Game PUBG Mobile memang tidak asing dengan melakukan pelbagai acara kolaborasi dengan siri anime. Antara tajuk-tajuk anime yang sudah berkolaborasi dengan game ini adalah Jujutsu Kaisen, Dragon Ball Super, Neon Genesis Evangelion dan banyak lagi. Siri animasi tempatan seperti BoBoiBoy juga ada berkolaborasi dengan PUBG Mobile. Nampaknya siri Spy x Family juga tidak terlepas kerana PUBG Mobile telah pun mengumumkan kolaborasi mereka di media sosial!
[Update]
Tarikh acara kolaborasi antara PUBG Mobile dan Spy x Family telah pun didedahkan! Melalui X (Twitter), acara ini akan berlangsung pada 12 April 2024. Maklumat lain masih lagi dirahsiakan. Kalau melihat kolaborasi sebelum ini, ada kemungkinan besar, pemain boleh mendapat item kolaborasi seperti voice pack, kosmetik bertemakan watak dan macam-macam. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman lanjut daripada Krafton pada masa akan datang.
Buat sesiapa yang tidak tahu tentang Spy x Family, ia merupakan siri anime adaptasi manga yang dihasilkan oleh Endou Tatsuya. Anime ini tersedia di pelbagai platform untuk anda menontonnya. Berikut adalah sinopsisnya:
Bagi ejen yang dikenali sebagai “Twilight,” tiada arahan yang terlalu hebat jika ia adalah demi keamanan. Beroperasi sebagai pengintip utama Westalis, Twilight bekerja tanpa jemu untuk menghalang “extremist” daripada mencetuskan perang dengan negara jiran Ostania. Untuk misi terbarunya, dia mesti menyiasat ahli politik Ostania Donovan Desmond dengan menyusup ke sekolah anaknya: Eden Academy yang berprestij. Oleh itu, ejen itu menghadapi tugas paling sukar dalam kerjayanya: berkahwin, mempunyai anak, dan berlakon sebagai keluarga.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Spy x Family daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post