Rage 2 yang akan hadir ke pasaran esok 14 Mei 2019 yang akan ada di platform PlayStation 4, Xbox dan Microsoft Windows nampaknya ada berita baru sebelum pelancarannya esok. Nampaknya lepas ini penonton-penonton korang kat dalam Twitch tu boleh bantu korang kat dalam permainan itu nanti!
Jadi ceritanya begini, kalau korang mati didalam permainan ini penonton Twitch boleh membantu korang untuk mendapatkan nyawa kembali! Caranya, penonton korang bolehlah bermain sebuah permainan mini defibrilasi dan jika lebih ramai yang membantu, inilah peluang untuk memenuhkan nyawa korang!
“Kami telah menggabungkan pelanjutan Twitch ke dalam permainan kami untuk cuba menggalakkan dunia streaming,”
“Permainan dunia terbuka tidak disiarkan seperti yang netizen fikirkan, tetapi kami merasakan bahawa dengan sifat permainan Rage 2 dan beberapa perkara yang menyeronokkan, kami berharap dapat menarik lebih banyak strwamer . ”
-pengarah studio id Tim Willits
Willit berkata bahawa ‘Drops’ turut akan hadir selepas pelancaran keesokkan hari. Untuk pemain yang mengambil bahagian dan antaranya merupakan hadiah bagi cabaran seperti skin senjata dan skin ‘wing stick’. Selain itu pendekatan studio untuk peluasan dan sebahagiannya dipengaruhi oleh pengalaman bersama Quake Champions. Dia menjangka bahawa mempunyai beberapa unsur rawak yang diperkenalkan oleh permainan dan pelanjutan itu haruslah menarik lebih ramai penonton daripada permainan aksi terbuka dunia biasa.
Jadi ini lah peluang korang untuk beramah mesra dengan penonton korang! Kat sini nanti bolehlah kongsi strategi dan membincangkan cara bekerja dengan rakan sepasukan.
Okay kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai permainan Rage 2 boleh la refer artikel lama kitorang atau boleh ke laman web rasmi mereka (klik sini)
Sumber: GameSpot
@gamersantaimy
Discussion about this post