics Pad dan AS$600. Para peserta yang mana rekaan mereka berjaya diluluskan layak menerima “skin pack” eksklusif secara automatik.
Berikut adalah juri-juri Pertandingan Rekaan Pakaian PUBG Mobile tahun ini:
Para peserta yang ingin menyertai pertandingan ini, hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:
-
Mendaftar sebuah akaun dalam Pertandingan Rekaan Pakaian PUBG Mobile. Untuk mendaftar sila klik di sini.
-
Cipta rekaan pakaian unik anda (anda boleh menghantar beberapa penyertaan) *Klik di sini untuk memuat turun contoh sebagai rujukan*
-
Muat naik rekaan pakaian anda mengikut spesifikasi berikut:
- Format jpg atau png (kurang daripada 2MB)
- Dimensi 1200px x 900px
- Nisbah aspek 4 : 3
-
Kongsi rekaan anda melalui Facebook dan/atau Instagram dan tag @PUBGMobile dengan tanda pagar #PUBGMOBILEOUTFITDESIGN dan #PUBGMOBILEOUTFITS
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila kunjungi laman rasmi Pertandingan Rekaan Pakaian PUBG Mobile.
@gamersantaimy
Discussion about this post