Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile ‘HAIKYU!! TOUCH THE DREAM’ Buka Prapendaftaran! Cipta Pasukan Impian Bola Tampar Anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
Game Mobile ‘HAIKYU!! TOUCH THE DREAM’ Buka Prapendaftaran! Cipta Pasukan Impian Bola Tampar Anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, DAYAMONZ telah memulakan prapendaftaran untuk game mobile “Haikyu!! TOUCH THE DREAM,” berdasarkan manga sukan bola tampar popular, “Haikyu!!“.

Dalam bentuk serba baharu, game “Haikyu!! TOUCH THE DREAM” menampilkan pelbagai watak daripada anime “Haikyu!!”. Temui pelbagai pemain berbakat seperti Karasuno, Nekoma, Aobajosai, dan Date Technical High School yang datang dalam bentuk mini 3D yang comel, lalu cipta pasukan impian anda sendiri dan cabar diri untuk sampai ke puncak tertinggi!

Kredit: DAYAMONZ

Setiap tindakan dan aksi bola tampar tampil dalam bentuk kad seperti membuat servis, menerima, hantaran, spike dan blok. Di sini, pemain perlu meramal kad kemahiran pihak lawan dan pilih kad kemahiran yang betul untuk menang. Nikmati perlawanan strategik dan penuh aksi dalam gameplay yang memerlukan kecerdasan!

Kredit: DAYAMONZ

Bukan itu sahaja, kisah mendebarkan HAIKYU!!, yang menarik minat peminat di seluruh dunia, turut dimasukkan dalam game. Rasai segala emosi watak sekali lagi melalui Story Mode yang hadir dengan lakonan suara penuh. Selain itu, pemain juga boleh mencabar mode PvP untuk menentang pemain seperti perlawanan harian dan Tournament dalam game.

Kredit: DAYAMONZ

Anime “Haikyu!!” berasal dari manga sukan bola tampar remaja oleh Haruichi Furudate, yang mula disirikan dalam majalah “Shonen Jump” pada 2012 dan telah mencapai jumlah edaran lebih daripada 60 juta salinan. Karya popular ini kemudiannya diadaptasi menjadi anime. Malah pada bulan Mei lalu, “HAIKYU!! The Dumpster Battle” turut dikeluarkan di Malaysia dan mencapai rating box office yang tinggi untuk membuktikan lagi popularitinya.

“Haikyu!!” menggambarkan kisah bola tampar di mana protagonis Shoyo Hinata membesar bersama rakan sepasukannya dengan matlamat untuk memenangi kejuaraan kebangsaan. Dengan keterujaan kisah sukan tulen dan watak-watak yang mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri, anime ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, lelaki mahupun wanita, dan telah membentuk komuniti peminat yang kuat.

Kredit: DAYAMONZ

Walaupun tiada tarikh keluaran rasmi, HAIKYU!! TOUCH THE DREAM akan dilancarkan secara rasmi pada musim panas ini. Bagi mereka yang berminat, anda boleh membuat prapendaftaran melalui laman web di SINI, serta menerima pelbagai ganjaran item in-game termasuk watak [Buff] Shoyo Hinata.

Tags: Haikyu!! Touch the DreamMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Prolog JDM: Rise of the Scorpion Rasmi Bermula Hari Ini!

Next Post

Akan datang 2025, The First Berserker: Khazan Pamer Gameplay & Naratif Lengkap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Akan datang 2025, The First Berserker: Khazan Pamer Gameplay & Naratif Lengkap!

Akan datang 2025, The First Berserker: Khazan Pamer Gameplay & Naratif Lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd