Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime baru Shaman King akan menyusul pada April 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime baru Shaman King akan menyusul pada April 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri shonen terkenal Shaman King akan kembali wahai kawan-kawan! Diumumkan pada minggu lepas, francais mendedahkan bahawa sebuah anime baru akan keluar pada tahun depan, April 2021, dan mengadaptasi jalan cerita terkini di manga . Siri anime pertama untuk Shaman King berlangsung selama 64 episod dari tahun 2001 hingga 2002, dan dihasilkan oleh studio animasi Xebec. Saya agak tertarik untuk melihat jalan cerita apa yang akan dimasukkan dalam anime ini berdasarkan sumber manga. Yang saya pasti, ramai peminat akan gembira untuk masuk ke dunia Shaman King sekali lagi.

Shaman King mengeluarkan pengumuman ini, bersertakan trailer pendek, di halaman Twitter rasmi. Ia memberi tahu peminat bahawa sebuah anime baru akan ditayangkan pada tahun depan, dan akan merangkumi sumber-sumber daripada manga yang sebelumnya tidak diadaptasikan dalam anime pertama.

https://twitter.com/SHAMANKING_PR/status/1271276514324017152

Berikut adalah sinopsis pendek tentang Shaman King, bagi mereka yang tidak kenal siri ini:

“Sebuah pertarungan akan bermula di Tokyo. Dinamakan Shaman Fight, ia adalah pertandingan yang diadakan setiap 500 tahun di mana Shaman- individu yang boleh mengawal roh – akan bertarung. Pemenang pertandingan ini akan menjadi Shaman King dan merupakan satu-satunya individu yang mampu menghubungi dan mengawal Great Spirit. Ini membolehkan individu tersebut untuk membentuk semula dunia mengikut kehendak dia melalui kuasa Great Spirit.”

“Semasa berjalan pada waktu malam, Manta Oyamada bertemu dengan rakan sekelasnya, Yoh Asakura, yang mengajaknya melihat bintang dengan beberapa rakan lain. Manta terkejut apabila melihat yang rakan-rakan itu sebenarnya adalah hantu! Manta mempunyai “sixth sense” di mana dia boleh melihat roh-roh ini lalu terpikat dengan Yoh. Oleh itu, apabila Yoh mengetahui bahawa Manta telah dipukul oleh gengster tempatan, dia memilih untuk membalas dendam dengan bantuan seorang hantu samurai, Amidamaru!”

Tags: animeShaman KingYoh Asakura
Previous Post

Filem Godzilla vs. Kong tak jadi tahun ni! Ditunda ke tahun depan!

Next Post

PS5 Disc vs PS5 Digital! Mana satu agaknya pilihan rakyat Malaysia untuk kedua versi ini??

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
PS5 Disc vs PS5 Digital! Mana satu agaknya pilihan rakyat Malaysia untuk kedua versi ini??

PS5 Disc vs PS5 Digital! Mana satu agaknya pilihan rakyat Malaysia untuk kedua versi ini??

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd