Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Fallout 76: Infestations – Loot Mewah & Musuh Elit Yang Muncul Secara Rawak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2026
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Previu Fallout 76: Infestations – Loot Mewah & Musuh Elit Yang Muncul Secara Rawak!
Share on FacebookShare on Twitter

Bethesda bakal membawakan perubahan besar untuk endgame Fallout 76 menerusi ciri baharu yang dipanggil “Infestations.” Bakal tiba dalam Patch 68 dan dilancarkan pada 2 Jun 2026 bersama Season 25: Appalachia Under Siege. kemas kini ini menampilkan musuh yang jauh lebih dinamik.

Malah, ia dijangka menjadi antara pertarungan paling sukar dalam game ini selain daripada Raids.

Kami berpeluang mengintai kemas kini ini lebih awal melalui sesi pratonton bersama pihak pembangun, yang diketuai oleh Production Director Bill LaCoste, Senior Systems Designer Fahad Khan, dan Lead Designer Carl McKevitt.

Daripada sesi tersebut, satu perkara amat jelas: Infestations akan membuatkan pengalaman meneroka Appalachia lebih mendebarkan dan sukar diramal. Tanpa sebarang amaran, lokasi biasa yang kita lawat boleh bertukar menjadi zon maut yang dipenuhi musuh elit dan bos faction… yang bakal menjatuhkan loot Four-Star Legendary eksklusif.

Tiada Tempat yang Selamat di Appalachia

Konsep Infestations sebenarnya agak berbeza dengan Public Event biasa. Ia berlaku secara semula jadi di dalam open world.

Secara rawak, musuh biasa di sekitar 37 lokasi berbeza akan digantikan dengan versi “Infested” yang jauh lebih kuat dari faction tertentu. (Pihak pembangun juga ada menyebut rancangan untuk meluaskan event ini ke kawasan seperti Skyline Valley dan Burning Springs pada masa akan datang.)

Pendek kata, sekumpulan musuh boleh tiba-tiba menawan sesuatu kawasan, membawa bersama boss berbahaya yang menyimpan loot rare. Anda tidak akan diberikan penanda peta yang tepat untuk teleport, sebaliknya cuma kawasan umum di atas peta.

Jadi, anda memang kena teroka sendiri zon tersebut untuk mencari lokasi pertarungan sebenar.

Ini membuatkan Infestations sangat berbeza. Tidak akan ada pengumuman secara besar-besaran yang menyuruh semua pemain berkumpul di satu tempat. Sebaliknya, ia adalah pertembungan mengejut yang dirasakan lebih natural.

Pembangun menjelaskan, matlamat asal mereka hanyalah untuk menghidupkan lagi dunia permainan menerusi event yang anda terjumpa secara kebetulan. Namun, semasa fasa ujian, idea ini berkembang menjadi cabaran endgame co-op yang jauh lebih besar.

Mereka masih mahu mengekalkan detik teruja apabila anda terjumpa loot rare, tetapi kini ia direka supaya pemain perlu bekerjasama untuk menumbangkan musuh yang sangat kebal.

Khas Untuk Pemain Endgame

Sebaik sahaja bermula, memang nampak jelas yang Infestations bukanlah untuk pemain bertahap rendah. Serangan musuh jauh lebih menyakitkan, pergerakan mereka lebih agresif, dan mereka boleh menahan damage yang jauh lebih tinggi berbanding musuh biasa.

Anda betul-betul perlukan endgame build yang kuat, senjata yang padu, dan kerjasama pasukan yang baik untuk terus hidup.

Tahap kesukaran inilah yang membezakannya daripada Public Event. Kalau Public Event terbuka kepada semua orang di dalam server, Infestations pula lebih memfokuskan kepada kumpulan kecil yang terserempak dengan zon bahaya ini dan terpaksa berjuang bersama demi kelangsungan hidup.

Dari segi mekanik, ia agak ‘simple’. Sebaik sahaja Infestation bermula, boss akan terus spawn. Tiada timer, objektif tambahan, atau pelbagai fasa perlawanan yang merumitkan. Anda cuma perlu masuk ke kawasan itu, redah musuh-musuh berbahaya, cari boss, dan kalahkannya.

Tetapi, mekanik yang simple tidak bermaksud ia senang. Bosses ini selalunya berada di kawasan yang memberikan mereka kelebihan posisi. Anda perlu berhati-hati meredah bentuk muka bumi yang bahaya dan kawanan mob musuh semata-mata untuk sampai kepada mereka.

Jika serbu masuk secara melulu tanpa berfikir, anda pasti akan tewas dikerumuni musuh dengan cepat.

Tujuh Faction, Tujuh Gaya Bertarung

Infestations akan menampilkan beberapa kumpulan musuh yang berbeza, dan setiap satunya ada gaya lawan mereka yang tersendiri. Factions yang sudah disahkan setakat ini termasuklah:

  • Bloody Ghouls
  • Cultists
  • PRC Communists
  • Super Mutants
  • Mole Miners
  • Robots
  • Serta beberapa variasi tambahan yang lain

Pembangun berkongsi bahawa Robots adalah salah satu faction kegemaran mereka buat masa ini kerana taktik mereka yang sangat agresif. Anda tidak boleh sekadar berdiri kaku dan menadah damage; anda kena sentiasa bergerak, mencari sudut baharu, dan pandai menggunakan tempat berlindung.

Mole Miners pula memang betul-betul mengganas. Mereka membawa senjata berat (seperti pelancar roket) yang mampu menyebabkan damage besar semasa bertarung. Untuk bos pula, mutasi dan set senjata mereka akan ditukar secara rawak, jadi setiap pertembungan akan rasa berbeza bergantung kepada kombo apa yang anda hadapi.

Loot Four-Star Legendary Serba Baharu

Bab loot pastinya akan menjadi sebab utama pemain mahu memburu Infestations. Setakat ini, selain daripada Raids dan pertembungan musuh super rare (seperti Bigfoot), Infestations bakal menjadi cara paling konsisten untuk anda mendapatkan gear Four-Star Legendary.

Lebih menarik lagi, ada item Four-Star eksklusif yang hanya akan drop daripada Infestations sahaja.

Matlamat pembangun adalah untuk membantu pemain membina endgame loadout yang hebat tanpa memaksa mereka terus terjun bermain Raids. Kalau anda rasa Raids terlalu sukar, Infestations ialah alternatif yang lebih mesra untuk farm gear tahap tertinggi.

Semasa sesi soal jawab (Q&A), mereka sempat mengacah beberapa mod senjata Four-Star akan datang.

Antaranya dipanggil “Tarnished,” yang akan menaikkan damage senjata anda apabila tahap ‘condition’ semakin merosot. Satu lagi ialah “Raging,” yang memberikan extra damage setiap kali anda terkena serangan… memang sangat sesuai kerana anda pasti akan kerap kena serang sewaktu combat sengit.

Sistem Spawn Dinamik yang Sukar Diramal

Cara event ini spawn juga sangat menarik. Pasukan live mempunyai kawalan penuh di sebalik tabir untuk menentukan kekerapan Infestations berlaku, faction mana yang muncul, malah keupayaan untuk menetapkan putaran mengikut tema tertentu jika mereka mahu.

Masa awal pelancaran nanti, Infestation dijangka akan muncul setiap 15 hingga 30 minit. Selepas itu, mereka mungkin akan mengurangkan kekerapannya kepada setiap 45 hingga 60 minit, bergantung pada maklum balas pemain dan keseimbangan permainan. Maksimum lima Infestations boleh aktif secara serentak dalam satu server.

Masa spawn ia juga tidak terikat dengan jadual yang ketat. Sistem ini menggunakan selang masa secara rawak, membuatkan kemunculannya terasa lebih organik dan tidak membosankan berbanding pemasa Public Event yang mudah dijangka.

Perubahan Besar Lain Menerusi Patch 68

Walaupun Infestations menjadi bintang utama, Patch 68 turut membawa banyak content menarik dan penambahbaikan lain, antaranya:

  • Armor yang lebih lasak (kurang menerima damage pada condition).
  • Pelarasan keseimbangan untuk beberapa jenis senjata.
  • Ganjaran scoreboard Season 25 baharu, seperti title, skin, dan item C.A.M.P.
  • Barangan Atomic Shop baharu, termasuk Brotherhood Protector Power Armor.
  • Prefab C.A.M.P. baharu seperti Box Cars dan Houseboats.
  • Haiwan peliharaan Deathclaw untuk C.A.M.P. anda, siap dengan mangkuk makan dan tiang asah kuku sendiri! (Pembangun sempat bergurau yang Deathclaw ini perangainya lebih kepada remaja nakal berbanding raksasa dewasa.)

Aktiviti memancing juga tidak dilupakan. Pihak pembangun tidak mendedahkan maklumat terperinci, tetapi mereka mengesahkan yang ikan bermusim (seasonal fish) akan tiba dalam update ini, dan content memancing akan terus dikembangkan lagi pada masa akan datang.

Test Server Menuju Ke Konsol

Ada satu lagi berita baik: Public Test Server (PTS) akhirnya bakal tiba ke konsol generasi semasa. Bethesda mengesahkan yang pemain PlayStation 5, PlayStation 5 Pro, Xbox Series X, dan Xbox Series S tidak lama lagi berpeluang untuk menguji versi build baharu.

Versi konsol ini sebenarnya sudah pun diuji secara dalaman dan menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara. Pemain konsol dijangka boleh menyertai PTS sekitar musim panas (Jun hingga September) ini.

Semuanya Masih Dalam Fasa Ujian

Sebelum sesi pratonton berakhir, pihak pembangun mengingatkan yang semua perkara dalam test server pada masa ini masih ‘work-in-progress’. Mereka kemungkinan besar akan terus mengubah balance, melaraskan tahap kesukaran, dan mengemas kini gameplay berdasarkan maklum balas daripada penguji dan komuniti.

Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Tags: Fallout 76previu
ShareTweetSend
Previous Post

Pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda Tinggalkan Bandai Namco Selepas 20 Tahun

Next Post

Sony Umum Dua Produk Gaming Baru Untuk Malaysia – FlexStrike Wireless Fight Stick & Pulse Elevate Wireless Speaker!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Sony Umum Dua Produk Gaming Baru Untuk Malaysia – FlexStrike Wireless Fight Stick & Pulse Elevate Wireless Speaker!

Sony Umum Dua Produk Gaming Baru Untuk Malaysia - FlexStrike Wireless Fight Stick & Pulse Elevate Wireless Speaker!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd