Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gunakan AFAverse untuk terokai & tebus pelbagai ganjaran di AFA 2022!

safwan by safwan
November 25, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Gunakan AFAverse untuk terokai & tebus pelbagai ganjaran di AFA 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan acara Anime Festival Asia (AFA) 2022 di Singapura, pihak penganjur telah melancarkan satu aplikasi browser-based yang dipanggil AFAverse. Jadi, sepanjang acara AFA ini, anda boleh jalan-jalan di setiap kawasan dan kumpul “AFAcoin” sehingga berpeluang memenangi tiket “meet and greet” atau figura. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang AFAverse, mari saya memperkenalkan anda dengannya.

Tentang AFAverse

Seperti yang saya katakan di atas, AFAverse adalah satu aplikasi browser-based yang boleh digunakan sepanjang acara AFA. Memandangkan ianya menggunakan browser, anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk membukanya di phone ataupun tablet.

Untuk menggunakannya, anda dikehendaki untuk membuka akaun dan bahagian paling seronok adalah terdapat satu watak 3D bernama Seika yang tolong tunjukkan bagaimana cara menggunakan aplikasi ini. Saya memang rasa seronok buka dan terokai aplikasi tersebut.

Jika “scroll” ke bawah lagi, anda akan lihat dashboard di mana semua aktiviti yang berada di AFA akan ditunjukkan di sini termasuk senarai pameran, acara, peta dan gerai makanan. Bagi saya ianya sangat bagus untuk menyediakan perkara tersebut, tetapi jika diberikan satu “button” di paparan yang membawa ke dashboard, saya rasa itu lebih sesuai dan mudah dinavigasi.

Cabaran yang ada di AFA

Untuk menebus hadiah fizikal tadi, anda perlu bergerak dalam dewan konvensyen dan mencari kawasan yang dipanggil “AFAverse Station” untuk menyertai cabaran yang disediakan. Di setiap stesen, mereka menggunakan skrin besar dengan kamera yang boleh mengesan pergerakan anda.

Bagi memulakan cabaran, anda mesti mengimbas cip NFC yang ada pada “pass bracelet” terlebih dahulu. Cabaran yang disediakan semua sangat mudah dan tidak perlu banyak masa untuk menyelesaikannya. Tetapi setiap cabaran akan berbeza dan mengikut pameran yang berdekatan.

Contoh yang boleh saya berikan adalah stesen yang bersebelahan dengan Kotobukiya. Di sini, anda perlu membuat pose yang sama seperti patung yang ditunjukkan. Manakala stesen yang berada di sebelah gerai makan pula akan menyuruh anda memasukkan bahan masak yang betul ke dalam bekas mangkuk.

Walaupun ianya pendek dan ringkas, saya tetap rasa seronok ketika bermain. Cuma kadang-kadang nasib tidak begitu baik, kamera tidak dapat mengesan pergerakan dengan tepat.

Kepada peminat-peminat anime, saya rasa anda lebih meminati game ini di mana mereka menunjukkan petikan anime yang berbeza dan anda perlu meneka dengan betul watak atau siapa yang menyebutkan petikan tadi. Cabaran ini langsung tidak menggunakan kamera dan hanya perlu klik nama watak anime yang betul sahaja.

Setelah bermain setiap satu cabaran yang disediakan, anda akan peroleh ganjaran yang berbentuk EXP dan AFAcoins di dalam aplikasi tersebut. EXP akan menaikkan level akaun anda dan memperolehi gelaran baru. Mengenai gelaran, anda akan bermula dengan kelas “Intern”. Jika level telah mencapai tahap yang mencukupi, anda akan naik dengan lebih tinggi melalui rank “AFA Hero League”.

Dengan adanya AFA Hero League, mereka yang berada di teratas liga akan menjadi duta AFA pada tahun akan datang. Setiap daripada mereka akan mendapat sijil, akses VIP 3 hari, membuat design avatar seperti Seika, mendapat akses utama dan buah tangan AFA.

Hadiah AFAcoin

Dengan mengumpul AFAcoin, anda boleh gunakannya untuk menebus pelbagai hadiah fizikal di booth AFAverse termasuk hadiah yang kecil seperti kapsul gachapon sehingga tiket “meet and greet” bersama cosplayer secara percuma dan figura. Jika anda tidak berminat untuk mendapatkan hadiah secara fizikal, anda boleh gunakan AFAcoin untuk mengubahsuai Seika sehingga cantik.

Kebanyakan peminat yang berada di sana sangat pantas untuk bermain di setiap stesen sehingga saya nak tebus pun tinggal kapsul gachapon. Apabila saya lihat aplikasi AFAverse, hadiah yang besar-besar semua telah habis. Selain menebus hadiah, ramai juga yang hanya bermain di AFAverse Station untuk berseronok.

Selain AFAverse Station yang menggunakan cabaran untuk mendapatkan EXP dan AFAcoin, mereka juga menyediakan AFA Pit Stop di mana ia dapat memberikan EXP dan AFAcoin pada jumlah yang lebih kecil pada setiap 15 minit.

Kesimpulan

Ketepikan masalah kamera pengesan yang tidak tepat, cabaran yang disediakan memang sangat menyeronokkan dan pelbagai hadiah fizikal yang boleh ditebus. Apa yang boleh saya katakan, ramai peminat yang bermain dengan sangat seronok. Ia betul-betul mengingatkan saya tentang game yang berada di “Funfair” di mana anda perlu mengumpul token atau tiket untuk menebus ganjaran. Harap-harap mereka dapat menggunakan aplikasi AFAverse pada acara AFA yang akan datang.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan yang berkaitan dengan AFA 2022 daripada kami!

Tags: AFAAFA 2022AFAverseAnime Festival Asia Singapore 2022
Previous Post

Anime Festival Asia (AFA) 2022 – Pengalaman hari pertama di acara!

Next Post

Preview Arknights: Prelude to Dawn – Game mobile ke anime [AFA 2022]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Preview Arknights: Prelude to Dawn – Game mobile ke anime [AFA 2022]

Preview Arknights: Prelude to Dawn - Game mobile ke anime [AFA 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd