Update ini dilengkapi dengan mode Payload baru (tersedia selepas update berjalan secara langsung) dan Survive Till Dawn yang dikemas kini – mode Halloween. The Darkest Night juga akan offline untuk perubahan lanjut. Penambahan lain termasuk watak-watak kini boleh Ledge Grab untuk mencapai tempat yang tidak dapat diakses sebelum ini; kenderaan baru seperti BRDM-2 dan helikopter telah ditambah untuk membuat perjalanan lebih mudah; tong minyak yang boleh meletup kini dalam permainan untuk dijadikan perangkap.
We aren't dressing things up, Update 0.15.0 is going to be huge! Happy Halloweeks is coming October 16! pic.twitter.com/CLTmfwmkdJ
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) October 13, 2019
Bagi senjata, M16A4, Vector, UMP45 dan MK47 Mutant semuanya telah diubah. Desert Eagle yang terkenal juga diperkenalkan. Prestasi juga telah dipertingkatkan: sekarang ia berjalan lebih lancar tetapi kurang menggunakan kuasa. Oleh itu, berkemungkinan peranti anda menjadi panas lebih rendah; paparan senjata dan pakaian telah dipertingkatkan; kawalan sentuhan telah ditambah baik untuk mengurangkan kesilapan dalam pergerakan selepas membuka skop; bilik dan sistem inventori juga telah bertambah baik, dan satu lagi perkara – Grafiti kini boleh didapati!
Apa yang BARU?
- Mode Payload (akan datang)
- Datang dengan senjata berat baru, sistem recall, helikopter, Vehicle Repair Pack dan Super Weapon Crate! Air Strike juga boleh didapati!
- Teammate Recall
- Kutip kad ID rakan pasukan yang mati dan pulihkan mereka di Communication Tower!
- Senjata Mode Payload
- RPG-7
- M3E1-A
- M79 Grenade Launcher
- MGL Grenade Launcher
- M134 Minigun
- Aircraft: Helikopter
- Cari helikopter dan pandu masuk pertempuran!
- Super Weapon Crate
- Muncul pada tempoh tertentu dan aktif selepas 3 minit. Mengandungi senjata air drop, perisai lv. 3, senjata Mode Payload, dan banyak lagi!
- Vehicle Repair Pack
- Memperbaiki kerosakan kenderaan dan tayar.
- Air Strike Beacon
- Memanggil air strike.
Survive Till Dawn
- Skybox, warna dan latar belakang yang diubahsuai. Raksasa mempunyai tema “Halloween”.
- Menambah puak manusia yang bermusuhan di kilang-kilang dan kubu-kubu terbengkalai. Kalahkan mereka untuk mendapatkan ganjaran yang lebih baik.
- Membunuh zombi memberikan peralatan bio-warfare khas yang berkesan terhadap zombi dan pemain lain.
Feature Baru:
- Ledge Grab
- Panjat antara bangunan dan kontena untuk sampai ke tempat-tempat yang tidak dapat diakses sebelumnya.
- Tekan butang lompat, kemudian tekan sekali lagi pada masa yang tepat di tengah udara.
- Tong Minyak
- Apabila terkena peluru atau bom, tong minyak akan meletup dan mencederakan pemain berdekatan. Boleh didapati di semua peta.
Senjata dan Kenderaan Baru
- Desert Eagle (semua peta)
- Damage dan muzzle velocity tertinggi antara semua pistol.
- Lakukan 62 damage. Boleh digunakan dengan Mira Red Dot, Holographic Sight, magazine dan Laser Sight.
- Menggunakan peluru ACP .45. Senjata memuatkan 7 butir peluru (boleh ditingkatkan hingga 10).
- BRDM-2 (semua peta)
- Berdaya tahan dan mampu merentasi air. Dilengkapi dengan tayar kalis peluru.
- Mengurangkan kerosakan yang diambil.
- Hanya boleh dipanggil dengan Flare Gun. Menggantikan UAZ.
- Graffiti
- Boleh meninggalkan grafiti pada mana-mana objek di medan perang.
- Sehingga 4 jenis boleh dibawa ke pertempuran. Tukar graffiti dalam menu inventori.
- Menambah slot untuk gear mata
- Cermin mata dan topeng muka tidak akan berkongsi slot yang sama. Topeng yang tidak menutup mata dapat dilengkapi dengan sepasang cermin mata.
Senjata yang Dikemaskini
- M16A4
- Mengurangkan recoil awal dalam burst mode.
- Penembakan jarak jauh yang lebih baik dengan mengurangkan damage fall-off.
- Boleh dilengkapi dengan tactical stock.
- Vector
- Mengurangkan damage asas dari 34 kepada 31.
- Menggunakan peluru 9mm. Kapasiti magazine asas berubah dari 13/25 kepada19/33.
- UMP45
- Dinamakan semula kepada UMP45. Menggunakan peluru 0.45ACP.
- Kapasiti magazine asas berubah dari 30/40 kepada 25/35. Initial bullet speed dikurangkan.
- Bunyi menembak yang diubahsuai.
- MK47Mutant
- Boleh dilengkapi dengan tactical stock.
- Konsolidasi Attachment
- Gabungkan attachment pistol dan SMG.
- Gabungkan Bullets Loops untuk shotgun, Win94 dan Kar98k ke dalam satu attachment.
- Pistol boleh menggunakan Holographic Sight.
Are you ready for the Halloweeks Party? You're going to need a costume! Log in now and accept your party invitation, and enjoy the temporary Psycopath Set and Phantom – QBZ Finish. pic.twitter.com/OAdLpkGqc9
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) October 14, 2019
Kandungan Baru Lain
- menambah FPP Training Ground
- menambah Rookie Missions
- menambah Partner rewards
- menambah tab untuk mesej daripada pemain
- menambah animasi pemberian hadiah
- menambah kemasan bom tangan
- menambah item payung terjun dan gliding
- menambah close-up view apabila mencuba pakaian di Shop
- menambah voucher
- menambah achievements
@gamersantaimy
Discussion about this post