Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dissidia Duellum Final Fantasy – Kini Geng FF Menyelamatkan Umat Manusia Di Tokyo Moden, Akan Keluar 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Dissidia Duellum Final Fantasy – Kini Geng FF Menyelamatkan Umat Manusia Di Tokyo Moden, Akan Keluar 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan teaser semalam, Square Enix hari ini telah mengumumkan game mobile terbaharunya, DISSIDIA DUELLUM FINAL FANTASY, yang membawa nafas baharu kepada siri crossover popular tersebut.

Game ini adalah sebuah “3 vs 3 Team Boss Battle Arena” free-to-play yang dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2026 di App Store dan Google Play.

Dibangunkan dengan kerjasama NHN PlayArt, Dissidia Duellum membawa wira ikonik dari alam semesta Final Fantasy ke sebuah latar tempat baharu: Tokyo pada zaman moden.

Kisah game ini bermula dengan kemunculan misteri sebuah kristal gergasi di tengah-tengah bandar Tokyo. Untuk seketika, ia sebati dengan landskap bandar secara aman.

Ketenangan ini musnah apabila satu tenaga mengancam mula mencemari kristal tersebut, melepaskan gerombolan raksasa ke atas bandar dan menjerumuskannya ke dalam huru-hara.

Ketika orang ramai dicengkam ketakutan, pahlawan-pahlawan misteri muncul untuk melawan ancaman raksasa tersebut. Para pahlawan ini, yang merupakan watak-watak Final Fantasy yang diseru, menyembunyikan identiti mereka dan lenyap selepas setiap pertempuran, justeru digelar sebagai “Ghost” oleh orang awam.

Gameplay Dissidia Duellum berasaskan kitaran 3-lawan-3, di mana dua pasukan pemain bersaing untuk menewaskan bos yang hebat. Kemenangan berpihak kepada pasukan yang menewaskan bos terlebih dahulu.

Kunci kejayaan terletak pada sistem “Bravery”. Pasukan mesti memburu raksasa kecil yang muncul berhampiran kristal utama untuk menyucikannya, yang kemudiannya akan memberikan mata Bravery kepada pasukan mereka.

Apabila Bravery seorang pemain mencapai tahap maksimum, mereka boleh melepaskan kuasa untuk mengenakan damage besar pada bos utama.

Strategi akan menjadi sangat penting, dengan penekanan pada koordinasi pasukan dan sinergi watak. Pemain akan membentuk skuad tiga orang mereka daripada senarai watak yang mengisi empat peranan berbeza: Melee, Ranged, Agile, dan Support.

Memperoleh dan melengkapkan abiliti berkuasa juga penting untuk mendapat kelebihan dalam combat. Kebolehan-kebolehan ini akan dihidupkan dengan ilustrasi baharu daripada barisan artis hebat, termasuk Tetsuya Nomura, Yoshitaka Amano, Toshiyuki Itahana, Raita Kazama, dan necömi.

Ramai wira ikonik dari seluruh francais telah disahkan, masing-masing tampil dengan pakaian baharu yang disesuaikan dengan dunia moden. Senarai watak awal termasuklah:

  • Warrior of Light (Final Fantasy I)
  • Kain Highwind (Final Fantasy IV)
  • Krile Mayer Baldesion (Final Fantasy V)
  • Terra Branford (Final Fantasy VI)
  • Cloud Strife (Final Fantasy VII)
  • Rinoa Heartilly (Final Fantasy VIII)
  • Zidane Tribal (Final Fantasy IX)
  • Lightning (Final Fantasy XIII)
  • Gaia (Final Fantasy XIV)
  • Prompto Argentum (Final Fantasy XV)

Pemain boleh menyesuaikan lagi pengalaman mereka dengan pelbagai kandungan koleksi. “Memorias,” yang memaparkan babak-babak dari siri Final Fantasy, boleh dilengkapkan untuk meningkatkan statistik watak.

BGM dalam game, yang menampilkan runut bunyi original dan juga gubahan baharu dari siri ini, boleh dikumpul untuk menyerikan lagi pengalaman combat. Game ini akan menampilkan lakonan suara penuh dalam bahasa Jepun.

Untuk butiran lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Dissidia Duellum Final Fantasy
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Hyrule Warriors: Age of Imprisonment – Gameplay Zaman Pengasas Hyrule

Next Post

Nintendo Akan Lancarkan Perkhidmatan Rasmi eShop & Nintendo Switch Online Di Malaysia Pada 18 November

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Nintendo Akan Lancarkan Perkhidmatan Rasmi eShop & Nintendo Switch Online Di Malaysia Pada 18 November

Nintendo Akan Lancarkan Perkhidmatan Rasmi eShop & Nintendo Switch Online Di Malaysia Pada 18 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd