Satu dunia masih hangat dengan pendedahan konsol PlayStation 5 (PS5) pada acara The Future of Gaming minggu lalu. Lebih menarik dalam konsol PS5 yang didedahkan adalah sesuatu yang berlainan dari pendedahan yang sebelumnya. Bukan setakat pendedahan konsol serta aksesori PS5 yang akan datang, sebaliknya yang paling tertarik adalah pendedahan mengenai dua versi yang akan hadir untuk PS5 iaitu satu dengan pemacu disc yang tersedia dan satu lagi adalah versi digital.
Ya sesuatu yang baru apabila Sony telah mengumumkan versi Digital untuk orang ramai dan mereka turut merancang mengadakan beberapa acara lagi danmungkin akan ada pendedahan selanjutnya mengenai edisi Digital ini. Tetapi buat masa kini sudah semestinya kita dapat melihat perbezaan terbesar antara kedua PS5 ini adalah bukti bahawa edisi Digital akan memberikan pengalaman permainan yang sangat spesifik kepada pemain terutama sekali pemain kini tidak perlu lagi menggunakan Disc permainan.
Apa yang istimewa sangat dengan PS5 edisi Digital ini?
Dari segi reka bentuk, PS5 edisi Digital hanya berbeza sedikit dari versi Disc dimana versi Disc terdapat bahagian untuk pemacu Disc permainan. Jika anda lihat sebelum ini di PlayStation 4 dan PS3, keduanya menampilkan pemacu yang pemain boleh memainkan DVD serta Disc Blu-ray dan juga boleh dimainkan secara online atau pembelian secara digital melalui PS Store dan PSN. Walaupun pemain masih akan mempunyai ciri ini dalam PS5 biasa, kerana ia termasuk pemacu cakera Blu-Ray 4K UHG, malangnya ciri ini tidak akan ditawarkan pada kembarnya iaitu edisi Digital. Sebaliknya, pemain hanya dapat memainkan tajuk yang mereka muat turun terus dari PlayStation Store. Menyingkirkan pemacu cakera membolehkan Sony memberikan paparan PS5 Edisi Digital lebih kemas daripada reka bentuk PS5 biasa. Jauh lebih simetri, kerana pemacu cakera tidak mengambil ruang di sebelah kiri konsol. Ini bukan sahaja menawarkan estetika yang lebih minimalis, tetapi juga menjadikan Edisi Digital PS5 lebih mudah untuk dialihkan.
Kami ada membuat sedikit ujian mengenai kedua perbezaan ini dan mana satu pilihan jika diberikan peluang untuk membeli PlayStation 5 oleh rakyat Malaysia. Rata-rata dari keputusan mereka adalah memilih PS5 dengan slot Disc berbanding PS5 edisi Digital. Itu juga termasuk dengan kepelbagaian bangsa kerana kami serta media sejawat kami mengongsikan ujian poll yang sama untuk rakyart Malaysia.
Nak lihat hasilnya? Jom usha sini;
Andai kata korang nak beli PS5, yang mana satu agaknya korang pilih untuk beli? Sama ada PS5 dengan slot Disc atau yang…
Posted by Gamer Santai on Monday, June 15, 2020
这次PS5主机有分为两个版本,也是PS家族首度出现的设计!你们会怎么选呢?请告诉我们原因吧!欢迎大家来投票!小编的话,会选实体光碟版本,因为小编是收集控!
Posted by Wanuxi on Friday, June 12, 2020
Sejujurnya rakyat Malaysia memang lebih old-school dan sukakan PS5 bersama pemacu Disc untuk pilihan mereka. Antara sebab pilihan mereka untuk slot disc ini kerana:
- Kerana kelebihan kedua-dua versi iaitu slot disc bergabung digital adalah lebih mudah.;
- Pembelian Disc Game lebih murah terutama untuk mendapatkan yang 2nd hand dengan harga yang lebih murah. Pada masa yang sama bolehmain semula game PS3 dan PS4 melalui digital;
- Pakai CD sebab line internet yang perlahan;
- Bagi mengumpul Disc untuk koleksi kerana hobi;
- Tidak perlu memikir banyak mengenai data dalam storan PS5
Kebanyakkannya menyatakan isu yang sama. Tetapi apabila dinyatakan mengenai harga dan ramai yang telah menyatakan edisi Digital adalah lebih murah berbanding Disc, mungkin mereka terpaksa beralih kepada versi tersebut. Namun ada juga alasan lain kenapa mereka memilih versi Digital, antaranya seperti:
- Lebih mudah digital supaya anak-anak tidak bermain-main pada lubang pemacu;
- Malas pakai cd sebab minimalist..semua simpan dalam hardisk;
- Lebih mudah menggunakan Digital agar konsol tidak berbunyi terlalu bising;
- Ada yang menyatakan supaya isteri tidak nampak pembelian mereka, kerana jika beli Disc dah kantoi beli game baru lagi
Memang seronok membaca komen-komen rakyat Malaysia mengenai pilihan mereka untuk kedua versi ini. Tetapi, kedua-dua versi adakah akan menjadi sempurna pada pengguna? Beberapa persoalan tertanya-tanya pada setiap peminat yang menantikan konsol PS5 ini. Ya terutama pada kami juga memikirkan persoalan yang sama seperti anda terutama pada PS5 Digital ini.
Jadi berbaloi atau tidak antara dua versi ini?
Sudah semestinya, pengguna PS4 sedia ada sudah tahu kelemahan pembelian fizikal dan digital untuk sesebuah permainan. Kami dapat menjangkakan keputusan rakyat Malaysia lebih memihak pada PS5 dengan pemacu Disc adalah kerana punca utama adalah untuk memiliki permainan dan boleh terus boleh memainkannya. Ya, menurut spekulasi menyatakan memuat turun dalam talian melalui versi digital adalah laju beserta dengan kapasiti nya, tetapi itu jika kelajuan internet cukup memuaskan. Tapi kalau tiba masanya internet jadi perlahan terutamanya waktu hujan, kita sempat tidur dan bangun semula untuk menantikan muat turun habis sepenuhnya.
Kebanyakkan game zaman sekarang juga sememangnya memerlukan kapasiti yang besar didalam konsol. Contohnya seperti Spider-Man memakan 53GB, Final Fantasy VII Remake memakan 85GB, andai kata jika menggunakan versi Digital, kita perlu ada external hard disk untuk menyimpan permainan lain. Berbeza pula dengan Disc, andai kata anda dah habis mainkan sesuatu game, anda boleh terus dekte sahaja data dan memakainya semula dan bukannya perlu memuat turunnya setiap kali anda mahu memainkannya, jadi ia sangat berguna.
Bukan setakat itu sahaja, ada juga pengguna digital yang ingin membeli edisi Collector untuk permainan baru terutama pada yang suka mengumpul koleksi hebat sesuatu permainan. Tetapi situasi ini sudah pun terjadi sekarang dimana koleksi ini selalunya “Pre-Order” dan barang akan sampai sebelum permainan diriliskan. Namun jika anda adalah pengguna Disc, anda berpeluang untuk bermain awal sedikit manakala untuk digital walaupun anda telah menerima kod, anda masih perlu menantikan tarikh dan waktu pelancaran rasmi permainan tersebut…~ belum lagi masa muat turun tu dicampurkan sekali~
Tetapi ada juga yang bertanyakan jika membeli edisi Collector permainan akan mendapat “Steel case” yang terdapat Disc permainan didalamnya. Malangnya jika anda membeli versi PS5 Digital, anda akan rugi disitu kerana anda tidak mempunyai slot disc. Tetapi, jangan lah terlalu risau untuk situasi yang ini, kerana selalunya Sony pasti ada jalan penyelesaiannya agar seimbang bagi pengguna kedua-dua edisi.
Ada juga sebab kenapa versi PS5 dengan Disc akan menjadi sebuah masalah bagi pengguna, terutama jika terlalu banyak Disc untuk dikumpulkan menjadi masalah jika tiba-tiba ada kawan pinjam dan tak reti nak pulangkan semula, maka hilanglah Disc tersebut. Juga bermasalah untuk versi DLC permainan, jika sesebuah permainan mempunyai DLC, adalah lebih mudah untuk versi digital kerana selepas membelinya, pemain boleh terus memuat turunnya. Lagi satu seperti yang dinyatakan oleh peminat, versi Digital sememangnya nampak minimalis, jadi ianya sememangnya tidak memakan ruang dan nampak lebih kemas dimata kita manakala untuk Disc pula akan rasa tersiksa sedikit apabila nak tukar game je kena buka case dan keluarkan, keluarkan semula disc lain, campak tepi~ Hilang~ eh! Kalau Digital kemas lah sikit sebab ada je dalam library kita kan!
Iya kami tahu mungkin versi Digital akan lebih murah~
Sudah tentu, perbezaan yang paling penting antara kedua versi adalah harga. Pengguna boleh mengharapkan PS5 Edisi Digital lebih murah daripada model biasa, kerana Edisi Digital memerlukan perkakasan yang lebih sedikit untuk menghasilkannya dan ianya tanpa pemacu Disc dan dengan bahan yang kurang berharga digunakan, ini bermakna Sony akan dapat menurunkan harga pasarannya berbanding PS5 biasa.
Namun setakat ini, Sony belum melancarkan harga rasmi PS5. Sebelum ini, syarikat itu akan mendedahkan harga konsol nex-gen pada musim bunga tahun pelancarannya, tetapi ada beberapa sebab mengapa Sony menukar acaranya lebih kepada pekara lain seperti yang terkini adalah pelancaran game yang akan hadir di PlayStation 5 termasuk Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Horizon: Forbidden West, Resident Evil 8: Village dan banyak lagi yang telah didedahkan di acara The Future of Gaming.
Walau apapun perbezaan antara kedua versi ini, masing-masing mempunyai pendapat dan ada hak sendiri untuk memilih yang terbaik untuk diri mereka. Jangan terlalu dengar cakap orang lain yang mana lebih sesuai, kerana pendapat hati sendiri lebih berguna dan kita sendiri juga yang akan gunakannya bukan orang lain. Okay, sampai disini perkongsian kami kali ini, anda dah boleh buat keputusan nak beli PS5 pemacu Disc atau Digital dan mula menabung sebelum pelancaranya!
@gamersantaimy
Discussion about this post