Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview & Interview UNYIELDER — Game FPS Rogue-looter yang Sengit dan Pantas! [gamescom asia 2023]

Maira by Maira
October 24, 2023
in Acara, Artikel, Game, PC, Preview, Shooter, Steam
0 0
0
Preview & Interview UNYIELDER — Game FPS Rogue-looter yang Sengit dan Pantas! [gamescom asia 2023]

Sumber: Trueworld Studios

Share on FacebookShare on Twitter

Di gamescom asia 2023, kami sempat mencuba beberapa game indie yang dipamerkan! Antaranya UNYIELDER yang dibangunkan oleh Trueworld Studios! Bukan setakat itu sahaja, kami juga sempat menemu bual pembangunnya. Jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami bermainnya.

UNYIELDER merupakan game FPS pantas seperti Superkill, yang bergantung pada kemahiran anda. Jadi kalau anda jenis yang selalu tembak sesuka hati, mungkin susah untuk anda mainkannya. Dalam demo yang kami mainkan, ia juga mempunyai Boss Battle yang korang perlu kalahkan.

Sumber: Trueworld Studios

Mekanik pergerakan yang dipamerkan dalam game ini boleh tahan bagus. Anda boleh double jump, mengelak dan menggunakan grappling hook.

Terdapat juga mekanik “Counter” di mana  jika musuh bersinar, anda boleh menembaknya dan ia akan stun. Anda perlu memusnahkan bar “Armor” sebelum boleh memberi damage pada HP, dan kedua-duanya mempunyai set pergerakan yang berbeza, dan juga “Phase” yang berbeza. 

Jika anda memusnahkan perisainya, anda boleh melakukan “Finisher” seperti Doom, untuk mendapatkan peluru, jika mati mereka akan drop “skill” yang boleh anda pilih, ala-ala game roguelite. Sudah tentu pelbagai senjata tersedia untuk digunakan, tetapi tiada pula senjata melee yang tersedia.

Secara keseluruhannya, Unyielder merupakan game yang menyeronokkan malah berkualiti tinggi. Perkara yang perlukan gilapan hanyalah musuh AI.

Sumber: Trueworld Studios

Seperti yang kami nyatakan, kami berpeluang untuk menemu bual pembangun Unyielder iaitu Abi dan Josh daripada Trueworld Studios. Berikut adalah hasil temu bual tersebut.

Pada pendapat anda, apakah ciri atau mekanik utama game yang ingin anda serlahkan kepada pemain?

Josh: Game kami direka dengan sistem pertempuran yang sangat dinamik. Kami mempunyai sistem rogue looter, jadi ia adalah gabungan roguelite dan looter shooter, dan segala-galanya disalurkan ke dalam sistem pertempuran. Ia adalah hyper focus untuk memberi anda pengalaman yang hyper, dan hanya menjadikannya benar-benar menyeronokkan.

Abi: Jadi jika anda suka game seperti ULTRAKILL , Team Fortress 2, DOOM Eternal dan juga Returnal, ini adalah game yang mendorong anda ke had anda, mengembangkan kemahiran anda dan membawa setiap pengalaman unik kepada anda setiap kali anda bermainnya.

Sumber: Trueworld Studios

Apakah aspek game yang paling mencabar?

Josh: Saya rasa salah satu bahagian game yang paling mencabar semasa pembangunan ialah cuba mencari cara untuk mencari keseronokan dalam game itu sendiri. Kerana game kami sangat “sandbox”, dan mudah untuk kami membuat perkara yang sama dan menjadikannya sangat berulang. Jadi mencari keunikan dan idea di luar kotak mungkin merupakan salah satu perkara yang lebih sukar daripada segi pembangunan game.

Sebarang nasihat yang anda ingin berikan kepada pembangun indie di luar sana?

Abi: Daripada segi pemaju indie, terdapat banyak masa di mana banyak peraturan manusia biasa akan cuba memaksa anda masuk ke dalam sistem, dan membuat anda bekerja, tetapi jangan berputus asa pada impian anda. Game indie adalah mengenai melangkaui batasan dan cuba melakukan sesuatu yang anda tidak selalu dapat lakukan.

Josh: Ketahui apa yang anda minati. Game bukan sekadar game, maksud saya ia adalah art form atas sebab tertentu, jadi semangat adalah segala-galanya. Apabila anda membuat game, anda meletakkan sedikit jiwa anda ke dalamnya, jadi kenali jiwa anda, kenali diri anda dan itu adalah bahagian paling penting bagi saya sekurang-kurangnya.

Sumber: Trueworld Studios

Ada mesej yang anda ingin kongsikan?

Abi: Jangan lupa wishlist UNYIELDER. Kami berada di Steam, jadi wishlist-nya, kami ingin melancarkannya tahun depan pada Q2 di PC. Jadi nantikannya dan beritahu kami pendapat anda jika anda mendapat peluang untuk mencubanya.


UNYIELDER bakal lancar di PC melalui Steam pada 2024. Dapatkan segala berita kami tentang game yang dipaparkan di gamescom asia 2023 di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Trueworld StudiosUNYIELDER
ShareTweetSend
Previous Post

Preview BattleJuice Alchemist – Bukan Magic Tapi Alchemy! [gamescom asia 2023]

Next Post

Preview DreamWorks All-Star Kart Racing — Berlumba dalam dunia DreamWorks! [gamescom asia 2023]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour
Acara

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour

July 15, 2025
Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!
Berita

Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!

July 15, 2025
Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea
Berita

Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea

July 15, 2025
Next Post
Preview DreamWorks All-Star Kart Racing — Berlumba dalam dunia DreamWorks! [gamescom asia 2023]

Preview DreamWorks All-Star Kart Racing -- Berlumba dalam dunia DreamWorks! [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd