Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Prolog JDM: Rise of the Scorpion Rasmi Bermula Hari Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, GOG, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Prolog JDM: Rise of the Scorpion Rasmi Bermula Hari Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan-bulan bekerja keras, kini anda boleh mengalami sepenuhnya keseronokan perlumbaan Jepun. Hari ini, 4Divinity dan Gaming Factory mengumumkan bahawa prolog percuma JDM: Rise of the Scorpion secara rasmi dikeluarkan hari ini pada 8 Ogos!

Merupakan pengenalan unik kepada JDM: Japanese Drift Master, belajar tentang asal usul ‘Scorpion’ melalui perlumbaan dan adegan menyeronokkan dalam bentuk panel manga yang dilukis dengan tangan. Bersaing, drift, dan berlumba di atas pelbagai jalan dan litar gunung berliku untuk memulakan kisah anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memandu uji beberapa kereta mewah berlesen termasuk Subaru dan Mazda.

Kredit: 4Divinity

Asal Usul Scorpion

Kredit: 4Divinity

JDM: Rise of the Scorpion mengembangkan dunia perlumbaan JDM dengan unsur naratif. Pemain akan belajar kisah Hatori ‘Scorpion’ Hayashi, seorang pelajar teladan dan anak kepada keluarga tradisional Jepun. Dia membawa kebanggaan dan keangkuhannya ke litar lumba, di mana pelbagai saingan menanti.

Dalam prolog akan datang, pemain tidak akan melihat cutscene dalam bentuk biasa. Studio mengambil cara berbeza untuk membentangkan naratif permainan, sebaliknya halaman manga yang dilukis dengan tangan akan menghidupkan protagonis.

Selain Hattori, pemain akan bertemu dengan sejumlah watak sampingan yang akan menjadi bahagian penting dalam kebangkitan Scorpion.

  • Aoi Ishida ialah seorang gadis dari keluarga tradisional yang mengenali Hatori sejak kecil. Apabila mereka mula bercinta, dia menyokongnya dalam setiap cara yang dia boleh, terutamanya di litar.
  • Ayumi Kurama ialah seorang gadis kaya yang dibesarkan oleh seorang bapa tunggal yang memenuhi setiap kehendaknya. Dia berjaya dalam semua yang dia lakukan, dan itu termasuk drift. Persahabatannya dengan Hatori mungkin berisiko jika kemenangan dipertaruhkan.
  • Satoru Hayashi dengan cepat menjadi musuh utama Scorpion. Dia ceria dan melulu, tetapi keluarganya miskin, jadi dia tidak berasa seperti sebahagian daripada sekolahnya. Kereta Satoru adalah milik bapa saudaranya, seorang drifter terkenal.
  • Kaori Kato ialah kawan baik Aoi. Berdikari dan progresif, dia sentiasa menyokong Aoi, walaupun dia percaya Hatori bukan teman lelaki yang baik.

Event Baharu

Kredit: 4Divinity

Hadapi mush AI di atas litar dalam pelbagai acara/event.

  • Drift Race – Dapatkan sebanyak mungkin poin yang boleh ketika anda drfit melalui selekoh tajam
  • Drift Battle – Sahut cabaran 1v1 di mana jarak dari lawan anda diterjemahkan kepada poin,
  • Grip Race – Kuasai teknik pemanduan di lebuh raya dan lintasi garisan penamat dahulu.

Selain itu, event yang dipacu oleh plot turut menanti pemain, seperti perlumbaan menentang Satoru (musuh Scorpion), pertembungan untuk peluang keluar dengan Aoi, dan pertarungan drfit dengan rakan kesayangan, Ayumi.

Temui lokasi baharu

Kredit: 4Divinity

Peta open world bagi prolog akan datang akan ditambah dengan kawasan menarik dan jalan yang mencabar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

  • Pandu kembali ke jalan gunung berliku di sekitar Tasik Haikama yang dikenali daripada versi demo JDM: Japanese Drift Master.
  • Berlumba melalui Hutan Tengai. Ia menyediakan persekitaran yang ideal untuk berlatih dan mengasah kemahiran memandu anda. Hadapi selekoh yang mencabar dan pelajari cara-cara drift sebenar.

Setiap perlumbaan dan acara menjadi pengalaman serba baharu kerana sistem cuaca yang dinamik. Rasa cengkaman kereta berubah ketika hujan lebat dan semasa musim tengkujuh; kuasai kawalan apabila penglihatan terjejas dalam kabus. Keadaan sekeliling bertukar supaya pemain boleh mengasyikkan diri dalam persekitaran yang realistik.

Berkat kitaran siang dan malam, malah memandu biasa pun terasa seperti pengalaman baharu. Pandu di bawah kegelapan malam, atau apabila matahari terbit, dan lihat bagaimana dunia di sekeliling berubah.

Smartphone pelbagai fungsi

Kredit: 4Divinity

Sejak mengeluarkan demo, Gaming Factory telah berusaha untuk memasukkan maklum balas pemain dan menambah beberapa ciri baharu yang menarik. Salah satu ciri baharu ialah smartphone pelbagai fungsi yang boleh digunakan dalam dunia terbuka. Semasa smartphone aktif, pemain boleh memilih salah satu daripada banyak fungsi yang tersedia, contohnya, anda boleh melihat mesej daripada NPC, menyemak status misi aktif dan menyemak misi yang telah selesai sebelum ini, menukar wallpaper dan banyak lagi.


Kredit: 4Divinity

Prolog percuma JDM: Rise of the Scorpion hanyalah pengenalan kepada cerita yang akan diteruskan dalam game versi penuh. Watak yang digambarkan dalam pengenalan unik ini akan kembali dalam JDM: Japanese Drift Master.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam cerita unik yang memperkenalkan anda kepada dunia JDM: Japanese Drift Master. Prolog percuma untuk JDM: Rise of the Scorpion akan dikeluarkan pada 18 Julai 2024, di Steam, Epic, dan GOG.

Tags: JDM: Rise of the Scorpion
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter 20th Anniversary – Para Pengarah Menjelaskan Sejarah Francais Dengan Fakta-Fakta Menarik

Next Post

Game Mobile ‘HAIKYU!! TOUCH THE DREAM’ Buka Prapendaftaran! Cipta Pasukan Impian Bola Tampar Anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game Mobile ‘HAIKYU!! TOUCH THE DREAM’ Buka Prapendaftaran! Cipta Pasukan Impian Bola Tampar Anda!

Game Mobile 'HAIKYU!! TOUCH THE DREAM' Buka Prapendaftaran! Cipta Pasukan Impian Bola Tampar Anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd