Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2025
in 2D/ Pixel, Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Preview, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kami berkesempatan merasai sendiri pengalaman bermain SHINOBI: Art of Vengeance melalui dua sesi selama 20 minit – satu di bahagian tutorial permulaan dan satu lagi di peringkat yang lebih mencabar.

Game aksi bertemakan ninja ini akan dilancarkan pada 29 Ogos 2025 dan menjanjikan kombinasi combat yang lancar, beberapa elemen strategi, serta visual bergaya lukisan 2D yang memukau. Berikut adalah previu lengkap yang memperincikan apa yang membuatkan tajuk ini begitu menarik.

Evolusi Gaya Bertarung Joe Musashi

Inti kepada SHINOBI: Art of Vengeance ialah perkembangan kemahiran Joe Musashi yang semakin meluas. Semakin jauh anda melangkah dalam game, semakin banyak kebolehan baharu yang boleh diperoleh, membuka lebih banyak pilihan strategik semasa bertarung.

Sistem combat dibina berasaskan mekanik utama seperti Light/Heavy Attack, Dodge Roll, Execution, serta kuasa khas seperti Ninjutsu dan Ninpo. Setiap satu memberi gaya tersendiri kepada gamemplay, dan menguasai semuanya adalah kunci untuk bertahan dalam pertarungan yang mencabar.

Kredit: SEGA

Sebagai contoh, kunai merupakan senjata lontar yang terhad tetapi sangat berkesan. Ia boleh menembusi musuh dan mempercepatkan pengisian Execution Gauge, membolehkan anda melancarkan serangan penamat yang dahsyat. Namun, kerana jumlahnya yang terhad, penggunaannya perlu dirancang dengan teliti.

Ninjutsu pula bergantung pada gauge yang akan terisi setiap kali anda menerima serangan. Bila penuh, anda boleh melepaskan serangan yang berbeza mengikut jenis Ninjutsu yang digunakan — memberi kelebihan besar dalam situasi terdesak.

Sementara itu, Ninpo lebih mudah diakses dan boleh diselitkan ke dalam kombo, menambahkan gaya dan kepelbagaian dalam serangan anda.

Kredit: SEGA

Namun, elemen paling menyerlah dalam sistem ini ialah mekanik “Dodge Cancel.” Selepas melancarkan satu kombo, anda boleh melakukan dodge untuk membatalkan animasi dan terus menyambung ke kombo seterusnya. Ini menghasilkan aliran combat yang sangat lancar dan pantas.

Dalam sesi demo kami, inilah aspek yang paling menyeronokkan, menjadikan setiap pertarungan terasa hidup dan mendebarkan.

Tetapi, penggunaan Execution juga hadir dengan risiko — Joe akan serta-merta meluru ke arah musuh, dan kadangkala boleh berakhir dalam posisi yang tidak selamat, seperti tergantung di udara tanpa tempat mendarat. Ini adalah keputusan rekaan yang bijak, memaksa anda berfikir dua kali sebelum mengaktifkan finisher sewenang-wenangnya.

Kredit: SEGA

Set kemahiran Joe juga cukup pelbagai. Selain kunai, anda boleh menggunakan serangan seperti dash kick dari udara, tebasan katana, dan pelbagai gerakan lain untuk menyesuaikan strategi dengan situasi semasa.

Sama ada berhadapan dengan satu musuh elit atau dikelilingi gerombolan musuh biasa, sentiasa ada jalan keluar — asalkan anda kekal fokus dan pantas bertindak.

Kepelbagaian Musuh & Cabaran Tambahan untuk Pemain Tegar

Salah lagi aspek yang menyerlah dalam SHINOBI: Art of Vengeance ialah variasi musuh yang dihadapi. Daripada askar biasa hinggalah ke musuh khas dengan gaya serangan unik, game ini sentiasa memaksa anda menyesuaikan strategi. Setiap pertembungan terasa berbeza, menjadikan gameplay sukar dijangka dan sentiasa segar.

Antara musuh yang paling sukar dilupakan ialah musuh berkapak dengan ketepatan luar biasa serta trajektori serangan yang melengkung — yang benar-benar menguji refleks dan ketepatan posisi anda. Serangannya sekilap mata, jadi kita perlu mengelak dengan reaksi sepantas kilat.

Kredit: SEGA

Menariknya, laluan menuju pertarungan bos seringkali lebih mencabar daripada bos itu sendiri. Pertarungan bos lebih menekankan pemahaman terhadap corak serangan berbanding tahap kesukaran semata-mata, menjadikannya sebagai ujian konsistensi dan pemerhatian.

Kredit: SEGA

Bagi pemain yang mencari cabaran lebih tinggi, setiap peringkat hadir dengan objektif sampingan seperti menyelesaikan tahap tanpa menggunakan Ninjutsu atau tanpa menerima sebarang damage.

Cabaran-cabaran ini jelas disasarkan kepada pemain hardcore, memberi motivasi untuk mengulang peringkat dan mengasah kemahiran hingga mencapai kesempurnaan. Ia menambah satu lagi dimensi kepada gameplay, yang pasti akan dihargai oleh pemain yang sukakan ujian sebenar.

Keindahan Visual 2D

Kredit: SEGA

Dari segi visual, SHINOBI: Art of Vengeance benar-benar memukau. Seperti yang dikongsi oleh penerbit dan pengarah dalam temu bual, setiap bingkai game ini adalah hasil lukisan tangan yang penuh ketelitian dan dedikasi.

Persekitaran dalam game dipenuhi dengan warna yang kaya dan detail yang halus, menggabungkan suasana klasik dunia ninja dengan sentuhan moden yang segar.

Apa yang paling menarik perhatian ialah latar belakang yang dinamik — contohnya, anda boleh melihat ninja musuh berlari di lorong belakang atau aktiviti seperti pertempuran jauh dan interaksi sekitar yang membuatkan dunia permainan terasa hidup dan nyata.

Kredit: SEGA

Selain dari aspek estetika, seni visual dalam game ini juga menyokong pengalaman gameplay. Grafik yang jelas dan ekspresif memudahkan anda mengenal pasti gerakan musuh dan ancaman dalam persekitaran. Ini sangat penting memandangkan game bergerak dengan pantas dan penuh cabaran, menjadikan setiap tindakan anda lebih tepat.

Pendapat

SHINOBI: Art of Vengeance ibarat penghormatan istimewa untuk peminat game aksi yang menghargai gaya serta kecerdikan dalam gameplay. Mekanik Dodge-Cancel menjadikan sistem combat terasa lancar dan sangat mengasyikkan, manakala sistem Execution yang berisiko menambah dimensi strategi.

Kepelbagaian musuh dan cabaran dalam setiap peringkat memastikan pemain sentiasa berwaspada, manakala seni lukisan tangan memberikan dunia permainan ini keindahan yang sekaligus memancarkan bahaya.

Kredit: SEGA

Jika versi penuh game ini dapat mengekalkan asas yang telah dibina, ia berpotensi untuk menjadi salah satu judul terbaik dalam genre aksi 2D.

SHINOBI: Art of Vengeance akan dilancarkan pada 29 Ogos 2025 untuk platform PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi.

Tags: previuSHINOBI: Art of Vengeance
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

Next Post

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd