Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview BattleJuice Alchemist – Bukan Magic Tapi Alchemy! [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2023
in Artikel, Berita, Pameran/Expo, Preview, RPG
0 0
0
Preview BattleJuice Alchemist – Bukan Magic Tapi Alchemy! [gamescom asia 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun jadual kami yang sangat sibuk di gamescom asia 2023, kami sempat mencuba BattleJuice Alchemist, satu game indie dengan visual yang menarik dan gameplay berkonsepkan “alchemy RPG“.

Bagaimana pengalaman kami? Teruskan membaca!

Gameplay Umum

Kredit: Alchemical Works

Juice si alchemist telah dipanggil ke Caribou Creek untuk melawan iblis yang berkeliaran di kawasan itu. Sebagai Juice, anda perlu menerokai hutan belantara yang dahulu merupakan New England dan melawan kejahatan dalam gameplay “aksi RPG top-down” dan dalam pertempuran jarak dekat.

Sebagai seorang alchemist, anda tidak memakai perisai dan tidak menggunakan pedang, sebaliknya anda menggunakan “sains”. Cari “flask” (botol) dengan sifat unik di hutan belantara atau buat flask sendiri di meja kerja. Dalam cara membina dek, kita akan mencipta sejumlah flask yang kemudian akan digunakan secara rawak.

Kredit: Alchemical Works

Pertempuran pula berlaku dalam perspektif top-down klasik. Baling flask yang dipenuhi bahan letupan, beku dan lain-lain ke arah musuh, atau pasang perangkap memakai tong letupan. Pada masa yang sama, flask istimewa bernama “Frog Hop” boleh digunakan untuk melompat dari bahaya atau terus ke pertempuran jarak dekat. Untuk pertempuran jarak dekat, kita akan berinteraksi secara langsung dengan mengelak atau menggunakan flask berasap untuk mengelak daripada terkena serangan musuh.

Kembali ke topik flask, botol ini boleh dianggap sebagai kemahiran anda. Setiap flask boleh digunakan dengan cara biasa dan pada masa-masa dengan cara “supercharged”, yang memberi kesan lebih kuat. Sesetengah botol mempunyai kuasa yang mengubah kesannya secara drastik apabila digunakan, jadi ia terpulang kepada pemain untuk mengembangkan gaya permainan sendiri.

Kredit: Alchemical Works

Dunia BattleJuice Alchemist dipisahkan kepada level landskap yang luas. Setiap lembah, laut, sungai, gunung, bangunan, batu, pokok dan item ditetapkan oleh algoritma yang unik. Ini membolehkan anda meneruskan penerokaan selepas menyelesaikan jalan cerita utama.

Dunia permainan dipengaruhi oleh kesan dan cuaca dan begitu juga dengan musuh. Bukan itu sahaja, musuh juga akan bertambah kuat apabila ada kehadiran iblis lain. Temui altar jahat dan hapuskan setiap satu untuk membendung ancaman mereka dan temui rahsia-rahsia lain.

Kredit: Alchemical Works

Jika berminat, anda boleh sertai BattleJuice Alchemist Playtest melalui Steam.

Tarikh keluaran rasmi belum diumumkan tetapi game ini akan dilancarkan di platform PC, PS4/PS5, Xbox Series X/S, Xbox One dan Nintendo Switch.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BattleJuice Alchemistgamescom asia 2023Preview
ShareTweetSend
Previous Post

‘Dynasty Warriors M’ Lancar Di Malaysia – Download Sekarang Di iOS & Android!

Next Post

Preview & Interview UNYIELDER — Game FPS Rogue-looter yang Sengit dan Pantas! [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Preview & Interview UNYIELDER — Game FPS Rogue-looter yang Sengit dan Pantas! [gamescom asia 2023]

Preview & Interview UNYIELDER -- Game FPS Rogue-looter yang Sengit dan Pantas! [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd