Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man: Brand New Day Masuk Platform Digital Di Malaysia Hari Ini – Ini Cara & Platform Untuk Tonton

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Spider-Man: Brand New Day Masuk Platform Digital Di Malaysia Hari Ini – Ini Cara & Platform Untuk Tonton
Share on FacebookShare on Twitter

Filem terbaharu Peter Parker sudah boleh ditonton dari rumah di Malaysia! Bermula hari ini, 6 Oktober 2026, anda boleh menyewa atau membeli filem Spider-Man: Brand New Day di platform digital, selepas kira-kira dua bulan ia mula ditayangkan di pawagam pada Julai lalu.

Spidey is coming home.

The record-breaking movie is available at home October 6th. Pre-order #SpiderManBrandNewDay now. https://t.co/erw7Hpo4n4 pic.twitter.com/ZiabBP21jE

— Spider-Man Movie (@SpiderManMovie) October 2, 2026

Filem arahan Destin Daniel Cretton ini mengisahkan Peter Parker (lakonan Tom Holland) yang hidup bersendirian di New York selepas peristiwa dalam No Way Home, di mana semua orang telah melupakan siapa dirinya. Hidup sendiri selepas dilupakan oleh orang tersayang, Peter masih bertindak sebagai wira sambil berdepan ancaman baharu yang berbahaya. Filem ini turut dibintangi oleh Zendaya, Sadie Sink, dan Jacob Batalon.

Buat masa ini, filem ini hanya ditawarkan melalui format Premium Video-on-Demand (PVOD). Maksudnya, anda tidak perlukan langganan bulanan untuk menonton, sebaliknya hanya perlu bayar sekali sahaja untuk sewa atau beli filem ini secara digital.

Penonton ada dua pilihan untuk menontonnya di rumah hari ini. Di Apple TV Malaysia, anda boleh sewa atau beli filem ini dalam kualiti 4K Ultra HD dengan sokongan Dolby Vision dan Dolby Atmos pada iPhone, iPad, Mac, serta smart TV yang serasi. Filem ini juga ada di Prime Video Malaysia, dan anda boleh beli atau sewa secara terus tanpa perlu ada langganan bulanan Amazon Prime yang aktif.

Kalau mahu tunggu tayangannya di platform streaming sedia ada, anda kena tunggu lama sedikit. Mengikut jadual tayangan biasa Sony Pictures, filem ini dijangka masuk ke Netflix Malaysia dahulu, kemungkinan pada hujung November atau awal Disember 2026. Selepas tempoh tayangan di Netflix tamat, ia akan masuk ke Disney+ Hotstar Malaysia sekitar April 2027.

Tags: Spider-Man: Brand New Day
ShareTweetSend
Previous Post

Hunter X Hunter – Yoshihiro Togashi Tolak Kerja Luar Demi Kesihatan & Fokus Pada Manga

Next Post

[TGS2026] Previu Gundam Rogue Orbit – Melawan Boss Chimera & Pengenalan Sistem Customization

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[TGS2026] Di Sebalik Gundam Rogue Orbit – Lawan Raksasa Gergasi, Kempen Single-Player 20 Jam, & Kolaborasi Bersama Anime

[TGS2026] Previu Gundam Rogue Orbit - Melawan Boss Chimera & Pengenalan Sistem Customization

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd