Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Hyrule Warriors: Age of Imprisonment – Gameplay Zaman Pengasas Hyrule

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2025
in Action, Berita, Musou, Nintendo Switch 2, Preview
0 0
0
Previu Hyrule Warriors: Age of Imprisonment – Gameplay Zaman Pengasas Hyrule
Share on FacebookShare on Twitter

Hyrule Warriors: Age of Imprisonment bakal menyajikan kisah penuh tentang Imprisoning War—sebuah konflik dalam sejarah Hyrule yang sehingga kini, hanya ditonjolkan sekilas lalu dalam imbasan kembali dan teks kuno.

Walaupun The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom memberi kita gambaran tentang era tersebut, tetapi banyak persoalan masih belum terjawab. Apa yang sebenarnya berlaku semasa penubuhan Kingdom of Hyrule? Apakah skala sebenar perang menentang Demon King?

Di Tokyo Game Show, kami mendapat peluang pertama mencari jawapan melalui sebuah sesi demo, yang bertujuan menyampaikan naratif belum pernah diceritakan melalui gameplay Musou “1-melawan-1000” yang sinonim dengan siri ini.

Pengalaman selama 30 minit pada konsol Nintendo Switch 2 membawa kami kembali ke era purba. Uniknya, permulaan sesi ini bukanlah di medan perang, sebaliknya di dalam sebuah gua yang tersembunyi bersama Princess Zelda, Rauru, dan Mineru sebagai penunjuk arah.

Bahagian pengenalan ini merupakan satu tutorial yang memperkenalkan semula elemen-elemen gameplay yang sudah dikenali oleh pemain Zelda. Kami perlu menggunakan Flame Emitter bagi membersihkan laluan dan diajar cara Batteries berfungsi untuk memulihkan semula tenaga.

Sistem combat pula masih mengekalkan gameplay Musou: butang Y untuk serangan biasa, X untuk charge attack yang boleh digabungkan menjadi kombo maut, B untuk mengelak, dan ZL untuk menangkis serangan.

Walaupun keseronokan menumpaskan ratusan musuh serentak masih menjadi tarikan utama, penggunaan Zonai Devices menambahkan satu lapisan combat.

Dengan menahan butang R, empat abiliti istimewa boleh diaktifkan menggunakan butang Y, X, A, dan B. Dalam sesi demo, kami dapat mencuba Flame Emitter yang menyerang secara meluas, Bow of Light yang berkuasa, dan Piercing Light, sejenis serangan pancaran dahsyat.

Setiap abiliti ini menawarkan pelbagai pilihan serangan—sama ada untuk mengawal kumpulan musuh yang besar atau untuk memberikan damage berterusan—yang terbukti amat berguna, terutamanya apabila berdepan dengan musuh yang lebih kuat.

Klimaks sesi demo adalah pertembungan dengan seekor Captain Construct. Pertarungan ini, walaupun tidak begitu mencabar, mempamerkan mekanik pertarungan bos dengan sangat berkesan. Untuk menang, kami perlu menggunakan serangan khas bagi menghancurkan perisainya.

Di sinilah sistem elemen game ini menyerlah, di mana perisai bos menunjukkan kelemahan terhadap unsur tertentu, menggalakkan pemain untuk merancang serangan mereka.

Setelah perisainya pecah, Construct itu menjadi terdedah kepada serangan “Weak Point Smash”, satu gerakan sinematik yang mengakibatkan damage besar dan menumbangkan gergasi mekanikal itu.

Satu lagi ciri utama yang dipamerkan adalah kebolehan menukar watak secara serta-merta hanya dengan menekan D-pad. Kami boleh beralih antara Zelda, Rauru, dan Mineru dengan lancar, di mana setiap watak mempunyai gaya pertempuran yang unik. Walaupun masa kami terhad, watak Rauru paling mencuri tumpuan.

Dengan kuasa sihir cahayanya, dia berupaya menyerang musuh dari jarak jauh menggunakan lembing cahaya dan letusan tenaga.

Menurut jadual, Hyrule Warriors: Age of Imprisonment akan dikeluarkan pada 6 November 2025, secara eksklusif untuk Nintendo Switch 2. Maklumat lanjut di laman web rasmi.

Tags: Hyrule Warriors: Age of Imprisonmentpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Nioh 3 – Mendalami Sistem Combat Antara Samurai & Ninja!

Next Post

Dissidia Duellum Final Fantasy – Kini Geng FF Menyelamatkan Umat Manusia Di Tokyo Moden, Akan Keluar 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Dissidia Duellum Final Fantasy – Kini Geng FF Menyelamatkan Umat Manusia Di Tokyo Moden, Akan Keluar 2026!

Dissidia Duellum Final Fantasy - Kini Geng FF Menyelamatkan Umat Manusia Di Tokyo Moden, Akan Keluar 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd