Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Tōkon: Fighting Souls Dedah DLC ‘Year One’ – Jane Foster, Venom, & Jubilee Akan Datang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Epic Store, Fighting, PC, PS5, Steam
0 0
0
Marvel Tōkon: Fighting Souls Dedah DLC ‘Year One’ – Jane Foster, Venom, & Jubilee Akan Datang
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejohanan EVO France baru-baru ini, Arc System Works telah mengumumkan roadmap penuh untuk MARVEL Tōkon: Fighting Souls – DLC Year One Characters & Stage Pass. Pengumuman ini mengesahkan kemasukan Thor (Jane Foster), Venom, dan Jubilee, yang menyertai Phoenix Cyclops yang sudah diumumkan sebelum ini.

Phoenix Cyclops (2 November 2026)

Watak pertama yang akan keluar bulan depan ialah Scott Summers dengan kuasa Phoenix Force. Moveset miliknya menggabungkan serangan jarak jauh optic blast dengan serangan burst special berunsur api agresif.

Thor / Jane Foster (Awal 2027 / S1)

Selepas Cyclops, Jane Foster pula akan masuk sebagai Mighty Thor. Teaser pendek di atas menunjukkan model wataknya. Arc System Works mengesahkan dia akan menggunakan tukul Mjolnir, dengan serangan petir mid-range dan hayunan tukul berat yang berbeza daripada watak brawler biasa.

Venom & Pentas Klyntar (Sekitar Mac hingga Mei 2027)

Watak simbiot popular ini turut tiba. Venom versi Eddie Brock akan keluar pada suku kedua 2027 dengan serangan grappling yang kasar dan capaian sesungut yang jauh. Selain itu, Venom turut datang bersama arena baharu iaitu Klyntar, planet asal kaum simbiot.

Jubilee (Pertengahan 2027)

Watak penutup untuk DLC Year One pada pertengahan 2027 ialah Jubilee daripada X-Men. Terkenal dengan kuasa letupan bunga api plasmoid, dia membawakan gaya gameplay rushdown yang laju dan perangkap projectile jarak tengah untuk melengkapkan kombinasi pasukan.


MARVEL Tōkon: Fighting Souls kini tersedia di PlayStation 5 serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Jika sudah ada Deluxe Edition atau pas Year One Characters & Stage Pass, semua watak ini dan arena Klyntar akan dibuka secara automatik apabila tarikh pelancarannya tiba. Setiap pek watak juga boleh dibeli secara berasingan semasa dilancarkan nanti.

Tags: DLCMARVEL Tōkon: Fighting Souls
ShareTweetSend
Previous Post

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

Next Post

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Next Post
One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

One Piece - Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd