Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS2026] Previu Gundam Rogue Orbit – Melawan Boss Chimera & Pengenalan Sistem Customization

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS2026] Di Sebalik Gundam Rogue Orbit – Lawan Raksasa Gergasi, Kempen Single-Player 20 Jam, & Kolaborasi Bersama Anime
Share on FacebookShare on Twitter

Kami berpeluang mencuba Gundam Rogue Orbit sekali lagi dengan masa bermain kira-kira sejam, di samping sesi soal jawab bersama pihak pembangun. Fokus utama kali ini ialah peta baharu dan pengenalan pertama untuk sistem customization.

Walaupun kami tak dapat cuba sistem customization itu sendiri kerana ia hanya ditunjukkan oleh Produer dan Pengarah, kami tetap teruja melihat banyaknya pilihan yang pemain ada.

Selain itu, asas demonya lebih kurang sama macam sebelum ini. Kami masih dihadkan kepada tiga pilihan loadout Mobile Suit; Assault Sword, Whip Sword, dan Sword Lance.

Walaupun begitu, mencuba senjata-senjata ini di tempat baharu untuk lawan boss baharu masih memberi pengalaman berbeza, terutamanya bila kami berdepan Chimera di Sand Planet yang serba mencabar.

Ubah Bahagian Mecha, Warna, dan Bunyi Senjata

Bahagian customization mecha memang antara tarikan paling besar kali ini. Pemain boleh ubah suai banyak komponen pada Mobile Suit mereka, daripada senjata dan modul AP sampailah ke lima bahagian badan utama: kepala, badan, tangan, kaki, dan unit belakang.

Ini memberi kebebasan kepada pemain untuk buat suit yang sesuai dengan playstyle masing-masing. Semasa demonstrasi dijalankan, ketiga-tiga jenis senjata (Sword, Whip, dan Lance) ada weapon skill yang berbeza. Ini menandakan pemain juga mungkin boleh ubah suai tetapan dan skil senjata mengikut kehendak sendiri.

Untuk bahagian ‘backpack’, pemain boleh pasang pelbagai Thruster Units, dan empat jenis telah ditunjukkan dalam demo ini. Untuk ‘outer armor’ pula, pemain boleh tukar bahagian kepala, badan, tangan, dan kaki bergantung kepada jenis build yang diinginkan.

Kami juga perasan ada bahagian yang dilabel dengan gred G1 hingga G3, di mana nombor yang lebih tinggi memberi ‘base stats’ yang lebih kuat. Kami belum pasti sama ada gred ini menunjukkan tahap rarity atau sekadar beza statistik, tapi ia jelas memberi banyak ruang untuk pemain bereksperimen dengan build masing-masing.

Untuk peminat Gundam dan mereka yang suka pasang Gunpla, pilihan warna yang ada pasti akan puaskan hati. Kita boleh warnakan hampir setiap bahagian Mobile Suit: kepala, badan, tangan, kaki, thruster, senjata, modul AP, inner frame, dan juga kesan cahaya pada suit tersebut.

Dalam demo ini, pilihan warna yang ditunjukkan nampaknya berasaskan pilihan pratetap, jadi kami belum pasti sejauh mana warna ini boleh diubah secara terperinci. Tapi, pilihan yang ada sudah cukup banyak. Sesiapa yang suka pasang Gunpla di dunia sebenar pasti akan luangkan banyak masa di bahagian ini.

Jika anda tak mahu buang masa, ada juga pilihan mudah untuk tukar satu tema warna pada keseluruhan Mobile Suit sekaligus.

Satu lagi ciri yang sangat menarik perhatian ialah sistem Mod Skin. Pembangun menunjukkan skin RX-78-2 Gundam yang menukar rupa Mobile Suit anda. Apa yang mengejutkan kami, skin ini bukan sahaja ubah rupa, tetapi turut menukar kesan bunyi senjata.

Bila pakai skin RX-78-2, bunyi tembakan senjata akan bertukar kepada bunyi ikonik beam rifle klasik. Sebagai peminat lama Gundam, dapat dengar bunyi itu dalam game memang rasa sangat nostalgia.

Bersihkan Konvoi APC dan Lawan Boss Chimera

Selepas melihat demonstrasi customization, kami beralih ke peta baharu iaitu Sand Planet. Disebabkan masa agak suntuk, kami cuma sempat cuba Assault Sword dan Whip Sword sahaja pada bahagian ini.

Perbezaan suasananya memang terus terasa dari awal. Kami dapat lihat planet berdebu itu dari luar angkasa sebelum terus terjun ke medan perang.

Pada permulaan misi, objektif pertama adalah untuk musnahkan beberapa APC (armored personnel carrier) musuh supaya ahli pasukan lain boleh mendarat dengan selamat. Bahagian ini rasa macam mini-raid, di mana setiap gelombang membawa masuk musuh yang semakin ramai.

Selepas bersihkan kira-kira tiga pusingan musuh, kami terus mara ke pertarungan boss menentang Chimera.

Tidak seperti boss sebelum ini, Chimera mempunyai rekaan ala kala jengking mekanikal dengan empat kaki dan dua sepit yang besar. Serangannya pelbagai dan agresif: ia boleh meluru ke arah pemain dengan sepitnya, buat serangan berpusing, melompat, tembak laser, dan tembak bebola laser.

Serangan paling berbahaya ialah bila Chimera melompat tinggi ke udara, berputar laju macam Beyblade, dan terus menghempas ke arah pemain. Serangan ini agak susah untuk elak kalau kita tidak beri perhatian.

Bagaimanapun, pertarungan boss ini turut menggalakkan pemain gunakan persekitaran sekeliling. Ada beberapa objek mudah meletup di merata tempat, dan kita boleh umpan Chimera supaya serang objek tersebut. Letupan itu akan kenakan damage yang besar kepada boss, sekaligus buat pertarungan jadi lebih mudah.

Kami juga dapat cuba kebolehan AP-Limit Burst yang berbeza. Contohnya, “Sylphid” membolehkan Mobile Suit tembak sejumlah laser tanpa henti, manakala “Guardian” pula buat zon area-of-effect yang kenakan ‘continuous damage’ kepada musuh dalam kawasan tersebut.

Bila masuk ke mod Over-Rise melalui AP-Limit, Mobile Suit akan jadi lebih pantas dan lincah. Kelajuan yang bertambah ini memudahkan pemain untuk buat Perfect Dodge, dan sangat berguna bila berdepan dengan serangan bertalu-talu daripada boss agresif macam Chimera.

Pendapat

Secara keseluruhan, sesi hands-on kali kedua ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang apa yang Gundam Rogue Orbit tawarkan, terutamanya dengan sistem customization dan peta Sand Planet.

Walaupun kami belum dapat cuba sendiri sistem customization itu, melihat banyaknya pilihan untuk bina, warna, serta ubah rupa dan bunyi Mobile Suit membuatkan kami makin teruja untuk tahu sedalam mana sistem ini nanti.

Pertarungan boss Chimera pula membuktikan yang game ini bukan sahaja bergantung pada kuasa tembakan, tetapi pemain juga perlu peka dengan keadaan sekeliling dan bijak gunakan kawasan pertempuran untuk menang.

Game ini akan dilancarkan bermula 5 Mac 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Gundam Rogue Orbitpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Spider-Man: Brand New Day Masuk Platform Digital Di Malaysia Hari Ini – Ini Cara & Platform Untuk Tonton

Next Post

[TGS2026] Di Sebalik Gundam Rogue Orbit – Lawan Raksasa Gergasi, Kempen Single-Player 20 Jam, & Kolaborasi Bersama Anime

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Marvel Tōkon: Fighting Souls Dedah DLC ‘Year One’ – Jane Foster, Venom, & Jubilee Akan Datang
DLC

Marvel Tōkon: Fighting Souls Dedah DLC ‘Year One’ – Jane Foster, Venom, & Jubilee Akan Datang

October 12, 2026
Next Post
[TGS2026] Previu Gundam Rogue Orbit – Melawan Boss Chimera & Pengenalan Sistem Customization

[TGS2026] Di Sebalik Gundam Rogue Orbit - Lawan Raksasa Gergasi, Kempen Single-Player 20 Jam, & Kolaborasi Bersama Anime

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd