Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Share on FacebookShare on Twitter

Sonic Racing: CrossWorlds semakin menghampiri tarikh pelancarannya, dan kami berpeluang mencuba game ini sekali lagi dalam sesi previu terbaru.

Kalau anda terlepas previu pertama kami, kami sediakan link sebagai pengenalan asas kepada game ini. Kali ini, kami selami lebih dalam bahagian tutorial, mencuba UI yang lebih kemas, dan menguji sendiri sistem customization permainan yang cukup mantap.

Inilah apa yang kami temui dalam cubaan kedua bagi game lumba Sonic terbaharu keluaran Sega.

Tutorial yang Mesra dan Tersusun

Kredit: SEGA

Bahagian tutorial dalam Sonic Racing: CrossWorlds berjaya memperkenalkan anda kepada kekecohan dunia perlumbaannya tanpa membuat anda rasa tertekan. Ia membimbing anda melalui asas gameplay seperti drifting, boosting, dan penggunaan gajet dengan jelas dan teratur.

Kawalan terasa responsif, manakala UI-nya pula ringkas tetapi menarik, dengan menu berwarna-warni yang sepadan dengan gaya visual permainan. Tooltip dan arahan muncul pada waktu yang tepat, memudahkan peralihan dari mengubah suai kart anda ke aksi di litar perlumbaan.

UI ini bijak menggabungkan gaya dan fungsi, memastikan anda sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan.

Customization yang Luas dan Pelbagai

Kredit: SEGA

Antara ciri utama Sonic Racing: CrossWorlds terletak pada sistem customization-nya yang sangat menyeluruh. Anda boleh ubah hampir setiap bahagian kart—dari bahagian depan, belakang, tayar, hingga pelekat—dan setiap komponen ini akan memberi kesan kepada lima statistik utama: Boost, Speed, Acceleration, Handling, dan Power.

Seperti yang kami sentuh sebelum ini, terdapat lima jenis kart yang disesuaikan dengan setiap statistik ini. Anda boleh pilih kart yang sedia ada atau gabungkan bahagian-bahagian yang berbeza untuk mencipta gaya pemanduan tersendiri.

Contohnya, bahagian depan yang lebih berat mungkin menambah kuasa (Power) tetapi mengurangkan kelajuan (Speed), jadi anda perlu merancang mengikut gaya perlumbaan atau jenis litar.

Kredit: SEGA

Dari segi visual pula, anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk menggayakan kart anda. Warna boleh diubah kepada kemasan metalik bergaya atau neon terang yang menyerlah, dan anda boleh menambah hingga lapan pelekat—empat di depan, empat di belakang.

Setiap pelekat boleh digerakkan, diputarkan, atau diubah saiznya, membolehkan anda reka segalanya daripada gaya minimalis hingga rekaan yang penuh ‘chaos’.

Nak lebih unik? Pilih hon luar biasa—daripada bunyi akordion, alien, robot, trompet, hingga ke bunyi itik yang kelakar. Untuk tambahan gaya, anda juga boleh pasang efek “aura” berkilau yang beri sentuhan dramatik pada kart anda.

Kredit: SEGA

Sistem gajet pula menambah satu lagi lapisan strategi. Anda diberikan enam slot untuk melengkapkan gajet, dan setiap satu mengambil satu hingga tiga slot bergantung pada kuasanya.

Gajet ringan seperti meningkatkan jarak kutipan cincin hanya ambil satu slot, manakala gajet berat seperti collision boost—yang beri lonjakan kelajuan selepas melanggar musuh—boleh ambil dua atau tiga. Dengan puluhan pilihan gajet yang ada, kombinasi yang boleh dicipta terasa hampir tanpa had.

Anda juga boleh simpan susunan gajet sebagai loadout, memudahkan pertukaran strategi. Sepanjang perlumbaan, UI akan memaparkan gajet aktif, jadi anda sentiasa tahu apa yang boleh digunakan.

Aksi dalam Mod Grand Prix

Kredit: SEGA

Kami sempat mencuba mod Grand Prix, iaitu perlumbaan empat pusingan merentasi tujuh set Prix unik, masing-masing menampilkan lawan dan peta yang berbeza.

Setiap litar benar-benar berbeza secara visual—menggabungkan zon klasik Sonic dengan elemen baharu dari dimensi lain, seperti gua dipenuhi lava, bandar neon bercahaya, dan gelung yang mencabar hukum graviti.

Apa yang menjadikan mod ini unik ialah mekanik CrossWorlds: pelumba yang mendahului selepas pusingan pertama diberi kuasa untuk memilih litar seterusnya. Pilihan ini boleh memberi kelebihan bergantung pada kekuatan kart mereka, menjadikan setiap kemenangan bukan sekadar soal kelajuan, tapi juga strategi.

Hasilnya, setiap Grand Prix terasa segar dan tidak dapat dijangka—tiada perlumbaan yang berlangsung dengan cara yang sama.

Kredit: SEGA

AI lawan pula bukan calang-calang. Mereka bijak membaca pergerakan anda, menggunakan gajet dengan agresif, dan pantas mengambil kesempatan atas kesilapan anda.

Kami sendiri terpaksa menukar susunan gajet dan tetapan kart di antara pusingan untuk menyesuaikan diri dengan taktik mereka. Ia satu cabaran yang memuaskan, memaksa anda menguasai bukan saja litar perlumbaan, tetapi juga binaan kart secara menyeluruh.

Pendapat

Sonic Racing: CrossWorlds nampaknya bakal menjadi sesuatu yang lebih daripada sekadar game lumba kart penuh gaya.

Customization kart yang luas—daripada bahagian kenderaan hinggalah ke pemilihan gajet—memberi elemen strategi yang ketara, manakala sistem pemilihan litar CrossWorlds memastikan setiap perlumbaan kekal segar dan tidak dapat dijangka.

Visualnya terang dan hidup, muzik latar pula penuh dengan semangat Sonic, dan dari apa yang kami cuba setakat ini, game ini terasa sangat kemas walaupun masih dalam versi previu.

Kredit: SEGA

Game ini akan keluar pada 25 September 2025 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC (melalui Steam dan Epic Games Store), serta Nintendo Switch dan Switch 2. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: previuSonic Racing: CrossWorlds
ShareTweetSend
Previous Post

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

Next Post

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd