Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) dengan sukacitanya mengumumkan butiran 11.11 Special Sales mereka yang menawarkan harga menarik pada bundle dan permainan konsol PlayStation 4 (PS4) untuk jangka masa terhad di Malaysia.
Dari 11 November hingga 20 November 2020, pelanggan dapat membeli produk dan permainan PlayStation berikut dengan harga promo dari Penjual Sah PlayStation, Sony Stores dan peruncit elektronik utama terpilih:
- PS4 MEGA PACK pada harga promosi RM1,049.00 (diskaun sehingga RM300.00)
- PS4 MEGA PACK merangkumi sistem PS4 (CUH-2218BB01, Jet Black, 1TB HDD) dan tiga tajuk perisian PS4 terlaris dari Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios iaitu God of War (Disc), Horizon Zero Dawn Edisi Lengkap (Disc), dan The Last of Us Remastered (Digital).
- PlayStation 4 Pro God of War / The Last of Us Bundle pada harga promosi iaitu RM1,399.00 (diskaun sehingga RM400)
- PlayStation 4 Pro God of War / The Last of Us Bundle merangkumi sistem PS4 Pro (CUH-7218BB01, Jet Black, 1TB HDD), dua pengawal Tanpa Wayar DUALSHOCK 4 (Jet Black), dan dua perisian PS4 yang terkenal tajuk dari Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios: God of War (Disc) dan The Last of Us: Remastered (Disc).
- PS4 DUALSHOCK 4 Wireless Controller (warna terpilih sahaja) dengan harga promosi RM179 (diskaun sehingga RM60)
Jadi apa lagi yang anda nantikan? Tengah murah macam ini lah masanya untuk memiliki PS4! Al-maklumlah, PS5 kan tak keluar-keluar lagi~ Untuk maklumat lebih lanjut mengenai lokasi kedai di Malaysia, sila ikuti pautan ini: https://asia.playstation.com/en-my/support/retail-store/. Manakala untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi PlayStation 11.11, sila layari laman web berikut: http://playstn.asia/Double11MY.
Juga, jangan lupa ikuti Facebook PlayStation Asia untuk pelbagai kemaskini game, add-on dan diskaun di PS Store.
Harga Asal | Diskaun | Harga Promosi | |
PS4™ MEGA PACK | MYR 1,349 | MYR 300 | MYR 1,049 |
PlayStation®4 Pro God of War™ / The Last of Us™ Bundle | MYR 1,799 | MYR 400 | MYR 1,399 |
DUALSHOCK®4 | MYR 239 | MYR 60 | MYR 179 |
@gamersantaimy
Discussion about this post